Wednesday, October 30, 2019

JMJ - SBE - PENGAJARAN HORMAT-MENGHORMATI


JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran tentang hormat-menghormati dalam kedua-dua buah novel tersebut.

Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita perlulah menghormati keputusan ibu bapa demi kebaikan diri sendiri. Lili menghormati keputusan ibu yang memujuknya agar pulang ke kampung datuk dan neneknya semasa cuti. Walaupun agak keberatan, namun Lili akur dengan kehendak ibunya itu.

Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Songket Berbenang Emas ialah kita haruslah menghormati keputusan bapa agar meneruskan persekolahan demi masa depan. Dahlia menghormati keputusan Embong yang tidak membenarkannya berhenti sekolah semata-mata mahu menjaga adiknya. Dahlia ingin berhenti sekolah apabila memikirkan kesusahan hidup mereka sekeluarga terutama setelah melihat ayahnya yang masih lemah akibat bisa patukan ular tedung.


No comments:

Post a Comment