Sunday, September 23, 2018

KRITERIA PENSKORAN KARANGAN CEMERLANG

PERINGKAT MARKAH KRITERIA CEMERLANG 80 – 100
(90 – 100) CEMERLANG ATAS
(80 – 89) CEMERLANG BAWAH
- penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
- penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
- ejaan dan tanda baca betul - laras bahasa sesuai dengan tugasan
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai
- pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai
- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan
- penggunaan unsur bahasa bervariasi
- gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa

No comments:

Post a Comment