Sunday, October 29, 2017

LATIHAN KABAT RUMUSAN 6

(i) Remaja yang hebat merupakan aset bernilai yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan.

Pada pendapat anda, apakah peranan pihak kerajaan dalam melahirkan remaja yang hebat di negara kita?
[4 markah]
SOALAN (iii) Peranan kerajaan:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Menyediakan biasiswa berprestij seperti Biasiswa Nasional, Biasiswa Agong dan Biasiswa Bank Negara (Kijang Emas)
1
2
Menyediakan biasiswa/pinjaman pendidikan seperti oleh pihak MARA dan JPA
1
3
Menyediakan/ menambah IPTA, MRSM, SBP, Sekolah Seni dan Sekolah Sukan
1
4
Mewujudkan program Permata Pintar untuk pelajar- pelajar pintar
1
5
Mewujudkan program jati diri seperti PLKN
1
6
Mewujudkan program IM4U
1
7
Membanyakkan kemudahan kompleks sukan
1
8
Menyedia/menambah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA)
1
(i) Golongan remaja dikatakan mudah terjebak dengan pelbagai skim pelaburan cepat kaya yang akhirnya merugikan mereka.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan remaja terjebak dengan skim-skim pelaburan seperti ini?
[4 markah]
SOALAN (iii) Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan remaja terjebak dengan skim-skim pelaburan cekap kaya:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Kerajaan/ institusi kewangan mengadakan kempen menggalakkan remaja melabur melalui institusi kewangan/ pihak yang berautoriti supaya pelaburan dijamin sah di sisi undang-undang
1
2
Kerajaan/ institusi kewangan/ memberikan pendedahan kepada remaja tentang skim-skim pelaburan yang tidak sah dan hanya bertujuan untuk mengaut keuntungan sahaja
1
3
Kerajaan / institusi kewangan menganjurkan seminar berkaitan ilmu pengetahuan asas pelaburan supaya remaja boleh membezakan antara pelaburan yang sah atau tidak sah di sisi undang-undang
1
4
Media massa memaparkan syarikat-syarikat pelaburan berasaskan skim cepat kaya kepada masyarakat melalui akhbar/ majalah/ berita supaya kegiatan penipuan mereka terbongkar
1
5
Ibu bapa sentiasa mengingatkan remaja tentang bahaya/ kesan negatif/ kerugian jika remaja melibatkan diri dalam pelaburan skim cepat kaya.
1
6
Masyarakat sentiasa melaporkan kegiatan syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan cepat kaya supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka
1
7
Remaja perlu sentiasa mencari informasi/ maklumat berkaitan sektor- sektor pelaburan yang sah dan memberikan pulangan yang menguntungkan
1
8
Remaja perlu bersikap lebih berhati-hati apabila disogokkan dengan skim-skim pelaburan yang menawarkan keuntungan secara berlipat ganda supaya tidak mudah tertipu dengan tawaran.
1

No comments:

Post a Comment