Sunday, October 29, 2017

SOALAN KBAT KOMSAS 2b [CERPEN / DRAMA]

SOALAN 1
(Dipetik daripada drama Berkhidmat Untuk Negara, Affix Zulkarnaen Adam Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda selain menyertai PLKN?                    [3 markah]
(ii) Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan selain PLKN
P1
Ibu bapa membawa anak-anak menyertai Sambutan Bulan Kemerdekaan.
1
P2
Ibu bapa membawa anak-anak melancong / melawat tempat bersejarah.
1
P3
Kerajaan  melancarkan  kempen  kesedaran  tentang  kepentingan  semangat
1

patriotik.

P4
Media massa menyiarkan rancangan / filem / drama / dokumentari bertemakan
1

semangat patriotik.

P5
Pihak sekolah / guru menubuhkan Kelab Rukun Negara / Persatuan Sejarah.
1
P6
Kerajaan mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap tahun.
1




SOALAN 2



(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar

Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(ii) Tabung darah di sesebuah hospital sering mengalami masalah kekurangan darah.

Pada pendapat anda, apakah langkah yang patut dilakukan untuk menggalakkan orang ramai supaya menderma darah?
(ii) Pendapat:
P1
Memperhebat kempen kesedaran tentang kepentingan derma darah.
1
P2
Pihak sekolah memberi didikan kepada murid tentang manfaat derma darah kepada
1

pihak yang memerlukan.

P3
Media massa menyiarkan program atau rencana yang berkaitan dengan kebaikan
1

derma darah.

P4
Memberi  keistimewaan  rawatan  kesihatan  kepada  penderma  darah  /  memberi
1

penghargaan kepada penderma darah.

P5
Memberi keistimewaan rawatan kesihatan kepada penderma darah..
1


SOALAN 3

(Dipetik daripada Munsyi, Husna Nazri
Antologi Jaket Kulit Kijang dari istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka)
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang?

(ii) Cara-cara meningkatkan semangat jati diri remaja:
P1Memperkukuh ilmu agama

P2Penerapan semangat cinta akan negara / jati diri dalam mata pelajaran di sekolah

 P3Penggunaan bahasa kebangsaan dalam komunikasi rasmi dan harian
1
 P4Pengajaran tentang sejarah negara merentas kurikulum
1
 P5Kempen / program semangat jati diri secara berterusan
1
 P6Pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti remaja / anak-anak
1
 SOALAN 4
(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(ii) Peranan seorang doktor adalah memastikan pesakit dijaga dengan baik. Andaikan anda seorang doktor, apakah tindakan lain yang akan anda lakukan untuk menceriakan pesakit anda?
(ii) Tindakan untuk menceriakan pesakit:
P1
Memberikan rawatan yang terbaik.
1
P2
Memberikan kata-kata motivasi / positif
1
P3
Bercakap dengan suara yang lemah / tidak garang
1
P4
Mengambil hati pesakit / beri hadiah / cenderahati
1


 SOALAN 5
(Dipetik daripada Bukan Gila, Sharif Shaary
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang harus kita lakukan untuk menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid sekolah?
 (ii) Tindakan:
P1
Peranan semua guru khususnya guru kaunseling untuk mengenal pasti murid-
1

murid yang murung dengan memberikan rawatan awal.

P2
Mengelakkan kes buli dalam kalangan murid.
1
P3
Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah yang melibatkan kes
1

kemurungan.

P4
Memastikan kantin sekolah membekalkan makanan berkhasiat.
1
P5
Menyarankan  ibu  bapa  supaya  membekalkan  anak-anak  dengan  makanan
1

berkhasiat.

P6
Menggalakkan   murid-murid   terlibat   dengan   kegiatan   kokurikulum   /
1

perkhemahan / aktiviti koakedemik / bersukan.


SOALAN 6
Dipetik daripada Munsyi, Husna Nazri
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istabul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(ii) Peristiwa 13 Mei betul-betul meninggalkan kesan mendalam kepada perpaduan rakyat Malaysia.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan sejarah hitam tersebut berulang kembali?
(ii) Langkah-langkah mengelakkan sejarah hitam berulang:
P1
Dasar / sistem pendidikan yang sama bagi semua kaum
1
P2
Merapatkan jurang ekonomi antara kaum
1
P3
Pemimpin jangan memainkan fahaman politik
1
P4
Peranan media menguar-uarkan kepentingan perpaduan.
1



SOALAN 7
 (Dipetik daripada Hipertensi, Illias Zaidi
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(ii) Pada pendapat anda, apakah insentif-insentif yang boleh diberikan untuk mengembangkan potensi murid-murid yang cerdik seperti Aiman Aqil?

(ii) Insentif-insentif untuk mengembangkan potensi murid-murid cerdik

P1
Menawarkan peluang belajar di Permata Pintar Negara.
1
P2
Memberikan biasiswa khas untuk menyambung pelajaran di universiti-universiti
1

terkemuka di dalam dan luar negara.

P3
Memberi peluang kepada mereka untuk mendalami bidang yang diminati.
1
P4
Menawarkan laluan terus untuk menamatkan zaman persekolahannya lebih
1

awal (lompat kelas)

(Dipetik daripada Jaket Kulit Kijang, Maskiah Haji Masrom
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
SOALAN 8

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan?

(ii) Langkah-langkah pihak kerajaan

P1
Menyediakan rumah / tempat penginapan
1
P2
Memberikan pekerjaan yang sesuai
1
P3
Memberikan bantuan perubatan / makanan
1
P4
Memberikan bantuan kewangan
1

SOALAN 9
(Dipetik daripada Kaduk Ayam dan Raja, Zurinah Hassan Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggungnya?


(ii) Usaha-usaha yang perlu dilakukan ialah
P1
Mengutamakan pembayaran hutang berbanding keperluan lain.
1
P2
Membayar hutang mengikut jadual yang ditetapkan.
1
P3
Berbincang  semula  dengan  pihak  peminjam  untuk  memanjangkan  tempoh
1

bayaran.

P4
Mendapatkan khidmat nasihat agensi kewangan.
1
P5
Meminta nasihat dan bantuan ahli keluarga / rakan.
1

SOALAN 10
(Dipetik daripada Cinta Ahmad Mutawakkil, Zainal Rashid Ahmad
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(ii) Selain bercakap dalam bahasa Melayu, Ahmad Mutawakkil juga pandai berbahasa Inggeris.

Pada pendapat anda, apakah faedah-faedahnya jika kita menguasai lebih daripada satu bahasa?

(ii) Faedah
P1
Menambahkan / meluaskan ilmu pengetahuan
1
P2
Mudah berhubung / berkomunikasi dengan orang lain
1
P3
Meningkatkan keyakinan ketika berada di khalayak
1
P4
Mudah mencari / memahami maklumat daripada sumber lain
1
P5
Boleh menjadi sumber pendapatan / pengacara / penterjemah / guru
1

No comments:

Post a Comment