Wednesday, October 30, 2019

PERBANDINGAN PELERAIAN DLM SBE-JMJ


JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.

Peleraian dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa laporan polis terhadap suami. Che Jah bersetuju membuat laporan polis tentang keganasan yang telah dilakukan oleh suaminya Seman terhadap dirinya dan anak anaknya. Akhimya Seman berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis. Hal ini supaya suaminya itu dapat dipulihkan.

Peleraian dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Jepun. Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih melanjutkan pelajaran ke untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.

No comments:

Post a Comment