Wednesday, October 11, 2017

ISU MAKANAN RINGAN

Makanan segera telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Negara ini. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong masyarakat di Negara ini terpikat dengan makanan segera dan bincangkan kesan pengambilan makanan segera terhadap kehidupan masyarakat. Makanan ringan didefinisikan sebagai makanan yang mudah untuk disediakan dan dinikmati oleh masyarakat pada bila-bila masa. Antara makanan ringan itu ialah kerepek, gula-gula, manisan dan sebagainya. Pihak media massa sering menyiarkan berita mengenai isu makanan ringan ini yang menjadi kegilaan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. Sebenarnya, ada banyak sebab yang membawa makanan ringan ini menjadi sesuatu yang sangat diminati. Hal ini begitu membimbangkan, kerana rakyat Malaysia menjadikan makanan segera sebagai trend dalam kehidupan tanpa memikirkan kesan pengambilan makanan tersebut. Antara faktor yang mendorong masyarakat di Negara ini terpikat dengan makanan segera ialah ia mempunyai rasa yang enak. Selain itu, rasa makanan segera yang lazat juga menyebabkan pengguna ketagih untuk menikmatinya terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja. Hal ini kerana, terdapat perasa tambahan dan pewarna tiruan digunakan untuk menyedapkan lagi sesuatu produk makanan tersebut. Contohnya, minuman bikarbonat yang amat kaya dengan kandungan gula iaitu 14 sudu teh gula, pewarna kimia dan kafein bagi setiap botol besar. Minuman ini tidak mempunyai sebarang khasiat tetapi disebabkan rasanya yang enak menyebabkan kanak-kanak dan remaja memilihnya sebagai minuman sedangkan mereka memerlukan nutrien yang cukup untuk pembesaran. Seterusnya, kesibukan masyarakat terutamanya di bandar kini telah mendorong mereka memilih makanan segera kerana ianya mudah disediakan. Rakyatdi Negara ini lebih gemar membeli makanan yang telah tersedia kerana setelah pulang dari bekerja, mereka hanya perlu memanaskannya sahaja. Dengan adanya restoran makanan segera seperti Baskin Robbins, MC Donald, Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut telah memudahkan mereka untuk memilih pelbagai sajian makanan mengikut cita rasa masing-masing. Selain itu, makanan yang telah ditinkan dan dipekkan juga menjadi pilihan sajian harian kerana ianya perlu dipanaskan sahaja. Hal ini menyebabkan masyarakat tidak mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, kewujudan produk-produk makanan segera sangat menarik pengguna untuk memilih pelbagai makanan yang digemari. Hal ini kerana pelbagai iklan telah di paparkan di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen. Iklan makanan segara dikatakan sangat kreatif yang mampu menarik minat kanak-kanak dan dewasa. Produk makanan segera seperti mee segera, burger, sosej, kentang goreng pula boleh didapati dimana-mana. Contohnya, pasaraya, kantin sekolah dan juga stesyen minyak turut menjual makanan untuk memenuhi kehendak pelanggan. Setiap produk makanan terbaru yang dikeluarkan oleh rangkaian makanan segera telah mendapat publisiti dan promosi yang meluas. Hal ini menyebabkan masyarakat tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri. Antara kesan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat ialah menjejaskan kesihatan. Berdasarkan kajian Universiti Toronto, Kanada, pengambilan makanan segera secara berlebihan akan merosakkan fungsi otak. Kandungan makanan segera boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan terhadap individu. Hal ini kerana otak memerlukan jumlah glukosa yang mencukupi untuk menjalankan fungsi dengan baik. Seperti yang kita tahu, kekurangan pengambilan makanan berkhasiat akan menjejaskan kesihatan. Contohnya serat. Kekurangan pengambilan serat akan menyebabkan masalah sembelit. Sementelahan itu, kesan pengambilan makanan ringan juga menyebabkan masalah pertumbuhan terbantut terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana, pertumbuhan kanak-kanak pada usia 7-12 tahun adalah cepat dengan adanya makanan yang seimbang. Kekurangan pengambilan makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak terbantut sehingga ketinggian mereka tidak sama dengan usianya. Perkara ini dapat diatasi jika ibu bapa menitikberatkan gaya pemakanan anak-anak mereka. Tambahan pula, kesan pengambilan makanan ringan dalam kalangan masyarakat ialah masalah kegemukan dan obesiti. Hal ini berpunca daripada pengambilan makanan segera yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi. Contohnya ialah aiskrim, minuman bikarbonat yang mengandungi peratus gula yang tinggi. Kegemukan adalah peningkatan kolesterol dalam salur darah akan menyebabkan risiko serangan jantung. Serangan jantung berlaku kepada sesiapa sahaja yang tidak mengamalkan gaya pemakanan seimbang. Kesimpulannya, pengambilan makanan segera perlu dikurangkan dan digantikan dengan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buahbuahan dan sayuran supaya tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekali lagi ditegaskan bahawa makanan segera mempunyai kesan buruk kepada kesihatan jika kita tidak bijak mengambilnya secara berlebihan atau kerap. Oleh itu, kita perlu mengamalkan pendekatan yang dianjurkan oleh Pihak Kementerian dan Kesihatan dengan menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan yang seimbang. Ini kerana, terlalu banyak mengambil makanan yang melebihi keperluan kita juga boleh menyebabkan masalah kesihatan dan kurang mengambil makanan juga menampilkan kesan yang buruk. Justeru, kita sebagai pengguna sepatutnya bijak memilih makanan yang terbaik untuk diri kita untuk kekal sihat. 679 Patah Perkataan

No comments:

Post a Comment