Thursday, October 31, 2019

LATIHAN KBAT KOMSAS SPM 2019


Cerpen Jaket Kulit Kijang(Tingkatan 4)
1. Langkah-langkah pihak kerajaan untuk mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan?
P1 Menyediakan rumah / tempat penginapan
P2 Memberikan pekerjaan yang sesuai
P3 Memberikan bantuan perubatan / makanan
P4 Memberikan bantuan kewangan

2.Cara untuk menaikkan nama negara dalam bidang pelancongan
P1Meningkatkan perpaduan agar tiada berlaku pergaduhan kaum
P2 Tambah baik infrastruktur untuk kemudahan kepada pelancong
P3 Kempen Tahun melawat Malaysia agar banyak yang datang ke Malaysia
P4 Jaringan pengangkutan untuk memudahkan pelancong ke destinasi

3.Langkah-langkah yang patut dilakukan sebelum melancong ke luar negara.
P1 Kenal pasti tahap keselamatan negara tersebut.
P2 Mengetahui adat resam dan budaya
P3 Mempelajari sedikit bahasa negara tersebut.
P4 Menukar mata wang negara tersebut.

Cerpen Munsyi
1. Cara-cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang?
P1 Memperkukuh ilmu agama
P2 Penerapan semangat cinta akan negara / jati diri dalam mata pelajaran di sekolah
P3 Penggunaan bahasa kebangsaan dalam komunikasi rasmi dan harian
P4 Pengajaran tentang sejarah negara merentas kurikulum
P5 Kempen / program semangat jati diri secara berterusan

2.Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan Peristiwa 13 Mei  berulang kembali?
P1Dasar / sistem pendidikan yang sama bagi semua kaum
P2 Merapatkan jurang ekonomi antara kaum
P3 Pemimpin jangan memainkan fahaman politik
P4 Peranan media menguar-uarkan kepentingan perpaduan.

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil(Tingkatan 5)
1.Faedah-faedahnya jika kita menguasai lebih daripada satu bahasa?
P1Menambahkan / meluaskan ilmu pengetahuan
P2 Mudah berhubung / berkomunikasi dengan orang lain
P3 Meningkatkan keyakinan ketika berada di khalayak
P4 Mudah mencari / memahami maklumat daripada sumber lain




2. Untuk mengelakkan negara kita dijajah oleh kuasa asing semula?
P1Kerajaan menyediakan pertahanan negara yang kuat daripada ancaman musuh
P2 Rakyat perlu mengekalkan perpaduan / saling menghormati antara kaum.
P3 Rakyat rela  bersedia menyumbang tenaga demi keselamatan negara.
P4 Pihak sekolah menyemai semangat cinta akan negara kepada para pelajar (kokurikulum)

Cerpen Hipertensi
1.Insentif-insentif untuk mengembangkan potensi murid-murid yang cerdik seperti Aiman Aqil?
P1Menawarkan peluang belajar di Permata Pintar Negara.
P2 Memberikan biasiswa khas untuk menyambung pelajaran di universiti-universiti
terkemuka di dalam dan luar negara.
P3 Memberi peluang kepada mereka untuk mendalami bidang yang diminati.
P4 Menawarkan laluan terus untuk menamatkan zaman persekolahannya lebih awal (lompat kelas)

Drama Khidmat Negara (Tingkatan 4)
1.Usaha-usaha meningkatkan semangat patriotik generasi muda selain menyertai PLKN?
P1 Ibu bapa membawa anak-anak menyertai Sambutan Bulan Kemerdekaan.
P2 Ibu bapa membawa anak-anak melancong / melawat tempat bersejarah.
P3 Kerajaan melancarkan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat patriotik.
P4 Media massa menyiarkan rancangan / filem / drama / dokumentari bertemakan semangat patriotik.

2. Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan bidang kesusasteraan tanah air
P1  Pihak Kementerian Pendidikan memperkasakan subjek kesusasteraan di peringkat sekolah
P2Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran .
P3 Sekolah menjemput tokoh sastera untuk berkongsi ilmu pengetahuan/pengalaman.
P4 Pihak kerajaan mempergiat kempen mempelajari bidang kesusasteraan.

3.Cara media massa memupuk rasa cinta terhadap budaya warisan.
P1 Banyak menyiarkan hasil penulisan budaya warisan
P2 Banyak menayangkan rancangan berunsurkan budaya warisan
P3 Mengadakan kempen cintai budaya warisan
P4 Mewujudkan laman sosial berkaitan budaya warisan.

4. Tindakan ibu Aiman memastikan  Aiman tidak berasa terus diabaikan oleh ahli  keluarganya.
P1 sediakan makanan untuk Aiman/makan bersama-sama
P2 bertanyakan /membincangkan / menyelesaikan masalah yang dihadapi
P3 beribadat/bersolat bersama-sama
P4 beri hadiah/pujian atas kejayaan Aiman

5.Kebaikan melaksanakan program PLKN  mengikut acuan sendiri
P1 remaja bangga akan  negara sendiri/ menghargai negara
P2 memupuk jati diri yang  kental/identiti negara
P3 melahirkan remaja yang berdisiplin/bersahsiah terpuji
P4 sanggup berjuang mempertahankan  negara
6.Langkah-langkah memastikan remaja terus berminat menyertai PLKN
P1 jangka masa latihan sesuai/tidak terlalu lama
P2 aktiviti riadah/sukan yang menyeronokkan / sesuai dengan remaja/sukan lasak
P3 kemudahan  kem yang sentiasa selesa/kondusif/lengkap
P4 elaun yang tinggi

Drama Bukan Gila(Tingkatan 5)
1.Tindakan-tindakan menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid sekolah?
P1.Guru kaunseling untuk mengenal pasti murid-murid yang murung dengan memberikan rawatan awal.
P2 Mengelakkan kes buli dalam kalangan murid.
P3 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah yang melibatkan kes kemurungan.
P4 Menggalakkan murid-murid terlibat dengan kegiatan kokurikulum / perkhemahan / aktiviti kokurikulum / bersukan.

2.Cara-cara membantu rakan yang sakit di sekolah
Pl memberitahu guru bertugas bertugas
P2 Menelefon ibu bapa /penjaga rakan
P3 Menghantar ke bilik sakit
P4Membuat panggilan kecemasan/ambulans

3. Ciri-ciri ibu bapa yang bertanggungjawab
P1 - Mengambil berat hal anak-anak
P2 - Menyediakan keperluan hidup anak-anaknya
P3 - Memberi kasih sayang kepada anak-anak
P4 - Meluangkan masa bersama dengan anak-anak

4. Cadangkan untuk menangani tekanan yang dihadapi oleh mereka dan alasannya.   
P1Cadangan: riadah jasmani. Alasan: dapat menjadikan sistem pernafasan kita         juga dapat berjalan dengan lancar.
P2 meluahkan perasaan kepada sahabat karib .Sahabat karib boleh memberikan bantuan .
P3Melihat segala masalah itu dari segi positif .Menerima masalah itu sebagai panduan dalam kehidupan .

2.Langkah-langkah pihak sekolah bagi menangani masalah ponteng?
P1Guru-guru memberi kesedaran tenang keburukan ponteng / kepentingan datang ke sekolah.
P2 Pihak berkuasa / PIBG memantau lokasi-lokasi yang menjadi tempat pelajar ponteng.
P3 Guru / kaunselor berkunjung ke rumah murid yang ponteng sekolah memberikan khidmat kaunseling.
P4 Pihak sekolah sentiasa memberitahu ibu bapa perihal kehadiran murid.

Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan (Tingkatan 4)
1.Perbuatan ibu Kertala Sari menceritakan kisah kematian suaminya kepada Kertala Sari adalah wajar.
P1Kerana yang meninggal dunia itu ialah ayah Kertala Sari
P2 Kerana dia tidak mahu disalahkan oleh ayahnya
P3 Kerana dia mahu anaknya tahu perkara yang sebenarnya berlaku
P4 Supaya anaknya dapat melakukan sesuatu tindakan

2. Kita perlu melakukan perancangan sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan?
P1Sebagai persediaan awal
P2 Berjaya dilaksanakan
P3 Kurang risiko
P5 Dapat mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi

3.Langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah kecurian daripada berleluasa?
P1Mengadakan kawalan / rondaan ketat oleh pihak berkuasa
P2 Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah yang mencuri
P3 Menyimpan barang berharga di tempat yang selamat seperti bank dan mempunyai nombor kawalan
P4 Memperhebat kawalan Rukun Tetangga

4.Kesan wujudnya keamanan di dalam negara?
P1Kestabilan politik
P2 Ekonomi / taraf hidup meningkat
P3 Menarik pelabur asing / pelancong
P4 Masyarakat hidup sejahtera / harmoni
P5 Menaikkan imej negara di mata dunia

5.Baginda menitahkan kegiatan kecurian itu diatasi dengan segera?
P1Masyarakat dapat meneruskan kehidupan dengan tenang
P2 Tidak berlaku banyak kehilangan harta benda
P3 Pemilik harta benda tidak berada dalam kerugian
P4 Moral masyarakat setempat dapat ditingkatkan

6.Tidakan yang wajar dilakukan oleh Temenggung untuk menangani masalah kecurian .
P1Memperkemas sistem kawalan keselamatan
P2 Melengkapkan sistem kawalan yang lebih canggih di setiap premis perniagaan dan kediaman.
P3 Melatih pengawal keselamatan yang bertugas dalam pelbagai ilmu seni mempertahankan diri.
P4 Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah.

7.Sebab seseorang itu sanggup menggadaikan nyawanya untuk kebahagiaan orang lain?
P1Membuktikan kesetiaannya / kasih sayangnya / perasaan cinta yang tidak berbelah bahagi
P2 Membuktikan kehebatannya menewaskan sesiapa sahaja tanpa perasaan gentar
P3 Membuktikan pengorbanan yang sanggup dilakukan

8.Sebab Patih Gajah Mada menyempurnakan pesanan ayah Kertala Sari kepada Kertala Sari.
P1Patih Gajah Mada seorang yang amanah.
P2 Patih Gajah Mada ingin membela nasib Kertala Sari yang kematian ayah
P3 Patih Gajah Mada mahu Kertala Sari mendapat haknya


9. Adakah anda akan bertindak membahagikan harta tersebut kepada orang lain
Ya
P1Harta tersebut dibahagikan kepada orang yang lebih memerlukan dan berjasa
P2merupakan tugas Laksamana dalam menjaga keselamatan  dan keamanan .
Tidak
P1Harta tersebut boleh digunakan untuk tujuan dan kerja kebajikan lain
P2Harta tersebut boleh digunakan untuk hal-hal kecemasan

10.Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.” Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana berbuat demikian
P1 Laksamana seorang yang berharta/kaya
P2 Laksamana bersikap murah hati/membantu orang-orangnya yang susah/orang  miskin
P3 Mengekalkan pengaruh
P4 Menjaga maruah sebagai pemimpin/nama baik/imej

11. Kelebihan bersedekah :
P1 Melahirkan rasa syukur / tanda penghargaan
P2 Menjaga hubungan dengan pengikutnya
P3 Mendekatkan diri kepada agama/Terhindar dari sifat kedekut

12 Cara mahu mengalahkan Laksamana:
P1 Mengkaji kekuatan/ kekuatan Laksamana sebelum pergi ke Melaka
P2 Berguru dengan orang yang lebih bijak/  berilmu/ berpengalaman
P3 Mencari perkara yang boleh mengganggu emosi Laksamana
P4 Meminta bantuan/bekerjasama daripada pihak lain untuk mengalahkannya

Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada (Tingkatan 5)
1.Tindakan Tun Perak mengarahkan orang-orangnya membawa anak isteri bersama-sama untuk berperang?
Wajar:
P1 Bersemangat juang tinggi
P2 Keselamatan anak isteri terjamin
P3 Sebagai tanda taat setia rakyat kepada raja
P4 Mengeratkan ikatan kekeluargaan
Tidak wajar:
P1 Keselamatan anak isteri terancam
P2 Membebankan / menyusahkan untuk melaksanakan tanggungjawab kepada raja
P3 Kos perbelanjaan meningkat
P4 Isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga bukannya ke medan perang

2.Tindakan-tindakan untuk membalas jasa Sidi Arab yang telah berjaya membunuh Cau Pandan?
P1Memberi hadiah / sepersalinan pakaian
P2 Memberi gelaran / anugerah
P3 Melantik sebagai pembesar istana / memberi jawatan
P4 Mengahwinkannya dengan puteri atau kerabat diraja
3.Kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak bermuafakat?
P1Sepanjang masa dihabiskan untuk membina pengaruh
P2 Tiada masa untuk urusan pentadbiran
P3 Pemimpin yang baik / jujur mungkin kecundang
P4 Berlaku banyak penyelewengan

4.Kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara?
P1Mampu merancang strategi pertahanan
P2 Mengemas kini sistem persenjataan
P3 Menaik taraf sistem radar keselamatan

5.Tindakan sesuai yang boleh diambil jika rakyat mengadukan pelbagai masalah kepada anda.
P1Memberikan nasihat yang sesuai
P2 Mengajak berbincang
P3 Menyuruhnya merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan
P4 Menyerahkan kepada pemimpin lain untuk tindakan seterusnya

6.Ikhtiar seseorang perintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan.
P1Mengadakan rundingan dengan negara terlibat .
P2 Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara jiran untuk memastikan hubungan baik terjalin
P3 Mengadakan perjanjian damai supaya tidak ada negara yang memulakan persengketaan .
P4 Mengadakan usaha sama dalam pelbagai bidang untuk memajukan negara masing-masing

7.Sesebuah negara perlu mempunyai pemimpin yang bijaksana dan adil?
P1Untuk memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat
P2 Untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara daripada ancaman musuh
P3 Untuk mengangkat imej negara sebuah negara yang maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

8.Kesan buruk jika berlakunya peperangan dalam sesebuah negara?
P1Meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa .
P2 Kemusnahan harta benda masyarakat setempat
P3 Peningkatan pelbagai masalah sosial
P4 Krisis makanan akan terjejas dengan teruk

9. Sikap bertanya wajar diamalkan.
P1Dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
P2Mengikis sikap negatif dalam diri
P3Mengelakkan berlaku perkara buruk
P4.Wujud rasa hormat orang lain terhadap kita.

10.Cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan setiap     pasangan
P1 hormat-menghormati antara pasangan
P2 Rujuk kaunselor sekiranya  menghadapi masalah dalam rumah tangga   
P3 Berkomunikasi secara berkesan     
P4 Beriadah / melancong / bercuti / berekreasi bersama-sama   

11.Raja sering diagung-agungkan oleh rakyat.
P1lambang kedaulatan negara     
P2 - ketua negara     
P3 - berketurunan bangsawan    
P4 - berkuasa/ berpengaruh

12.Terima atau tidak tawaran untuk membunuh Laksamana
Setuju
P1ingin membalas dengan kematian bapa
P2menunjukkan kesetiaan kepada perintah raja
P3menguji kepahlawanan diri
Tidak Setuju
P3membunuh ialah satu dosa besar
P4tidak elok berdendam kepada orang lain
P5Laksamana tidak bersalah dan hanya menjalankan tugas

Sajak Aku Membaca Lagi
1.Langkah-langkah berkesan untuk memantapkan kedaulatan bahasa Melayu
P1Menjadikan syarat lulus dalam peperiksaan
P2 Menjadikan mata pelajaran wajib di semua institusi pendidikan
P3 Kempen Cintai Bahasa Melayu
P4 Dijadikan syarat dalam pengambilan pekerja

2.Segelintir remaja kini tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul semasa berkomunikasi
P1Malu untuk menggunakan bahasa Melayu   
P2Trend remaja kini yang menggunakan bahasa slanga   
P3Latar belakang keluarga / pengaruh keluarga yang menggunakan  bahasa asing / dialek daerah / negeri   
P4Terpengaruh oleh rakan / media massa / rancangan televisyen /  artis pujaan      

3. Peranan anda mengelakkan kemusnahan alam sekitar
P1Mengelakkan pembakaran terbuka
P2Tidak membuang sampah ke dalam sungai
P3Tidak menggunakan beg plastik ketika membeli –belah
P4Menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan.

Sajak Sang Gembala Kuda

1.Langkah-lanhkah untuk memajukan sukan berkuda
P1 Kerajaan mewujudkan kompleks sukan berkuda negara
P2Persatuan Berkuda diaktifkan
P3Kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk sukan ini.
P4Atlet sukan berkuda perlu menjalani latihan intensif

Sajak Gelanggang
1.Kepentingan-kepentingan hidup bersatu padu kepada sesebuah negara.
P1Negara menjadi aman dan damai
P2 Rakyat hidup sejahtera dan harmoni
P3 Negara bertambah maju dan cemerlang
P4 Program pelancongan berjaya dan berkesan

2.Usaha dilakukan untuk mewujudkan negara yang harmoni.
P1 Perpaduan kaum dieratkan
P2Sikap toleransi antara kaum dipupuk
P3Sikap cinta akan negara oleh setiap warganegara ditingkatkan.

3.Usaha-usaha pelbagai pihak untuk mempertahankan kemerdekaan negara
Pl kerajaan mengadakan kempen kesedaran semangat mempertahankan negara.
P2 ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak sejak kecil lagi
P3 media massa menyiarkan rancangan menaikkan semangat rakyat
P4 pihak sekolah mengajarkan murid-murid tentang kepentingan mempertahankan kemerdekaan negara .

SAJAK SEJADAH RINDU
1.Kesan-kesan positif apabila seseorang itu menginsafi kesalahan yang telah dilakukan?
P1Tidak mengulangi kesalahan / sentiasa berhati-hati dalam tindakan
P2 Berazam menjadi orang baik / mendekati diri dengan Tuhan / sentiasa bertaubat
P3 Memperoleh ketenangan jiwa
P4 Mendapat ramai sahabat / dihormati masyarakat

2.Taubat wajar dilakukan dalam kadar segera?
P1Menimbulkan keinsafan dan rasa syukur
P2 Tidak mengulanginya lagi kerana jika lambat bertaubat
P3 Masyarakat menaruh kepercayaan semula kepada kita

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
1.Cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa.
P1Mendengar nasihat ibu bapa
P2 Belajar bersungguh-sungguh
P3 Tidak memalukan / menjaga maruah ibu bapa
P4 Bertutur / bercakap dengan sopan
P5 Memberikan hadiah / penghargaan sempena hari istimewa

2.Anak-anak yang jarang-jarang menziarahi ibu bapa mereka?
P1Sibuk dengan tugas / pekerjaan masing-masing
P2 Menganggap ibu bapa menyusahkan
P3 Tiada masa / tidak cukup masa
P4 Tinggal jauh
3.Aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh warga tua supaya kehidupan mereka lebih berkualiti?
P1Aktiviti kemasyarakatan seperti membantu orang susah dan bergotong-royong
P2 Aktiviti keagamaan seperti menghadiri kelas agama
P3 Aktiviti riadah seperti bersenam dan berkebun

4.Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk berbakti kepada ibu bapa                    
P1menziarahi ibu bapa
P2menjaga kebajikan ibu bapa
P2meraikan hari istimewa ibu bapa seperti hari lahir dan hari ulang tahun   perkahwinan     
P3mengajak ibu bapa melancong / menunaikan umrah atau haji
P4memberi wang / hadiah kepada ibu bapa

SAJAK KUDUP PERANG
1. Kita perlu menghargai jasa-jasa pahlawan.
P1Pahlawan telah banyak berjasa kepada rakyat, masyarakat dan negara .
P2 Pahlawan telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan kudrat .
P3 Pahlawan telah menumpaskan musuh-musuh negara .
P4 Pahlawan telah menjaga dan mengawasi sempadan negara daripada dicerobohi oleh musuh .

SYAIR BIDASARI
1.Sebagai rakyat yang prihatin, apakah sumbangan anda kepada mangsa yang ditimpa bencana?
P1Bantuan kewangan
P2 Bantuan ubat-ubat, makanan dan pakaian
P3 Sokongan moral iaitu khidmat kaunseling
P4 Perlindungan keselamatan kepada mangsa bencana

2. Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah tidak disangka-sangka.
P1Orang ramai perlu menguasai ilmu tentang sesuatu  musibah yang pernah berlaku di negara-negara lain.
P2 Pihak kerajaan menyediakan alat kawalan keselamatan /alat penggera di kawasan yang berisiko
P3 Pihak kerajaan menyediakan kawasan penempatan baharu yang lebih tinggi dan selamat.
P4 Media massa menyebarkan maklumat keselamatan kepada masyarakat .

GURINDAM Puisi Tradisional(Gurindam Dua Belas) Fasal yang Ketiga
1. -Kebaikan-kebaikan memelihara tutur kata:
P1sentiasa dihormati / disegani
P2 dapat berbicara / berhujah dengan baik
P3 tidak dipulaukan oleh masyarakat
P4 tidak menimbulkan perbalahan






SYAIR BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
1.Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan
P1Mewujudkan kelas / sekolah / institut kemahiran pertukangan
P2 Melantik pakar yang sedia ada sebagai jurulatih / penasihat
P3 Kemahiran seni bina didokumentasikan / dibukukan
P4 Mengadakan pertandingan berkaitan dengan kemahiran pertukangan

2. Ciri-ciri rumah yang selesa
P1- kemudahan asas yang lengkap     
P2- mempunyai ruang yang luas     
P3- persekitaran yang bersih      
P4- mudah memperoleh capaian Internet

3. Sesebuah istana dibina dalam keadaan yang mewah dan indah.
P1 Untuk membezakan taraf/status antara raja dengan rakyat
P2 Untuk menunjukkan kekukuhan ekonomi negara
P3 Menjaga imej/maruah raja
P4 Sebagai lambang/mercu tanda sesebuah negara

4.Apakah kepentingan-kepentingan memelihara bangunan lama
P1 Dapat dijadikan bukti yang kukuh tentang peristiwa yang berlaku / sejarah    bangunan lama
P2 Dapat menjadi teladan/iktibar kepada masyarakat tentang jasa para pejuang
P3 Banyak memberi manfaat dari sudut pelancongan
P4 Sebagai sumber rujukan seni bina bangsa 



5.Punca-punca seni ukir kurang diminati oleh generasi muda:
P1 Kurang / tiada pendedahan sejak kecil
P2 terpengaruh oleh gaya hidup moden
P3 kurang penganjuran pertandingan seni ukir
P4 tiada bantuan daripada pihak kerajaan


No comments:

Post a Comment