Sunday, October 29, 2017

LATIHAN KBAT RUMUSAN 5

(i) Permainan tradisional mampu merangsang perkembangan minda kanak-kanak.

Nyatakan peranan ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam permainan tersebut.
[4 markah]
SOALAN (iii) Peranan ibu bapa:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional
2
2
Ibu bapa membeli peralatan permainan tradisional
2
3
Bermain permainan tradisional bersama- sama anak pada waktu lapang
2
4
Membawa anak-anak ke festival permainan tradisional
2
5
Menghantar anak menyertai pertandingan permainan tradisional
2
(i) Golongan remaja merupakan golongan yang paling ramai melakukan pembelian atas talian.

Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini?
[4 markah]
SOALAN (iii) Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum saya membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Membuat perbandingan harga barangan antara syarikat/ peniaga atas talian agar dapat membeli barangan dengan  harga yang lebih rendah
1 + 1
2
Membeli daripada syarikat/ individu yang telah terkenal agar dapat mengelakkan daripada tertipu
1 + 1
3
Mempunyai wang yang mencukupi untuk membuat pembayaran agar tidak mendatangkan masalah semasa proses pembayaran
1 + 1
4
Mempunyai capaian/ kemudahan Internet bagi melakukan proses pembelian dan pembayaran atas talian
1 + 1
5
Memastikan barangan yang ingin dibeli berkualiti dan sesuai dengan harga yang ditawarkan
1 + 1
6
Memastikan syarikat/ penjual mempunyai perkhidmatan lepas jualan agar dapat memudahkan pengguna melaporkan sebarang masalah
1 + 1
7
Memastikan barangan yang dibeli/ syarikat menawarkan tempoh jaminan yang tertentu agar sebarang kerosakan terhadap barangan dapat dibuat pertukaran
1 + 1

No comments:

Post a Comment