Wednesday, October 30, 2019

RAMALAN NOVEL


(b)   Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa daripada latar tempat yang ditetapkan seperti yang berikut:

Novel
Latar tempat


Jendela Menghadap Jalan
Pondok usang

Songket Berbenang Emas
Sungai

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap

Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di pondok usang. Peristiwa yang berlaku di pondok usang ialah peristiwa Lili diculik dan disembunyikan di pondok usang. Lili diculik oleh Rafiq dan Haziq dan disembunyikan di pondok usang. Lili diselamatkan oleh Danel pada waktu malam.

Dalam novel Songket Berbenang Emas, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di sungai. Peristiwa yang berlaku di sungai ialah peristiwa Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai. Dahlia terjun ke dalam sungai yang berarus deras untuk menyelamatkan Said. Walau bagaimanapun, usaha Dahlia gagal kerana Said telah pun meninggal dunia.


No comments:

Post a Comment