Sunday, September 23, 2018

SPM - SOALAN NOVEL JMJ

SOALAN 4 (a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan kasih sayang berserta contoh sesuai seperti yang terdapat dalam novel tersebut.              

Contoh Jawapan:-


JENDELA MENGHADAP JALAN TINGKATAN 4

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Pengarang mengemukakan beberapa persoalan dalam novel ini.

Pertama, persoalan kasih sayang anak terhadap ibunya. Contohnya, Lili amat menyayangi ibunya kerana dia mempertahankan maruah ibunya apabila datuknya memperkatakan sesuatu yang kurang baik tentang ibunya itu. Lili tidak setuju dengan ungkapan yang dikatakan oleh datuknya lalu mempertahankan maruah ibunya.

Seterusnya, persoalan kasih sayang seorang sahabat. Contohnya, Danel sayang akan Lili kerana dia sanggup bertindak seorang diri untuk menyelamatkan Lili yang dikurung oleh Raik dan Haziq di dalam sebuah pondok usang pada suatu malam. Danel sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan Lili daripada tahanan Rafik dan Haziq.


No comments:

Post a Comment