Wednesday, October 11, 2017

Latihan  tukar ayat aktif kepada ayat pasif.
  1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
  2. Beberapa orang pekerja  sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
  3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap  peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.
  4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
  5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah menjalani  kursus  industri  kecil dan sederhana anjuran MARA.
  6. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada saya.
  7. Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
  8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
  9. Saya telah memasak lauk ikan  untuk ayah.
  10. Setelah membuat segala persiapan,  kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di  luar  dewan .
  11. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.
  12. Selain berbuat bising,  pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.
Jawapan Latihan Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Latihan  tukar ayat aktif kepada pasif.
1.       Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
Pinjaman bank dibuat oleh Enik Sofiah untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
2.       Beberapa oran g pekerja  sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
Semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja.
3.       Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap  peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.
Hukuman penjara sepanjang hayat telah dijatuhkan oleh hakim terhadap peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung.

4.       Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh hakim hukuman gantung sampai mati
5.       Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah menjalani  kursus  industri  kecil dan sederhana anjuran MARA.
Kini hasil buah-buahan  telah ditinkan oleh kaum petani setelah menjalani kursus industri  kecil dan sederhana anjuran MARA.
6.       “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada saya.
“Temu duga itu perlu segera saudara hadiri jika hendak mendapat pekerjaan itu,“  kata keranai itu kepada saya.
7.       Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima.
8.       Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
Ayah telah dimasakkan  oleh ibu kari kepala ikan. / Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh emak.
9.       Saya telah memasak lauk ikan  untuk ayah.
Lauk ikan telah saya masak untuk ayah.
10.   Setelah membuat segala persiapan,  kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di  luar  dewan .
Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun disambut oleh kami sekeluarga di luar dewan.
11.   Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.

No comments:

Post a Comment