Thursday, April 5, 2018

SANTAI

PLAT LESEN KENDERAAN DI MALAYSIA MEMGIKUT NEGERI & FUNGSI


Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

A = Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan (Nota : D hanya diperuntukkan setelah Kelantan dan Terengganu berpisah daripada berkongsi plat T – Timur).
E = Sabah (sebelum tahun 1980-an)
EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = Putrajaya (mulai Jun 2016)[1]
G = Gagasan 1Malaysia
H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri)
HA : Perak
HB : Selangor
HC : Pahang
HD : Kelantan
HJ : Johor
HK : Kedah
HL : Labuan
HM : Melaka
HN : Negeri Sembilan
HP : Pulau Pinang
HQ : Sarawak
HS : Sabah
HT : Terengganu
HW : Kuala Lumpur
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman dan Betong
QC: Samarahan
QL: Limbang dan Lawas
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu dan Mukah
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah (ditukar daripada E)
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu (Nota: Sebelumnya berkongsi dengan Kelantan (daerah Timur))
V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)[1]
W = Kuala Lumpur (siri pertama)
Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM)
ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM)
ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

NOMBOR PLAT KHAS
Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka
PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu
Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara
Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana
Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria
Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor
Waja : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja
PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu
NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu
LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu
Kriss : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss
Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh

BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia

1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia
TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ oleh kerajaan negeri Terengganu
GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra
VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM


SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja
PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9

PUNCA PENYAKIT KRONIK

Punca Penyakit Kronik


Amalan pemakanan masyarakat pada masa kini bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan penyakit kronik . Justeru, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mencegah penyakit ini.
Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.

Skema jawapan

Pengenalan
Jumlah penghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, dan hipertensi, semakin meningkat.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan  penyakit kronik ini terjadi ini. Justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan.

BIL
IDEA UTAMA
HURAIAN
      A : FAKTOR WAJIB

1.

Amalan pemakanan

-  mengambil makanan yang mengandungi kandungan   gula,garam dan lemak yang tinggi.
-  corak pemakanan yang tidak seimbang/
-  kurang menjaga kepentingan gizi makanan seimbang

      B : FAKTOR-FAKTOR LAIN:
2.
Tekanan
- Kesibukan dan beban kerja , rehat yang tidak cukup/ keletihan yang melampau menyebabkan stress.
- kegagalan menguruskan emosi dengan baik, akan menyebabkan distress.
-  keadaan ini akan menyebabkan badan kita kekurangan oksigen,darah dalam badan akan menjadi pekat,dan degupan jantung semakin kencang.
-Hal ini menyebabkan seseorang boleh menghidap penyakit kronik seperti hipertensi dan serangan jantung.
3.
Mengamalkan cara hidup tidak sihat

-  melakukan hubungan seks rambang. – HIV dan AIDS
-  berkongsi jarum suntikan – HIV dan AIDS
-  minum minuman beralkohol
-  mengambil pil perangsang secara berlebihan seperti Viagra, steroid
4.
Kurang melakukan senaman/ aktiviti riadah/kecergasan
-   lemak  berkumpul , menyebabkan saluran darah sempit/tersumbat.
-   menyebabkan pengumpulan asid – seperti asid urik
-   kadar metabolisme rendah.
-  hal ini akan membebankan fungsi hati, ginjal dan jantung.


5.

Faktor genetik

- apabila keluarga induk ( ibu bapa ) menghidap penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes dan barah
 - anak-anak berisiko tinggi untuk mewarisinya.

C:  LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN:

6.

Mengamalkan diet yang seimbang

-mengikut piramid makanan
-kurangkan gula, dan garam dalam makanan
-mengelak/ mengurangkan penggunaan bahan perasa seperti MSG dan bahan pengawet


7.

Pengurusan stres yang baik

- berfikiran positif
- melakukan terapi kerohanian / mendekatkan diri dengan tuhan/ aktiviti keagamaan
- bermeditasi / aromaterapi


8.

Mengamalkan gaya hidup sihat

- tidak merokok dan elakkan menjadi perokok pasif
-jangan minum minuman beralkohol
- tidak melakukan seks rambang
- tidak berkongsi jarum suntikan


9.

Pemeriksaan kesihatan berkala

- sekurang-kurangnya 3 bulan sekali : dapat mengetahui punca penyakit.
- dapat mengambil langkah-langkah pencegahan sekiranya mengetahui simptom-simptom penyakit kronik.


10.

Melakukan aktiviti kecergasan/ bersukan dan berekreasi


- melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu ( sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi)
-aktiviti ini membolehkan pembakaran lemak berlaku
-perembesan toksik melalui proses perpeluhan
-kadar metabolisme badan akan meningkat



Penutup

Masyarakat pada masa kini, harus peka dalam menjaga  kesihatan bagi mengelakkan menghidapi pelbagai penyakit  kronik.