Friday, September 21, 2018

NOVEL- JUSTERU IMPIAN DI JARING

Latar
Latar Tempat
(a)   Rumah keluarga Syahir di Bandar Baru Bangi -  emak dan Syahir berbual-bual tentang masa depannya dalam dunia badminton semasa di rumah mereka. Emak berpesan agar Syahir sentiasa mengingati amanat arwah ayahnya juga.

(b)  Jabatan Pengajian Sukan, UPM Serdang - Syahir melanjutkan pelajaran di Jabatan Pengajian Sukan, UPM Serdang setelah menolak tawaran untuk menyambung pelajaran di Universiti Sains Malaysia.

(c)   Gelanggang latihan badminton - skuad badminton kebangsaan menjalani latihan di bawah kendalian Haji Marzuki, Engku Aiman, dan Mas Suparman sebagai persediaan awal sebelum kejohanan Terbuka Johor dan Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.

(d)  Restoran 48 jam - Syahir dan Wan Najhan singgah makan tengah hari di restoran itu lalu bertemu dengan Wan Najlah yang datang untuk membeli nasi ayam.

(e)   Taman Shamelin Perkasa - pejabat rakan Syahir, iaitu Azmie yang merupakan seorang wartawan terletak di Taman Shameli Perkasa. Di sana juga Syahir telah didatangi oleh empat orang gadis dan Ratna, iaitu juara program Akademi Impiana.

(f)   Kem latihan pemain wanita - kem itu menjadi gempar apabila Wan Najlah hadir untuk menjalani latihan badminton dengan memakai tudung dan berseluar trek panjang.

(g)  Dewan Badminton Tanjung Puteri Utama. Contohnya, kejohanan Terbuka Johor diadakan di dewan itu yang menyaksikan kekalahan Syahir di tangan Syed Amiri.

(h)  Seremban - Syahir, emaknya, dan Kak Uda Syahrizah pergi menziarahi rumah Mak Usu Sapiah yang baru sahaja kematian suami.

(i)    Taman tasik - Syahir mengambil angin pada waktu malam di sekitar taman tasik.

(j)    Stadium badminton Istora Senayan / Gelora Bung Karno -  gelanggang pertemuan dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Di sinilah Syahir telah melakarkan nama sebagai juara dunia apabila berjaya mengalahkan Andri Minarwan.

(k)  Hospital di Jakarta - Syahir telah dibedah sebelum pulang ke Malaysia setelah hampir rebah semasa majlis penyampaian hadiah akibat menghidap radang apendiks.

No comments:

Post a Comment