Wednesday, October 30, 2019

SBE DAN JMJ - DUA PERISTIWA PELERAIAN YANG MENARIK HATI PEMBACA


JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Kak Mimah mencadangkan Che Jah membuat laporan polis. Che Jah bersetuju membuat laporan polis tentang keganasan yang telah dilakukan oleh suaminya Seman terhadap dirinya dan anak anaknya. Akhirnya Seman berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis. Hal ini supaya suaminya itu dapat dipulihkan. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana atas bantuan Kak Mimah penderitaan yang dihadapi oleh Che Jah sekeluarga dapat diselesaikan.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa datuk menceritakan rahsia jendela rumah yang menghadap jalan. Datuk menjelaskan bahawa rekaan jendela dan pintu rumah ketika itu dibina menghadap ke jalan supaya senang untuk penduduk kampung mengintai pergerakan musuh komunis yang datang ke kampung mereka. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana cerita datuk dapat menamatkan penantian pembaca tentang misteri jendela menghadap jalan.




SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa penduduk kampung bekerjasama antara satu sama lain mengumpulkan wang untuk Dahlia mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya. Haji Sulaiman telah menyerahkan sampul derma daripada orang kampung yang berjumlah RM500 kepada Dahlia. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana wujudnya kerjasama penduduk kampung untuk mengurangkan beban kewangan keluarga Dahlia demi merealisasikan impiannya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa Azhari berjumpa Dahlia di stesen bas. Azhari pergi berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pakciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut "Koi-bito" yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana Azhari dan Dahlia sempat juga bertemu sebelum berpisah kerana Dahlia akan melanjutkan pelajaran.

6 comments: