Sunday, October 1, 2017

PT3 TIPS TIPS TIPS

PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN D PT3
 Berikut ialah beberapa poin ringkas yang dicatat hasil pembacaan melalui akhbar dan majalah.
 Poin-poin yang tercatat boleh anda jadikan panduan untuk menghasilkan karangan Bahagian D
Anda boleh menghasilkan poin-poin ringkas anda sendiri. 
   1.         KEPENTINGAN NILAI  MURNI
     Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang  lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan   kemajuan yang pesat
     Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.
     Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup
 dalam keadaan aman dan harmonis.
     Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh
   pelancong asing/ masyarakat dunia.
     Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara
rasional dalam menyelesaikan masalah



2.         USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
     Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri buah-buahan.
     Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan.
     Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara.
     Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempatan sebagai tanaman
keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko.
     Memperkenalkan skim galakan dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan .



3.         KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERTANIAN TRADISIONAL
Kebaikan
     Mengekalkan tradisi bergotong-royong yang diwarisi sejak turun-temurun  (menanam, membersihkan sawah lading, menuai, dll).
     Tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi – proses penanaman dan tuaian
      secara manual.
     Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pengusaha.
     Hasil pertanian tidak dicemari bahan kimia seperti racun serangga.
     Menghasilkan pelbagai hasil pertanian seperti pisang, ubi kayu, ubi keledek , dll mengikut keperluan pengusahanya.
Keburukan
     Memberi  kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (terutama pertanian pindah) kerana menyebabkan penerokaan hutan dan menyebabkan kehilangan kayu balak  yang berharga.
     Menyebabkan kawasan tanah terdedah dan  penimbulkan masalah hakisan tanah.
     Memerlukan masa yang lama untuk mengusahakan sesuatu kawasan kerana   menggunakan peralatan lama/tradisional.
     Tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana pengeluaran hasil yang
terhad.
     Mewujudkan golongan petani yang kurang kreatif dan sukar untuk menerima  perubahan.


4.             KEBURUKAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL

     Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies tumbuhan dan habitat haiwan) musnah.
     Spesies haiwan dan tumbuhan pupus.
     Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas.
     Pembalakan menyebabkan masalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth :  pembalakan di Hulu Kelang  menyebabkan tanah runtuh – tragedi Highland Towers).
     Pembalakan yang tidak terkawal menjejaskan ekonomi negara. (bekalan kayu balak terhad)
     Pembalakan yang berleluasa menyebabkan peningkatan suhu / udara semakin  panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan.
     Potensi sektor pelancongan melalui hutan dan kawasan rekreasi seperti air terjun  terjejas.


5.         PERANAN  LEBUH  RAYA

     Lebuh raya dapat memendekkan masa perjalanan. (perjalanan tidak terganggu oleh
lampu isyarat)
     Lebuh raya  dapat mengurangkan kos penggunaan petrol
     Lebuh raya menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna – jalan sehala,
tempat rehat dan solat serta lain-lain.
     Lebuh raya memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi – susur
keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri).
     Lebuh raya memperkembang ekonomi – menyingkatkan masa pengangkutan untuk
pemasaran barang-barang perkilangan ke bandar-bandar utama. Cth : dari Bayan  Lepas ke Kuala Lumpur.
     Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas
     Potensi sektor pelancongan kawasan rekreasi seperti air terjun ditingkatkan dengan  adanya kemudahan perhubungan.


6.                       TABIAT  PENGGUNA  DI  MALAYSIA

     Hampir 70% bahan makanan dibeli secara mendadak atau tanpa sebarang   perancangan.
     Hampir 60% membeli-belah di sebuah pasar raya sahaja, 30% lebih  daripada dua pasar raya dan bakinya mempunyai fikiran terbuka tentang kekerapan untuk ke kedai.
     Hampir 40% pengguna membeli-belah hanya sekali seminggu, 20% dua kali  seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu mereka  membeli-belah.
     Hampir 95% pengguna Malaysia terlibat dalam belian mendesak. Kurang daripada  20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli.
     Terdapat perkembangan pengguna suka mengunjungi gedung membeli-belah
daripada kedai runcit.
     Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji.
     Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima terlebih dahulu sebelum pergi membeli-belah.
     Pengguna yang mempunyai kad kredit didapati berbelanja tiga kali ganda lebih  banyak daripada mereka yang tidak memilikinya.
     Pengguna lebih cenderung membeli melalui bayaran mudah atau ansuran daripada  tunai. Dan, mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara seperti ini.
     Tidak ramai pengguna yang membaca label barangan yang hendak dibeli terlebih dahulu sebelum membelinya


7.         POTENSI   MALAYSIA  SEBAGAI  DESTINASI  PELANCONGAN


     Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan.
     Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi seperti hotel bertaraf lima bintang    padang golf, pusat membeli-belah dan  penukar wang asing.
     Ketersampaian iaitu kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya, keretapi,  jalan laut,, lapangan terbang  dan pelabuhan
     Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.
     Peranan agensi seperti Tourism Malaysia/ Perbadanan Kemajuan Negeri
     Peranan kerajaan seperti memperkenalkan iinsentif cukai  dan mengadakan persidangan antarabangsa
     Kerjasama serantau seperti Tahun Melawat ASEAN
     Tahun Melawat Malaysia 2007
     Kedudukan yang strategik  dilaluan perdagangan timur-barat
     Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet oleh pelabur tempatan dan pelabur asing
     Kebudayaan tempatan yang kaya dengan  seni dan pelbagai perayaan termasuk  Citrawarna.
     Harga barangan yang murah dan dikecualikan cukai untuk menarik pelancong
     Keselamatan terjamin lantas pelancong berasa selamat.


8.         CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYA


     Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan
     Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak mementingkan diri sendiri.
     Keadaan  fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah
     Kemahiran  berkomunikasi oleh semua warga sekolah
     Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis  masalah
     Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan
     Keterampilan pemimpin pelajar
     Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik
     Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun
     Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas
     Keceriaan sekolah diberi keutamaan
     Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar




9.         KEPENTINGAN SEKTOR  PERTANIAN


     Menjanjikan pulangan lumayan kepada petani
     Menjadi wahana dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa  dan bandar.
     Mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan bekalan makanan
     Meningkatkan eksport barangan makanan
     Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara
     Menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini
     Meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi
     Menjadikan pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PNK) dan pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik
     Menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik
     Meningkatkan aplikasi teknologi moden
     Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)


10.        PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA


     Satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamat untuk membina dan
mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda
     Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
     Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni
     Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja
     Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum
     Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga
     Tidak mengikut mana-mana model dari luar
     Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara   pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini
pada 7 Julai 2003
     Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
     Pelaksanaan sejak tahun 2004.
     Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.
     Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan  ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program
Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan
     Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta,    mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan,  disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan,   kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam   kumpulan
     Modul Kenegaraan ialah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluas pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta
serta pengorbanan para peserta program terhadap negara
     Modul Pembinaan Karakter ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina  karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti  dan negara.






11.        PEMBANGUNAN  MESRA  ALAM

     Pembangunan yang seimbang antara pelaksanaan teknologi pembinaan dan alam  semula jadi yang membolehkan kesesuaian habitat-habitat lain untuk hidup.
(pengekalan ekosistem)
     Mengekalkan kualiti air mengikut piawaian yang ditetapkan
     Mengawal selia semua pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swasta
     Pelan kerja tanah dan saliran, serta pelan bangunan dengan  mempraktikkan MSMA (Manual Saliran Mesra Alam) yang diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan-
kerajaan negeri mulai 1 April 2001.
     Melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir
     Projek Penghijauan dan pengindahan sepanjang rizab sungai
     Penyelenggaraan secara berterusan dengan membersihkan sampah sarap dan mengelakkan bahan cemaran toksid
     Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk  menghargai sungai.
     Pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam  sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju.
     Menyediakan tapak perindustrian dengan kemudahan loji rawatan bahan cemar udara, air sisa industri dan sisa toksik mengikut  peruntukan undang-undang.



12.        KEPENTINGAN MENGUTAMAKAN KELUARGA


     Keluarga menjadi asas membentuk zuriat dan keturunan yang bertamadun.
     Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
     Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni
     Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja
     Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum
     Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga
     Tidak mengikut mana-mana model dari luar
     Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara   pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini   pada 7 Julai 2003
     Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
     Pelaksanaan sejak tahun 2004.
     Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.
     Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan
     ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program
     Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan
     Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta   mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan,
disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan,  kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan

Pengenalan perenggan isi

Bahagian isi atau badan karangan terdiri daripada beberapa perenggan atau paragraf. Setiap paragraf mempunyai fungsi tersendiri tentang tajuk atau tugasan soalan.

• Perenggan merupakan satu kumpulan kalimat yang disusun secara logis dan sistematik.

• Setiap paragraf mengandungi makna, pesan, fikiran ataupun satu persoalan pokok dan selaras dengan persoalan pokok yang dibawa oleh keseluruhan karangan berkenaan.

• Sesuatu paragraf dihasilkan daripada sejumlah ayat yang berkaitan antara satu sama lain.

• Paragraf juga merupakan satu kesatuan pemikiran sama ada untuk menggambarkan pengalaman,
pendapat, pandangan serta imaginasi.
Secara umumnya, perenggan isi terbahagi kepada 3 bentuk. Walaubagaimanapun, untuk penulisan karangan pelajar tingkatan empat dan lima, penulisan karangan biasanya menggunakan perenggan 4 unsur.
a. Perenggan Deduktif
b. Perenggan Induktif
c. Perenggan Gabungan/perenggan 4 unsur.


Ciri-ciri perenggan 4 unsur.

Setiap paragraf hendaklah mengandungi 4 unsur ;
a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.


b. Huraian (ayat huraian)
• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. • Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.


c. Contoh (ayat contoh)
• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.


d. Kesimpulan (ayat penegas)
• Penutup kepada perenggan dan menegaskan


Contoh Perenggan 4 Unsur

Contoh 1

Skop soalan : Punca kesesakan jalan raya

(Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya ialah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. =AU) (Kebanyakan mereka terutamanya pemandu kenderaan memandu kenderaan mereka dengan mengikut hati sendiri tanpa mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Pengguna jalan raya seperti ini menganggap jalan raya hak mereka sendiri. Tindakan yang dilakukan oleh mereka ini telah mengundang berlakunya kesesakan di jalan-jalan raya.  =AH)( Keadaan ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti memotong barisan kenderaan, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, dan berhenti di petak kuning. =AC) (Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab mengundang berlakunya kesesakan di jalan raya.= AP)

Rujukan (sila rujuk ayat dalam kurungan):
Au : Ayat utama/ayat topik
AH :Ayat Huraian
AC :Ayat contoh
AP :Ayat penegas


Contoh 2

Soalan karangan :

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk?

(Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga.=AU/AT) (Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga juga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga.=AH)( sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan, sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makanbersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhilah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagimengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja.=AC) (Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.=AP)

Rujukan (Sila rujuk ayat dalam kurungan) :
AU : Ayat topik
AH: Ayat huraian
AC : Ayat contoh
AP : Ayat penegas

Contoh 3

Soalan Karangan :
Sambutan bulan kemerdekaan, sekolah anda telah menganjurkan pidato kemerdekaan. Anda berminat untuk menyertai pidato tersebut.
Tajuk pidato tersebut ialah cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
Tuliskan pidato tersebut selengkapnya.

Contoh perenggan 4 unsur.

(Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar adalah dengan mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah.=AU) ( Hal ini demikian kerana dengan adanya mata pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat disebarkan secara menyeluruh dengan lebih mendalam mengenai sejarah negara kita. =AH) (Sebagai contoh, pelajar dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa negara hendak mencapai kemerdekaan dan menyelami pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh pejuang-pejuang negara dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan.=AU) ( Dengan ini, semangat patriotik dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar untuk mempertahankan kebebasan yang telah kita perolehi pada hari ini apabila mengetahui betapa tingginya nilai kemerdekaan sesebuah negara. Bak kata pepatah Melayu, 'tak kenal, maka tak cinta'. Selain itu, dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, pelajar juga dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh-tokoh terkemuka yang telah banyak berjasa kepada negara. Hal ini akan membangkitkan semangat untuk mencontohi jasa-jasa yang telah ditaburkan. Aspek ini dapat dilihat dalam diri pelajar seperti pelajar akan mempunyai semangat yang lebih kental dan tidak mudah goyah dalam menegakkan sesuatu perkara demi keadilan negara.=AH) (Oleh itu, mempelajari mata pelajaran Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik dan mempunyai semangat cinta akan tanah air. kemerdekaan.=AP)

Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna ) :
Au : Ayat topik/ayat utama
AH : Ayat huraian
AC : Ayat contoh
AP : Ayat penegas


Perenggan penutup .

• Sesebuah karangan dianggap tidak lengkap jika tiada penutup atau kesimpulan.
• Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang telah dikemukakan.
• Pelajar perlu berhati-hati apabila menulis perenggan penutup kerana sikap dan pandangan pelajar terhadap tajuk dapat dibayangkan.
• Penutup karangan mesti mempunyai kesimpulan yang lembut tetapi berkesan.
• Pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi yang telah dikemukakan untuk bahagian penutup ini.

Contoh soalan karangan

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk.

bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk = TUGASAN

Contoh Perenggan 4 Unsur

      Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat  dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi  keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.
Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga = ISI UTAMA

elemen = KOSA KATA MENARIK

Sehubungan itu = PENANDA WACANA

ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK

Selain itu = PENANDA WACANA

rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi  keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja = AYAT CONTOH

Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA

Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial
remaja. = AYAT PENEGAS






-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu













No comments:

Post a Comment