Wednesday, January 31, 2018

KBAT NOVEL JMJ 2018

KBAT NOVEL JMJ

Teknik Menjawab Soalan KBAT Novel (Tingkatan 4) SPM 2018


- Soalan 7m = 4 Isi 3 Bahasa [jawab 1 novel (ting.4/5) sahaja]
- Soalan 8m = 6 Isi 2 Bahasa [jawab dua buah novel yg telah pelajari ting.4 dan 5]

click : Nota ekspres novel ting.4 dan 5

1. Perwatakan watak utama
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak perwatakan watak utama dalam novel ini. Perwatakan pertama watak utama ialah Lili seorang yang cekal. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
          Selain itu, perwatakan kedua watak utama ialah Lili seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
          Akhir sekali, perwatakan ketiga watak utama ialah Lili seorang yang berani. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.

2. Persoalan
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini. Persoalan yang pertama ialah persoalan kecekalan menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
          Selain itu, persoalan yang kedua ialah persoalan bertanggungjawab menyelesaikan masalah. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
         Akhir sekali, persoalan yang ketiga ialah persoalan keberanian seorang gadis. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.

3. Latar masyarakat
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak latar masyarakat dalam novel ini. Latar masyarakat yang pertama ialahmasyarakat yang cekal menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
          Selain itu, latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
          Akhir sekali, latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang berani. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.

4. Latar tempat
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini. Latar tempat yang pertama ialah ialah di Kampung SentosaDi sinilah Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku.
          Selain itu, latar tempat yang kedua ialah di rumah Che JahDi sinilah Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
          Akhir sekali, latar tempat yang ketiga ialah di puncak bukitDi sinilah Lili bersama-sama dengan Geetha melihat kejadian matahari terbenam pada suatu lewat petang.


5. Nilai kemanusiaan
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini. Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai kecekalan. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
          Selain itu, nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
          Akhir sekali, nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keberanian. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.

6. Pengajaran
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini. Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah cekal menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
          Selain itu, pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
          Akhir sekali, pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah berani. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.

7. Peristiwa yang memberikan teladan. – (pengajaran)
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang memberikan teladan dalam novel ini ialah kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.
          Selain itu, peristiwa kedua yang memberikan teladan ialah kita perlulah sanggup memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Lili bersimpati dengan Che Jah dan menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
          Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memberikan teladan ialah kita hendaklah cekal menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.

8. Nilai kasih sayang                                        
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang seorang anak terhadap kedua ibu bapanya. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.
          Selain itu, nilai kasih sayang yang kedua ialah kasih sayang datuk dan nenek terhadap cucunya. Contohnya, nenek melarang Lili ke pekan atau merayau ke sana-sini. Selepas Lili diculik oleh anak Che Jah , nenek dan datuk melayan Lili dengan baik walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
          Akhir sekali, nilai kasih sayang yang ketiga ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu Lili amat menyayangi anaknya dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan kesihatan anaknya.


9. Satu watak yang dianggap sebagai watak hitam, Tiga alasan memilih watak tersebut sebagai watak hitam
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak hitam yang terdapat dalam novel ini ialah Rafiq. Antara alasannya memilih Rafiq sebagai watak hitam adalah kerana Rafiq merupakan seorang yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan. Contohnya, Rafiq telah menahan dan mengacukan pisau ke leher Lili serta mengurung dan mengikat Lili di sebuah pondok buruk.
          Selain itu, Rafiq merupakan seorang yang ketagihan dadah jenis syabu. Contohnya, Rafiq mengugut ibunya, iaitu Che Jah supaya memberikannya duit bagi mendapatkan bekalan dadah.
          Akhir sekali, Rafiq merupakan seorang yang tidak mementingkan pendidikan. Contohnya Rafiq sering ponteng sekolah hingga menyebabkan dibuang sekolah.

10. Tiga sebab novel tersebut hebat dan menarik
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Sebab-sebab novel ini hebat dan menarik adalah kerana novel ini menunjukkan kecekalan seorang gadis dalam mengharungi kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Contohnya, Lili cekap menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
          Selain itu, sebab yang kedua ialah novel ini menunjukkan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh seseorang. Contohnya, Tuan Haji Abdul Rahman, iaitu datuk Lili memiliki ketinggian ilmu dalam bidang agama dan perubatan tradisional.
          Akhir sekali, sebab yang ketiga ialah novel ini menunjukkan kerukunan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, Lili, Geetha dan Danel bersahabat baik walaupun mereka berlainan agama, bangsa dan adat resam.

11. Unsur konflik merupakan elemen penting- Kemukakan bukti yang tepat
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Dalam novel ini, terdapat konflik antara Rafiq dengan penduduk kampung. Contohnya, Rafiq selalu mencuri harta benda orang kampung dan harta benda milik keluarganya untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk membeli syabu.
          Selain itu, penduduk kampung juga cuba menghukum Rafiq dan Haziq yang telah dituduh mencuri kubah surau baharu yang telah hilang. Rafiq dan Haziq berjaya diselamatkan oleh Tuan Haji Abdul Rahman dan penduduk kampung yang prihatin akan nasib mereka.
          Akhir sekali, dengan bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penduduk kampung, Rafiq telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akidah yang menyebabkan dia mula insaf dan belajar untuk berubah sedikit demi sedikit.

12. Kepentingan teknik dialog dalam mengembangkan peristiwa
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Kepentingan teknik dialog dalam mengembangkan sesuatu peristiwa yang terdapat dalam novel ini ialah dialog menyebabkan pembaca merasakan bahawa watak-watak dalam novel ini benar-benar hidup.
          Selain itu, teknik dialog dapat menjelaskan sesuatu isu, perkara atau kejadian. Seterusnya, teknik dialog dapat mempelbagaikan mood pembaca bagi mengelakkan perasaan bosan ketika membaca novel ini. Akhir sekali, teknik dialog dapat menggambarkan perwatakan watak dengan lebih jelas.

13. Peristiwa suka atau duka
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa duka yang terdapat dalam novel ini ialah peristiwa Lili yang menjadi orang tahanan Rafiq secara tiba-tiba. Perbuatan tersebut dianggap sebagai suatu kejutan besar dan kejadian yang meninggalkan kesan trauma kepada Lili.
          Selain itu, peristiwa duka yang kedua ialah peristiwa Che Jah yang menjadi mangsa pukul suaminya dan mangsa peras ugut anak-anaknya. Perbuatan tersebut merupakan suatu kes keganasan rumah tangga yang meninggalkan kesan trauma dari segi emosi kepada Che Jah.

14. Tema dan contoh peristiwa yang menggambarkan tema tersebut
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Tema yang terdapat dalam novel ini ialah kecekalan seorang gadis dalam menempuh semua dugaan dan cabaran.
          Contoh peristiwa yang pertama ialah peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk. Perbuatan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk bersegera pulang ke Kuala Lumpur, sebaliknya menguatkan lagi keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq sekali gus cuba membantunya.
         Selain itu, peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili yang menaiki bas ekspres secara bersendirian dari Kuala Lumpur ke Dungun membuktikan sifat cekal dan berdikari yang mula dipupuk oleh Lili.

15. Peristiwa dalam bahagian peleraian cerita, Bersetuju atau tidak
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa peleraian cerita dalam novel ini ialah Lili berasa lega apabila berjaya menghabiskan cuti sekolahnya selama dua minggu di Kampung Sentosa tanpa sebarang rungutan. Selain itu, nasib Che Jah dan dua anaknya, iaitu Haziq dan Rafiq telah mendapat perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Seterusnya, suami Che Jah telah dihadapkan ke muka pengadilan.
          Jadi, saya bersetuju dengan peristiwa peleraian cerita novel ini. Saya bersetuju kerana orang yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan, iaitu suami Che Jah dihadapkan ke muka pengadilan bagi menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat.
          Akhir sekali, isu pertikaian pemasangan kubah di bumbung surau yang usang selesai kerana kubah itu telah dicuri dan dijual oleh suami Che Jah.

16. Anda kurang bersetuju dengan kesudahan cerita novel – Jelaskan pengakhiran cerita sekiranya anda      menjadi pengarang
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Saya kurang bersetuju dengan kesudahan novel ini. Hal ini demikian kerana pengarang menamatkan watak antagonis. Seman dengan cara yang begitu mudah. Sepatutnya, bagi meninggalkan kesan kepada pembaca, watak Seman perlu dikembangkan sehingga perbuatan kejamnya terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anaknya, Rafiq dan Haziq selama ini betul-betul diberikan pengajaran yang setimpal.
          Selain itu, pengarang telah menjadikan tajuk novel “ Jendela Menghadap Jalan ” seribu satu persoalan atau tanda tanya dalam kalangan pembaca. Hal ini demikian kerana Lili sebagai watak utama dan pembaca masih mencari-cari jawapan yang sebenar tentang kerasionalan reka bentuk jendela yang dibina menghadap jalan secara lebih mendalam. Sepatutnya, pengarang menjelaskan hubung kait cerita yang dipaparkan dengan sejarah jendela yang dibina menghadap jalan itu bagi merungkaikan segala persoalan pembaca.


17. Peristiwa yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa pertama yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat ialahperistiwa Rafiq yang menahan Lili sebagai orang tahanan. Peristiwa ini mengkritik sifat individu yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melepaskan diri-sendiri daripada segala masalah.
          Selain itu, peristiwa kedua yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat ialah peristiwa Rafiq dan Haziq yang terlibat dalam penagihan dadah. Peristiwa ini mengkritik sifat individu yang sanggup melakukan perbuatan bodoh yang boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa.

18. Peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong dalam novel ini ialah peristiwa datuk Lili yang berusaha untuk mencari ubat-ubatan herba yang sesuai bagi menyembuhkan penyakit Kak Mimah.
          Selain itu, peristiwa kedua yang menerapkan nilai tolong-menolong ialah peristiwa Kak Mimah dan Nadia yang berusaha dengan sedaya upaya untuk membebaskan Che Jah daripada belenggu keganasan suaminya.

19. Peristiwa yang menunjukan nilai tanggungjawab
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang menunjukkan nilai tanggungjawab dalam novel ini ialah peristiwa tanggungjawab seorang nenek terhadap cucunya. Contohnya, nenek Lili iaitu Hajah Aishah tidak membenarkan Lili ke rumah Che Jah kerana bimbang akan keselamatan diri cucunya itu.
          Selain itu, peristiwa kedua yang menunjukkan nilai tangungjawab ialah peristiwa tanggungjawab sesama sahabat. Contohnya, Danel berjaya menyelamatkan Lili daripada menjadi orang tahanan Rafiq dan Haziq kerana dia berasa bertanggungjawab terhadap semua kejadian yang berlaku itu.

20. Peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama dalam novel ini ialah peristiwa Geetha bekerjasama dengan Lili mendaki puncak bukit bagi menyaksikan kejadian matahari terbenam.
          Selain itu, peristiwa kedua yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Lili memberikan kerjasama dengan akur sahaja akan arahan ibunya yang ingin menghantarnya balik bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.
          Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Che Jah telah memberikan kerjasamanya dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila dia dipanggil untuk menjadi saksi utama berhubung kes keganasan rumah tangga oleh suaminya itu.

21. Peristiwa yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan dalam novel ini ialah peristiwa hubungan kekeluargaan antara nenek dengan cucunya. Contohnya, nenek sentiasa mengawasi dan menjaga keselamatan Lili sepanjang Lili menghabiskan cuti sekolahnya di rumahnya.

          Selain itu, peristiwa kedua yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan ialah peristiwa hubungan kekeluarga antara bapa saudara dengan anak saudara. Contohnya, Rashid mencuba menggembirakan hati Lili dengan menunaikan hajat Lili pergi bertandang ke rumah Che Jah secara sembunyi kerana nenek Lili telah melarang Lili pergi ke sana.

FAKTOR PENDERAAN KANAK-KANAK

Faktor penderaan kanak-kanak

               Marcapada ini, sering meniti dari bibir ke bibir seantero rakyat Malaysia mengenai kes penderaan kanak-kanak yang semakin mencatatkan angka yang membimbangkan, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Media massa tidak terlepas daripada memaparkan isu penderaan yang sering dilakukan oleh ibu bapa kandung anak itu sendiri. Penderaan boleh mengakibatkan kecederaan, kecacatan, dan kematian. Mengapakah fenomena ini berlaku? Wajarkah kita menyalahkan anak-anak yang tidak tahu apa-apa dalam hal ini? Sebenarnya, beberapa faktor yang boleh kita kaitkan dengan kes penderaan kanak-kanak.

               Kurangnya ilmu keibubapaan dalam menjaga anak-anak merupakan antara penyebab masalah penderaan kanak-kanak. Kini, semakin ramai pasangan yang berkahwin muda dan mereka belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana pasangan muda menganggap bahawa hidup mereka masih remaja dan tidak berfikir secara logik atau rasional. Mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam menguruskan anak-anak. Orang muda pula sering berdarah panas dari mudah naik marah dengan kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak seperti menangis sepanjang waktu. Kesannya, ibu bapa akan bertindak memukul dan mendera mereka kerana tidak mampu menangani keadaan tersebut. Jelaslah bahawa kekurangan ilmu keibubapaan mengundang berlakunya kes penderaan kanak-kanak.

               Selain itu, sejarah silam ibu bapa yang pernah menjadi mangsa penderaan semasa kecil juga menjadi satu faktor berlakunya penderaan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sering dilakukan oleh orang yang pernah menjadi mangsa penderaan semasa mereka dalam alam kanak-kanak dahulu. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa beranggapan bahawa anak-anak patut mengalami kesakitan dan penderitaan seperti yang pernah dialami oleh mereka. Biasanya, keadaan ini akan berlaku kerana ibu bapa mengalami penyakit sakit mental dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Tuntasnya, sejarah silam ibu bapa akan mengakibatkan kes penderaan kanak-kanak.

               Faktor seterusnya ialah pegangan agama yang rapuh. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan ibu bapa ada memperoleh didikan agama. Walau bagaimanapun, tidak ramai dalam kalangan ibu bapa yang mengamalkan ajaran agama mereka. Keimanan ibu bapa pula akan menjadi tidak utuh akibat daripada penghayatan agama yang tidak kuat. Jika penghayatan tidak kuat, tidak mungkin ibu bapa akan berkelakuan bagai haruan makan anak dan sanggup mendera darah daging sendiri. Sebagai orang dewasa, ibu bapa perlulah berfikir dengan alasan dan bukti yang nyata serta haruslah mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya terhadap anak-anak. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa perbuatan melepaskan geram kepada anak-anak merupakan kaedah pengasuhan yang tidak tepat. Sesungguhnya, pegangan agama yang rapuh merupakan antara faktor berlakunya kes penderaan kanak-kanak.

            Di samping itu, pihak ibu bapa mengalami tekanan dan gangguan emosi mengakibatkan kes penderaan kanak-kanak. Apabila keadaan ini berlaku, produktiviti terhadap kerja ibu bapa tentulah akan merosot. Mereka seterusnya akan diberi tekanan oleh majikan supaya meningkatkan produktiviti kerja. Kalau tidak, ibu bapa akan menghadapi risiko untuk dipecat oleh majikan. Dalam perjalanan pulang ke rumah, ibu bapa terpaksa menghadapi masalah kesesakan jalan raya yang akan menambahkan ketegangan mereka. Apabila sampai ke rumah pula, ibu bapa terpaksa menghadapi kerenah anak-anak yang selalu menginginkan perhatian dan kasih sayang terhadap ibu bapa. Semua masalah yang bertali arus ini amat menekankan perasaan dan anak-anak akan menjadi sasaran ibu bapa.

           Akhir sekali, kedudukan ekonomi keluarga yang tidak kukuh turut menjadi antara faktor berlakunya penderaan kanak-kanak. Apabila ibu bapa dihimpit masalah kewangan untuk membesarkan anak-anak, mereka terpaksa berhutang untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga. Ibu bapa akan berasa terbeban dan runsing tentang masalah kewangan yang dialami. Oleh itu, mereka akan gagal mengawal perasaan dan melepaskan tekanan dengan bertindak memukul anak-anak. Ibu bapa terlalu mengikut perasaan dan mereka tidak dapat berfikir dengan waras apabila sedang marah telah menyebabkan anak-anak menjadi mangsa yang tidak berdosa. Tegasnya, kedudukan ekonomi keluarga yang tidak kukuh turut mengakibatkan kes penderaan kanak-kanak berlaku.


           Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan suatu tindakan yang keji dan sangat ditegah oleh mana-mana agama pun. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama menggalas tanggungjawab demi mewujudkan masyarakat madani menjelang tahun 2050. Kanak-kanak pada masa ini harus dipelihara dan diberi sepenuh perhatian kerana mereka merupakan aset pewaris negara yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara di hari muka. Oleh itu, hargailah anugerah Ilahi yang tidak ternilai ini.

KEPENTINGAN MENGAJARKAN SEJARAH DI SEKOLAH


 Kepentingan mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar di sekolah.

               Mata pelajaran Sejarah sering dikatakan susah oleh para pelajar masa ini. Mereka tidak memahami bahawa Sejarah amat penting untuk masa depan negara. Jadi, mereka yang gagal untuk mempelajari sejarah mereka pasti mengulangi kesilapan orang kita pada masa dahulu. Dengan mempelajari sejarah kita dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan, dan sebagainya. Setiap rakyat Malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan negara Malaysia itu sendiri kerana ini merupakan sejarah negara kita. Oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.

               Kepentingan mengajarkan Sejarah yang utama ialah Sejarah dapat menjadi iktibar kepada kita supaya tidak melakukan kesalahan yang pernah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan mengulangnya dan membawa kepada kejatuhan negara. Menurut saranan ahli falsafah, mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya. Kesilapan orang terdahulu sewajarnya diambil berat dan bukannya dipandang enteng sahaja kerana natijahnya amat menyedihkan kita. Buktinya, pada zaman pendudukan Jepun, orang kita terdahulu hidup terseksa dan dibunuh tanpa belas kasihan akibat mempercayai janji palsu Jepun. Sesungguhnya, seseorang yang mempelajari sejari dapat mengambil iktibar daripadanya.

               Selain itu, mempelajari Sejarah dapat menimbulkan rasa patriotisme dalam kalangan pelajar. Jika kita lihat keadaan pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah. Akibat daripada itu, semangat patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat kita terutamanya golongan pelajar. Sambutan hari kemerdekaan juga sering tidak diendahkan oleh para pelajar hari ini kerana mereka menganggap sambutan itu tidak mendatangkan apa-apa faedah sedangkan sambutan itu wajib diadakan untuk menghargai jasa-jasa pejuang tanah air. Mereka harus sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang diperoleh oleh mereka pada hari ini ialah hasil usaha pewira-pewira negara kita. Dengan itu, nama mereka sentiasa meniti di bibir masyarakat kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

               Kepentingan yang seterusnya ialah generasi muda dapat menyedari kepentingan perpaduan kaum. Hal ini dikatakan demikian kerana kestabilan negara bergantung pada perpaduan masyarakat. Negara kita ibarat pokok dan rakyat ibarat akar, pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu juga negara kita. Jika rakyat bersatu padu, negara kita akan aman dan stabil. Dengan itu, perpaduan dapat dikekalkan. Negara kita pernah mencatatkan sejarah hitam selepas merdeka iaitu tragedi persalahfahaman antara kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi ini meragut banyak nyawa dan perpaduan negara itu ibarat telur di hujung tanduk, Selepas terjadinya peristiwa hitam ini, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa antara kaum dipelihara agar tragedi tidak berulang kembali.


               Mata pelajaran Sejarah dapat melahirkan generasi muda yang lebih matang dan berfikiran waras. Subjek Sejarah dipenuhi kisah hidup masyarakat silam. Dengan itu, pelajar dapat melihat pelbagai perjalanan hidup, keputusan, dan tindakan manusia. Mereka juga dapat melihat pelbagai akibat daripada pelbagai perlakuan manusia. Semua hal itu akan menjadi panduan dan pengajaran supaya muda-mudi akan mengutip tindakan mulia dan menjauhi tindakan yang pernah membawa kepada kehancuran. Secara tidak langsung, hal ini dapat menimbulkan kesedaran dalam diri pelajar. Kesannya, mereka akan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menyumbang ke arah pembangunan negara kelak.

               Di samping itu, pengajaran mata pelajaran Sejarah mampu mewujudkan jati diri dalam kalangan generasi muda. Sejarah mendedahkan ketinggian peradaban dan tamadun nenek moyang kita. Pelajar akan dapat melihat ketinggian nilai seni, adat resam, dan pemikiran mereka. Mereka turut akan sedar dan menghargai warisan bangsa sendiri. Bukan itu sahaja, mereka akan berasa bangga terhadap pencapaian dan kedudukan warisan sendiri. Natijahnya, golongan muda akan membentuk identiti diri dan tidak akan mengagung-agungkan budaya Barat. Tegasnya, Sejarah penting untuk membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda.

               Kesimpulannya, mata pelajaran Sejarah terbukti mempunyai pelbagai kepentingan, terutamanya kepada para pelajar. Sejarah merupakan ilmu hidup yang memandu manusia untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Di sebalik setiap lembaran teks sejarah, terkandung pelbagai pedoman hidup dan pengajaran bagi memandu generasi muda hari ini. Subjek ini harus diberikan perhatian sewajarnya oleh para pendidik, ibu bapa, dan pelajar. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlulah berusaha mencapai matlamat mata pelajaran Sejarah demi kesejahteraan dan keamanan negara.