Monday, October 7, 2019

Karangan Cemerlang

Pada era kontemporari ini, isu aktiviti riadah menjadi polemik masyarakat seantero negara. Masyarakat kita semakin kurang mengambil berat tentang kepentingan aktiviti riadah. Di negara kita simptom obesiti semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kaji Selidik Kesihatan Morbiditi Nasional (NHSM) 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan  menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes. Malaysia menduduki tempat pertama kadar obesiti di rantau ASEAN. Malah masalah ini akan melahirkan generasi yang tidak sihat, tidak aktif, tidak produktif dan sukar untuk menyumbang tenaga kepada negara. Persoalan yang berlegar-legar dalam minda kita ialah , apakah kepentingan aktiviti riadah yang akan diperoleh oleh masyarakat agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat?


Sebagai pembuka tirai diskusi yang pertama  aktiviti riadah dapat mumupuk kasih sayang antara ahli keluarga. Dengan melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga, hubungan antara ahli keluarga dapat dieratkan dan dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi antara satu sama lain. Contoh – contoh aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan ialah bermain badminton bersama – sama dan sebagainya. Izharlah bahawa  kasih sayang antara keluarga dapat dipupuk melaului aktivi riadah.

Jika ditinjau dari perpektif lain, aktiviti riadah  dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Jika masa terluang tidak dipenuhi dengan aktiviti riadah sudah pasti masa yang terluang tersebut dihabiskan dengan sia – sia. Contohnya, tidur, bermain permainan video daan sebagainya. Ijmallah bahawa, aktiviti riadah perlu disematkan dalam akktiviti harian untuk menjamin kesihatan kita. Walaupun pada mulanya agak sukar, lama – kelamaan ia akan menjaadi kebiasaan. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Kata orang tua-tua alah bisa tegal biasa.

Dalam erti kata yang lebih komprehensif, aktiviti riadah juga dapat mencerdaskan minda. Aforisme Melayu lama ada mengungkapkan bahawa otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat. Terdapat ramai pelajar yang tekun membaca sehingga mengabaikan aktiviti riadah yang menyebabkan mereka keletihan dan menyebabbkan ilmu yang mereka pelajari sukar untuk dihadam. Ketidakcerdasan minda juga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai tindak balas yang lambat. Contohnya, bertindak balas dengan persekitaran, lambat mengelak objek dan sebagainya. Iktisarlah bahawa aktiviti riadah diperlukan untuk masyarakat untuk menjadikan generasi pada waktu kini lebih sihat.

Secara holistiknya, sudah terang lagi bersuluh bahawa, semua pihak perlu mengambil tindakan bagi memastikan masyarakat menyedari akan kepentingan aktiviti riadah. Diharapkan agar rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Perkara ini boleh diterapkan sejak kecil lagi. Hal ini kerana generasi akan datang akan lahir dan membesar sebagai individu yang sihat dan produktif. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya..




No comments:

Post a Comment