Monday, June 12, 2017

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar

Image result for langkah menjaga alam sekitar

Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

Image result for langkah menjaga alam sekitar

langkah mengatasi kesesakan jalan raya

  • Berkongsi kereta sekiranya hala destinasi yang hendak dituju sama. Dapat jimat tenaga dan wang – perbelanjaan dikongsi bersama
  • Semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu lintas seperti mengikut papan tanda isyarat jalan raya, mematuhi had laju yang telah ditetapkan dan mematuhi lampu isyarat.
  • Setiap pengguna jalan raya perlu berhemah tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersabar dan bertolak ansur.
  • Menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, komuter dan LRT. Perkhidmatan awam di Malaysia sudah berkembang - efisyen. Darjah ketersampaian tinggi - tidak sukar untuk ke tempat yang ingin dituju.
  • Menggunakan jalan atau laluan alternatif seperti lebuh raya.
  • Rancang perjalanan. Bertolak lebih awal untuk mengelakkan kesesakan pada waktu puncak.
  • Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya atau Jabatan Kerja Raya memastikan jalan-jalan yang rosak seperti berlubang atau tidak berturap dibaiki segera – jalan-jalan yang sempit dilebarkan agar dapat menampung lebih banyak kenderaan - melicinkan perjalanan trafik.

Pelbagai aktiviti semasa cuti sekolah

Musim cuti sekolah merupakan saat yang dinanti oleh anak-anak. Tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam mengisi masa lapang anak-anak ketika musim cuti sekolah dengan perkara yang bermanfaat amat penting bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya:
1. Menyertai kem ibadah dan motivasi
Anak-anak ibarat kain putih yang memerlukan ibu bapa memgunakan strategi, kemahiran, kepakaran dalam mencorakkan mereka agar jati diri yang dilahirkan mampu membina sahsiah dan akhlak yang terpuji. Menghantar anak-anak ke kem ibadah dan motivasi mampu meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang ilmu berkaitan solat, doa harian, zikir, bacaan dan hafazan Al-Quran dalam mewujudkan modal insan yang dididik mengikut ajaran agama yang sebenar.
Selain itu, kem motivasi juga dapat membentuk dan meningkatkan keyakinan diri anak-anak untuk berhadapan dengan cabaran dunia yang kian menguji minda serta fizikal untuk kuat, pantas, cekal dan mampu bertahan dengan ujian yang datang tidak mengira masa dalam pelajaran mahupun kehidupan seharian.
2. Bersukan
Pada usia muda, anak-anak perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang kesukanan. Selain itu, bersukan juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka dalam masa yang sama dapat mempelajari nilai-nilai yang tersembunyi dalam setiap permainan sukan. Contohnya, sukan memanah dapat melatih emosi dan fizikal anak-anak untuk menetapkan sasaran. Memanah juga mengajar mereka agar mampu mengawal emosi, bersabar, tenang dalam apa jua keadaan serta meningkatkan kesihatan dan ketajaman mental.
Sukan lain yang boleh diceburi oleh anak-anak seperti berkuda, berenang, bermain bola, tenis, badminton, futsal, bola baling dan sebagainya.Sukan berbentuk seni mempertahankan diri juga penting dalam menyediakan sistem pertahanan yang kukuh dalam diri anak-anak agar berani dan kuat menghadapi sebarang kemungkinan.
3. Menghadiri kelas bahasa
Mempersiapkan diri anak-anak dengan pelbagai kemahiran berbahasa akan memudahkan kehidupan mereka pada masa akan datang. Contohnya, anak-anak diberi penekanan untuk menguasai bahasa Inggeris baik dalam penulisan mahupun pertuturan kerana persaingan kerja yang mendesak untuk berhubung dengan orang luar.
Di samping itu, kemahiran menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab, Cina, Jepun dan sebagainya akan dapat meningkatkan keyakinan diri anak-anak dan memudahkan urusan berkomunikasi serta mereka mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, hantarlah anak-anak ke kelas bahasa yang berdekatan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa di samping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
4. Melawat datuk dan nenek di kampung
Suasana kehidupan di kampung amat berbeza dengan kehidupan di bandar. Di kampung, anak-anak boleh belajar untuk berdikari tanpa mengharapkan pertolongan ibu bapa untuk melakukan sesuatu. Contohnya, nak minum air kelapa perlu menggunakan usaha sendiri dan pemantauan orang dewasa untuk mendapatkannya dari pokok kelapa.
Selain itu, pelbagai aktiviti yang menyeronokan boleh dilakukan bersama keluarga  tersayang. Ketika berjauhan hanya telefon sahaja yang menghubungkan. Oleh itu, bawalah anak-anak pulang ke kampung dan melakukan aktiviti bersama datuk dan nenek seperti tolong membersihkan halaman rumah, memasak, berkebun, pergi dusun buah-buahan, bermain wau dan pelbagai lagi yang boleh dibuat bagi mengeratkan hubungan silaturahim.
5. Melakukan kerja amal
Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Membawa anak-anak untuk menyertai persatuan kebajikan yang banyak melakukan aktiviti seperti memberi makanan kepada golongan gelandangan, membantu anak-anak yatim, menceriakan golongan OKU dan warga emas yang hidup di rumah orang tua. Golongan ini amat memerlukan semangat dan sokongan daripada masyarakat.
Oleh itu, ajaklah anak-anak melakukan kerja amal bagi mendedahkan kepada mereka bahawa kehidupan mereka lebih baik dan mereka perlu bersyukur dengan apa yang ada serta perlu ringan tulang dalam menghulurkan bantuan. Ini akan melahirkan anak-anak yang berjiwa masyarakat dan akan menabur bakti demi kesejahteraan ummah.
6. Melukis, membaca, membuat kraftangan, bermain alat muzik, tarian
Bergantung kepada minat dan hobi anak-anak. Ibu bapa boleh meluangkan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti yang boleh merapatkan hubungan bersama anak-anak di samping mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang.
Contohnya, membuat kraftangan. Ibu bapa hanya perlu melayari internet dan melihat cara membuat barangan kraftangan dan cuba membuatnya bersama anak-anak. Selain itu, boleh menerapkan amalan membaca di rumah atau membawa anak-anak ke perpustakaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
Di samping itu, bagi anak-anak yang berminat dalam tarian atau bermain alat muzik. Berilah dorongan dan usaha untuk membantu mereka menguasai kemahiran tersebut. Minda dan tubuh mereka dapat berkembang dengan sihat dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat daripada menghabiskan masa lepak bersama kawan-kawan di pasaraya atau melakukan aktiviti yang tidak sihat.
7. Melancong
Jika berkemampuan, bawalah anak-anak melancong di dalam atau luar negara agar dapat membuka minda mereka melihat dunia luar yang berbeza seperti melawat tempat-tempat bersejarah, taman tema, pusat perlancongan dan pelbagai tempat menarik yang belum dilawati.
Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak berkelah di air terjun, pantai atau tasik yang boleh mendekatkan anak-anak dengan alam semulajadi. Sudah pasti perbelanjaan tidak besar kerana tidak perlu tiket yang mahal untuk dibayar ketika mengunjungi tempat tersebut serta boleh membawa bekalan makanan dari rumah.
8. Ulangkaji pelajaran
Aktiviti ini adalah yang paling membosankan bagi anak-anak apabila tiba musim cuti sekolah. Tetapi masa yang ada perlu dimanfaankan sebaiknya terutama bagi anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar pada tahun hadapan. Ulangkaji secara ringkas perlu dilakukan agar anak-anak tidak lupa apa yang telah mereka belajar. Buatlah jadual waktu belajar untuk anak-anak agar mereka mampu berdisiplin menguruskan diri ketika waktu lapang.
9. Belajar menggunakan teknologi
Kepesatan penggunaan teknologi pada zaman sekarang memerlukan anak-anak untuk mempunyai kemahiran menggunakan komputer. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak untuk mengikuti kelas suntingan video, pembinaan laman web, grafik, fotografi sesuai dengan minat mereka kerana ini merupakan nilai tambah yang membawa kebaikan ketika mereka sudah dewasa untuk mendapat pekerjaan. Penggunaan teknologi juga akan melahirkan anak-anak yang kreatif menggunakan daya imaginasi yang tinggi.
10. Belajar berniaga
Perniagaan dapat mendidik anak-anak untuk mempunyai sifat jujur, sabar, amanah, bertanggungjawab dan berani menghadapi sebarang risiko. Anak-anak juga berpeluang mencari duit poket sendiri. Perkara yang paling penting, anak-anak perlulah sentiasa dipantau oleh ibu bapa dan orang yang lebih dewasa. Mereka boleh melakukan perniagaan yang ringan seperti menjual kerepek, air minuman, roti dan buah-buahan.
Perancangan aktiviti yang bermanfaat kepada anak-anak amat penting agar mereka tidak mudah terjebak dengan kegiatan yang boleh merosakan akhlak dan membuang masa. Bimbingan dan masa yang diluangkan oleh ibu bapa terutama ketika masa lapang anak-anak akan lebih mengeratkan jalinan kasih sayang. 

rangan Terpilih -Isi Terpilih

ISI KARANGAN

Langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya.
1.      Menyediakan sistem jalan raya yang baik dan teratur

-          Melebarkan jalan / membina lebuh raya.
-          Memperbaik jalan raya yang berlubang / rosak - peranan JKR
-          Membina jejambat / membanyakkan jalan satu hala.

2.      Membuat perancangan bandar yang teratur.

-          Membina kilang di kawasan luar bandar.
-          Mengadakan jalan raya bertingkat.
-          Menggelakkan laluan penting merentasi bandar.

3.      Penguatkuasaan undang-undang.

-          Tindakan kepada pengguna jalan yang melanggar undang-undang.
-          Membanyakkan penguat kuasa.
-          Hukuman berganda bagi mereka yang melakukan kesalahan yang berulang.

4.      Zon khas.

-          Membanyakkan kenderaan awam di kawasan zon kereta penuh penumpang.
-          Zon jalan kaki.
-          Berkongsi kereta.

5.      Kesedaran masyarakat.

-          Meletakkan kereta di luar zon khas.
-          Melaksanakan kempen berkongsi kereta.
-          Menggunakan kenderaan awam.

Penutup:
-          Mengurangkan kesesakan boleh mengurangkan kadar kemalangan.
-          Semua pihak harus mengatasi masalah ini secara bersama-sama.




Pengaruh negatif penggunaan Internet

.

Isi-isi penting.


1.      Mewujudkan budaya lepak di Kafe Siber.

-          main permainan komputer.
-          Berceloteh melalui internet.
-          Melayari maklumat yang negatif.

2.       Demoralisasi keruntuhan moral.

-          Terpengaruh dengan gambar-gambar lucah.
-          Melayari laman web yang bertentangan dengan nilai agama.
-          Terpengaruh dengan maklumat berbentuk hasutan.

3.      Berita palsu / fitnah dalam internet.

-          mudah mempercayai berita-berita yang disebarkan melalui internet.
-          Menjadi penyebar berita palsu.
-          Orang ramai menjadi panik dengan berita-berita palsu.

4.      Budaya menyendiri.

-          menjadikan anak-anak suka mengasingkan diri dalam bilik.
-          Tidak bercampur gaul dengan masyarakat.
-          Tidak suka bermesra dalam keluarga.

5.      Merugikan diri sendiri.

-          kos yang tinggi sedangkan faedahnya tidak ada.
-          Menghabiskan masa tanpa faedah.
-          Meningkatkan kos elektrik.

Penutup:

-          Pengaruh internet amat tinggi - sama ada baik atau buruk.



Kesan Kegawatan Ekonomi – Dimensi Kenegaraan

.

Isi-isi penting.

1.      Peniaga banyak berhutang.

-          tutup kedai kerana perniagaan tidak menguntungkan.
-          Mengecilkan operasi.
-          Membuang pekerja.

2.      Mewujudkan masalah pengangguran.

-          banyak pekerja dibuang.
-          Peluang mencari pekerjaan baru juga tertutup.
-          Terpaksa bekerja bersama-sama keluarga.

3.      Wujud masalah kemiskinan.

-          tidak cukup belanja untuk menanggung keluarga.
-          Terpaksa berjimat cermat.
-          Berlaku jenayah.

4.      Kerajaan tidak mampu menolong rakyat.

-          pungutan cukai kerajaan semakin berkurangan.
-          Kos pengurusan semakin meningkat.
-          Pembuangan pekerja boleh berlaku.

5.      Masalah sosial semakin menjadi-jadi.

-          kes-kes mencuri, merompak dan mengugut meningkat.
-          Masyarakat mementingkan diri.
-          Kebahagiaan rumah tangga terancam.

Penutup:
-          kegawatan ekonomi memberi kesan yang besar kepada negara.
-          Kesan dapat dilihat dalam semua aspek pembangunan.

Penyalahgunaan Dadah



Isi-isi penting:

1.      Dadah merosakkan fizikal dan mental.
\
-          Seseorang menjadi ketagih/ lesu/ badan kurus.
-          Tiada tenaga dan tidak selera makan.
-          Hidup tak tenteram / mudah kecewa.

2.      Menjadi sampah masyarakat.

-          Dipandang hina oleh masyarakat
-          Tidak diterima dalam masyarakat.
-          Menjejaskan kehidupan keluarga.

3.      Penyakit AIDS.

-          Suntikan jarum boleh merebakkan penyakit ini.
-          Tiada daya tahan badan / antibodi tidak kuat.
-          Hidup menderita sepanjang hayat.

4.      Gejala sosial.

-          Masalah jenayah semakin menjadi-jadi.
-          Pergaulan bebas tanpa segan silu.
-          Meruntuhkan kesejahteraan / kebahagiaan rumah tangga.

5.      Dadah harus dijauhi.

-          Pentingnya golongan belia sebagai bakal pemimpin.
-          Pelbagai jenis penyakit lain mudah dijangkiti.
-          Negara akan kekurangan tenaga kerja dalam jangka panjang.

Penutup:
-          Kita perlu menjauhi diri kita daripada dadah.
-          Kita perlu insaf masalah dadah boleh membebankan keluarga dan negara.


Kanser.

,

Pengenalan,
o   Telah lama wujud.
o   Merupakan pembunuh utama.
o   Organ-organ tidak boleh berfungsi akibatnya.

Isi-isi penting.

·         Jenis-jenis kanser dan puncanya,
o   Kanser buah dada – menyerang wanita berumur 35-55 tahun – akibat tidak menyusukan bayi dan mengamalkan pil perancang.
o   Kanser paru-paru – kesan nikotin dalam rokok – dihidapi oleh penagih rokok.
o   Kanser otak – kesan ketumbuhan atau tumor pada bahagian otak – menyebabkan sakit kepala yang teruk.
·         Langkah-langkah mengatasi atau mengurangkannya,
o   Amalan pemakanan seimbang untuk menjamin fungsi perkembangan normal.
o   Mengelakkan makanan yang berkolesterol..
o   Mengamalkan budaya hidup sihat.
o   Mengelakkan amalan hubungan seks bebas – kanser pada organ seks.
·         Langkah-langkah kerajaan dan peranan media massa,
o   Memberi pendidikan kepada masyarakat dari segi pencegahan.
o   Mengadakan ceramah ‘mencegah lebih baik daripada merawat’/ forum/ menanamkan kesedaran.
o   Media massa – menyediakan ruang khas tentang pendidikan kesihatan.
·         Kesedaran individu,
o   Menjalani pemeriksaan kesihatan,
o   Melakukan rawatan terhadap penyakit yang dihidapi.
o   Individu mesti peka terhadap kesihatan diri.
·         Rawatan perubatan moden,
o   Telah mencapai kemajuan dari segi teknik merawat.
o   Pembedahan dan pancaran laser.
o   Pakar-pakar giat melakukan penyelidikan.

·         Kesimpulan,
o   Usaha-usaha mencari ubat terus dijalankan oleh pakar-pakar.
o   Masyarakat perlu yakin setiap penyakit ada ubatnya.

Kesan Penggunaan Tenaga Nuklear.

.

Pengenalan,
·                     Satu fenomena baru dalam ketamadunan manusia.
·                     Ancaman tenaga nuklear membahayakan dunia sejagat.

Isi-isi penting,

Kesan positif,

·         Sesuai untuk menggantikan tenaga tradisional.
§  Menggantikan arang batu dan petroleum yang semakin berkurangan.
§  Memiliki kuasa yang tinggi dan lama – dapat membekal tenaga dalam jangka yang panjang.
§  Menggerakkan jentera.
·         Berguna untuk penyelidikan dalam bidang perubatan dan pertanian,
§  Pemilihan baka yang tahan daripada serangan kerosakan,
§  Menghapuskan kuman berbahaya.

Kesan negatif,

·         Mencemarkan alam semula jadi.
§  Sisa radio aktif dicampak ke dasar laut.
§  Letupan dan kebocoran reaktor nuklear mencemarkan udara.
§  Merosakkan kehidupan.
·         Menjejaskan kesihatan manusia,
§  Merosakkan molekul DNA dan sel-sel darah.
§  Sinaran ultra ungu menyebabkan penyakit barah kulit.
§  Radiasi radioaktif menimbulkan kesan kepada genetik manusia dan bayi yang dikandung akan cacat.
·         Kos perbelanjaan yang tinggi.
§  Kos pelupusan yang tinggi.
§  Pembangunannya merugikan negara membangun.
§  Kos itu lebih baik untuk pembangunan sosioekonomi.

Penutup,
§  Penggunaan tenaga nuklear memerlukan langkah-langkah keselamatan yang tinggi.
§  Sesuai digunakan jika tenaga arang batu dan fosil pupus.


Penderaan



Isi-isi penting.

A.    Punca penderaan.

1.             Masalah tidak dapat kawal emosi oleh ibu bapa.

-          Mempunyai sikap mudah marah.
-          Fikiran terganggu akibat kemiskinan.
-          Berlaku pergaduhan keluarga.

3.             Kurang kasih sayang kepada kanak-kanak.

-          Anak dilahirkan tanpa kerelaan diri.
-          Anak-akan istimewa juga mudah didera.
-          Anak-anak angkat - bukan anak sendiri.

4.             Ibu bapa yang kurang pendidikan agama.

-          Merasakan penderaan bukan satu kesalahan.
-          Mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa / pahala.
-          Mudah ikut perasaan.

B.     Cara-cara mengatasi.
5.             Kesedaran pada ibu bapa.

-          kempen menyayangi anak.
-          Memberi ceramah keagamaan kepada ibu bapa atau penjaga.
-          Kesedaran tentang hak kanak-kanak dilindungi undang-undang.

6.             Tindakan undang-undang.

-          Hukuman penjara dan sebat.
-          Memisahkan anak daripada jagaan ibu bapa yang telah dihukum.
-          Hukuman mati.

Penutup.

-          Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat kes-kes penderaan berlaku di persekitaran mereka.
-          Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang.


Faktor Yang Mengakibatkan Keracunan Makanan



·         Pengenalan,
o   Seseorang menjadi tiba-tiba sakit akibat memakan makanan yang memudaratkan kesihatan.
o   Tiba-tiba badan berpeluh dan kena cirit-birit.

Isi-isi penting,

·         Penggunaan racun serangga dalam bidang pertanian,
o   Boleh memudaratkan kesihatan apabila memakan sayuran yang mengandungi DDT.
o   Termakan racun serangga yang berlebihan akan menyebabkan penyakit kanser.
o   Kerajaan Singapura mengharamkan import sayur-sayuran dari Malaysia/ Tanah Tinggi Cameron pada tahun 1988 kerana berlebihan racun pada hasil pertanian tersebut.

·         Pemprosesan makanan,
o   Bahan kimia seperti bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan membahayakan kesihatan juga digunakan berlebihan.
o   Peristiwa kematian 14 nyawa di Perak pada tahun 1998 kerana termakan makanan yang mengandungi asid borik yang berlebihan.

·         Pencemaran air akibat bahan kimia dan sampah sarap,
o   Sisa kimia yang mengandungi logam beracun seperti plumbum dan raksa dibuang ke sungai dan laut menyebabkan ikan-ikan dan hidupan laut yang berpenyakit.
o   Mereka yang memakan ikan-ikan atau hidupan laut akan mudah berpenyakit yang sama.

·         Pencemaran mikrobiologi,
o   Makanan yang tidak dibungkus dengan sempurna dan disimpan pada suhu yang sesuai akan rosak dan membiakkan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat.
o   Mikroorganisma ini boleh mengeluarkan virus toksin yang mengubah kualiti dan merosakkan makanan – kesannya pemakan akan cirit-birit dan kelumpuhan organ pernafasan.

·         Pengendalian makanan yang tidak sempurna,
o   Makanan kurang bersih dan telah tercemar.
o   Mikroorganisma ‘salmonellae’ yang terdapat pada makanan yang tercemar boleh membiak dalam saluran usus yang memberi kesan muntah-muntah.
o   Peralatan masak yang kotor yang terdedah pada serangga seperti lalat juga boleh menyebabkan keracunan pada makanan.

Kesimpulan,

o   Pengusaha perlu memikirkan kebersihan.
o   Semua pihak perlu memberi tahu kepada pihak berkuasa jika ada pengusaha-pengusaha makanan mengabaikan kebersihan makanan.

Keruntuhan Budaya

,

Pendahuluan,
o   Setiap bangsa memiliki adat dan peraturan hidup.
o   Diwarisi sejak zaman berzaman.
o   Pegangan kepada adat semakin longgar di kalangan masyarakat hari ini.

Isi-isi penting.

1.      Pelbagai pencemaran budaya di kota.
-          Keruntuhan moral remaja.
-          Gaya fesyen yang keterlaluan.
-          Budaya lepak, bohsia, dan lain-lain.
2.      Punca pengaruh persekitaran.
-          Suasana hidup di kota - ragam penduduk.
-          Kebebasan hidup dan kesibukan masyarakat.
-          Pelbagai hiburan dan kelab-kelab malam.
3.      Kelemahan institusi keluarga.
-          Remaja berjauhan dengan keluarga.
-          Ibu bapa sibuk dengan tugas.
-          Anak tiada asuhan dan kasih sayang.
4.      Sikap kebendaan masyarakat kota.
-          Tidak menghiraukan orang lain.
-          Tiada permuafakatan.
-          Mengejar kemewahan.
5.      Kemasukan budaya asing.
-          Bandar kosmopolitan tumpuan masyarakat antarabangsa.
-          Membawa budaya bertentangan.
-          Mempengaruhi masyarakat remaja.
-           
Penutup:
-          Pencemaran budaya perlu disekat.
-          Dapat memelihara budaya bangsa sendiri.


Meningkatkan Ekonomi Negara



Isi-isi penting.

1.      Sikap pekerja / petani.

-          Rajin dan tekun meningkatkan hasil.
-          Matlamat petani menentukan pencapaian kerjanya.
-          Usaha tambahan menambah pendapatan.

2.      Kenaikan gaji.

-          di sektor perladangan menyebabkan pekerja menjadi rajin.
-          Gaji rendah melemahkan semangat bekerja.
-          Pekerja kekal bekerja jika gaji mereka sentiasa naik setiap tahun.

3.      Taraf pendidikan, kemahiran dan pengalaman.

-          Pendidikan yang tinggi menambah kemahiran pekerja - kerja bertambah cekap.
-          Pekerja berpengalaman - bekerja dengan cekap.
-          Pekerjaan yang bermutu menguntungkan pekerja - pendapatan lebih.

4.      Aspek kebajikan.

-          Pekerja menjadikan jika kebajikannya terjaga - cuti, rumah dan lain-lain.
-          Pekerja perlu diberi layanan sama rata untuk mencapai kejayaan.
-          Hubungan mesra di kalangan pekerja penting.

5.      Penggunaan alat terkini / canggih.

-          Pekerja yang dibekalkan dengan peralatan baru boleh meningkatkan pengeluaran.
-          Penggunaan baja, racun, jentera, komputer dan lain-lain penting dalam meningkatkan prestasi kerja.
-          Perkembangan teknologi moden perlu dilengkapkan kepada pekerja.

Penutup:

-          Peranan kerajaan juga turut meningkatkan produktiviti pekerja.
-          Mengurangkan cukai pendapatan atau inisiatif lain menyebabkan pekerja lebih rajin bekerja.


pencemaran alam sekitar

.

·         Pengenalan.

o   Kerosakan dan pencemaran alam sekitar telah menjadi isu hangat.
o   Pencemaran alam sekitar juga berlaku melalui proses semula jadi.

·         Isi-isi penting,

·         Aktiviti-aktiviti manusia,

o   Pembangunan yang terlalu pesat.
o   Penerokaan hutan yang melampaui batas.
o   Pembuangan sisa-sisa perkilangan dan sampah sarap.
o   Enjin-enjin dan jentera mengeluarkan pencemaran bunyi.

·         Kesannya.
o   Suhu semakin meningkat/ cuaca tidak menentu/ paras laut meningkat.
o   Sumber semula jadi semakin pupus.
o   Ekologi menjadi tidak seimbang.

·         Contoh yang paling ketara,

o   Musim tengkujuh berpanjangan/ berlaku cuaca sejuk yang melampau.
o   Terjadi jerebu daripada pembakaran terbuka  mengancam kehidupan dan manusia.
o   Jabatan Cuaca mengaitkan jerebu dengan gelombang El-Nino.

·         Pencemaran air dan makanan berlaku,

o   Air mineral semakin mendapat sambutan walaupun harganya meningkat.
o   Sayuran, ikan, daging ayam dan lain-lain tercemar.
o   Terdapat pencemaran akibat kebocoran tenaga nuklear.

·         Kebocoran radioaktif dan tumpahan minyak,

o   Pernah berlaku di Russia – kebocoran radioaktif nuklear.
o   Tumpahan minyak sering berlaku akibat kebocoran kapal.

·         Kesimpulan,

o   Manusia perlu bertindak waras agar pencemaran tidak menjejaskan hidup.



Cara-cara mencegah penyakit berjangkit.

Pengenalan;

-          Sebab-sebab penyakit berjangkit tersebar luas - Alam sekitar yang kotor/tercemar.
-          Iklim yang lembab dan mudah untuk virus/ kuman membiak.
-          Kurang kemudahan dan kekurangan doktor.

Isi-isi penting,

1.      Penyediaan pusat-pusat rawatan penyakit.
-          Hospital dan klinik-klinik kerajaan.
-          Klinik-klinik swasta.
-          Seluruh tempat sama ada di dalam bandar atau luar bandar.
-          Memudahkan masyarakat merawat penyakit mereka.

2.      Ubat pelalian.
-          Banyak penyakit tidak merebak kerana suntikan pelali semenjak kecil.
-          Suntikan pencegah batuk kering.
-          Suntikan pelali untuk penyakit carcar.
-          Suntikan pelali untuk hepatetis B.

3.      Menjaga kebersihan alam sekitar.
-          Alam sekitar yang bersih menyebabkan serangga pembawa penyakit seperti lalat dan nyamuk tidak dapat membiak.
-          Menambah bilangan merinyu kerihatan untuk memantau kebersihan.
-          Pendidikan alam sekitar di sekolah/ kempen menjaga kebersihan – cintailah sungai kita.

4.      Amalan pemakanan yang seimbang.
-          Meningkatkan daya tahan badan.
-          Melakukan senaman ringan.
-          Memastikan sesuatu bahan yang terdapat dalam badan tidak berlebihan.

5.      Peranan alat sebaran am/ media masa.
-          Menyiarkan kaedah menjaga kesihatan.
-          Menyatakan kesan penyakit berjangkit jika tidak dikawal.
-          Mengajak orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat.

Penutup,
-          Kerjasama semua pihak untuk mengatasi masalah ini
-          Pentingnya pendidikan kesihatan.
-          Peranan pihak swasta juga penting untuk mengatasi masalah ini.


kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan   pelajar,
.

(a)  Pendahuluan
Menjadi isu yang sering dibincangkan oleh golongan pendidik dan orang ramai. Faktor yang menyebabkan berlaku perkara ini perlu dikaji dan langkah yang berkesan untuk mengatasinya dapat diambil.

(b)  Isi-isi
(i)   Sikap acuh tak acuh terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris yang terdapat dalam
diri pelajar kerana tidak dijadikan syarat wajib untuk lulus dalam peperiksaan.
(ii)  Kekurangan guru pakar dan mahir dalam pengajaran bahasa Inggeris.
(iii) Bahasa Inggeris amat jarang digunakan dalam pertuturan seharian.
(vi) Tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan bahasa Inggeris terutamanya
selepas tamat pengajian.
(v)   Kurang bahan bacaan dan suasana yang tidak  mendorong penggunaan bahasa
 Inggeris.


(c)  Penutup
Perlu diatasi segera kerana masalah ini boleh menjejaskan keupayaan  untuk
menguasai ilmu pengetahuan.

Implikasi Negatif Pengiklanan

,

Pengenalan,

·         Pengguna menjadi sasaran dan mangsa kepada iklan-iklan.
·         Pengguna biasanya mengenakan kos pengeluaran kepada pengguna.
·         Ini termasuk kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikatnya.

·         Isi-isi penting,

·         Kesan ekonomi,
o   Hampir semua barang yang dijual di pasaran dicampur dengan kos iklan.
o   Golongan miskin dipengaruhi supaya membeli barangan yang mahal dan tidak berguna.
o   Kesannya pengguna kekurangan wang untuk tujuan yang lebih berfaedah.

·         Kesan kepada alam sekitar,
o   Hutan pupus ditebang untuk menghasilkan kertas pengiklanan.
o   Sumber yang digunakan untuk pengiklanan akhirnya dibuang bersepah-sepah di merata-rata tempat.
o   Beribu-ribu tan botol, beg plastik, besi dan lain-lain yang termasuk dalam kos yang dibayar pengguna dibuang sebagai sampah.

·         Kesan terhadap kesihatan dan keselamatan,
o   Banyak penyakit moden seperti kanser, ulser, sakit jantung disebabkan makanan yang tercemar.
o   Susu bayi berformula semakin hebat dikeluarkan sehingga boleh membawa penyakit dan maut kepada bayi.
o   Iklan rokok dan alkohol mengakibatkan kematian perokok dan peminum kerana ketagih.

·         Kesan terhadap kebudayaan,
o   Iklan telah membawa ke arah pengekalan kepada budaya pengguna.
o   Pengguna berlumba-lumba menggunakan barang berjenama dan bermegah.
o   Remaja paling ramai yang terpengaruh dengan gaya baru ini.

·         Kesan moral dan rohani serta nilai hidup,
o   Menjauhkan atau menjarakkan lagi golongan antara kaya dengan yang miskin.
o   Bahan asas digunakan untuk pembeli barangan mewah dan tidak mampu dibeli oleh golongan miskin.
o   Membawa kesan perasaan ego, sikap individualistik dan persaingan yang tidak sihat.

Kesimpulan,

o   Tekanan dan pengaruh industri pemasaran menyebabkan manusia cuba mendapatkan barang yang lebih baik daripada orang lain.


Menabung.


Pendahuluan,
o   Menyimpan wang untuk masa depan.
o   Di simpan di dalam bank-bank – lebih selamat.
o   Kegunaan masa cemas atau untuk modal perniagaan.

Isi-isi penting,

1.      Peranan individu.
-          Ada kesedaran diri.
-          Mempunyai arah dan tujuan dalam hidup.
-          Berwawasan.
2.      Peranan ibu bapa terhadap anak-anak.
-          menyemai sikap menabung semenjak kecil.
-          Sediakan tabung untuk anak menabung.
-          Mengajar anak-anak berjimat-cermat.
3.      Peranan Institusi Kewangan.
-          Bank menyediakan faedah tinggi.
-          Menyediakan bonus dan dividen.
-          Menawarkan hadiah tertentu seperti Sijil Simpanan Premium.
4.      Kempen menggalakkan masyarakat menabung.
-          menggalakkan masyarakat berjimat cermat.
-          Kempen kesedaran menabung.
-          Papan tanda kesedaran menabung.
5.      Peranan kerajaan.
-          menyediakan saham amanah seperti ASB, ASW, ASN dan lain-lain lagi.
-          Menjamin wang tidak hilang.
-          Memberi jaminan bahawa simpanan menguntungkan.
-           
Penutup:
-          menabung akan meningkatkan ekonomi keluarga dan negara.
-          Rakyat perlu sedar penting menabung untuk masa depan.
-          Rakyat perlu menyahut seruan menabung.