Sunday, May 5, 2019

Cara ibu bapa kawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak.

contoh karangan berkaitan telefon bimbit di kalangan remaja kini

 Belakangan ini, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja bukan lagi semakin popular, malah amat popular. semua remaja khususnya pelajar mempunyai telefon bimbit untuk berkomunikasi. penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja ada faedahnya. meskipun begitu, kadangkala penggunaan telefon bimbit boleh menjejaskan pelajran seterusnya hidup remaja. oleh yang demikian, ibu bapa adalah orang yang paling sesuai dan memainkan peranan penting untuk mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja.


 Pada pendapat saya, ibu bapa boleh memainkan peranan dengan menghadkan penggunaan telefon bimbit anak-anak mereka. sebelum membeli atau menghadiahkan telefon bimbit kepada anak-anak, ibu bapa hendaklah meletakkan syarat seperti hanya boleh menggunakan telefon bimbit selepas menyiapkan kerja sekolah atau menggunakannya apabila perlu sahaja. jika tidak, ibu bapa boleh mengenakan denda dengan mengambil telefon bimbit anak-anak. dengan cara ini, ibu bapa boleh mengawal penggunaan telefon bimbit dengan tidak menggunakan cara kekerasan sebaliknya diplomasi.

 Selain itu, dari perspektif saya, ibu bapa hendaklah menerangkan kepada anak-anak tentang kesan negatif penggunaan telefon bimbit bagi jangka masa yang lama. semua telefon bimbit menggunakan radioaktif yang kesannya sangat bahaya kepada kita hingga boleh menyebabkan kecederaan yang serius seperti kanser telinga, lumpuh dan kecacatan fizikal. remaja perlu tahu tentang kesan buruk penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap dan lama supaya mereka sedar akibat jangka panjang kelak. ibu bapa memainkan peranan penting untuk memaklumkan kepada anak-anak tentang perkara ini sebelum nasi menjadi bubur.


 Di samping itu, saya bertanggapan bahawa ibu bapa boleh mengawal penggunaan telefon bimbit remaja dengan menghadkan jumlah tambah nilai prabayar 'topup'. ibu bapa telah menetapkan jumlah tambah nilai telefon bimbit anak-anak sebulan. sekiranya tambah nilai itu habis sebelum tempohnya, ibu bapa hendaklah menetapkan supaya anak-anak tidak boleh menambahnya dengan wang saku. bagi ibu bapa yang menggunakan cara pascabayar atau bil, boleh mengambil pelan yang disediakan untuk seisi keluarga. dengan ini, ibu bapa boleh mengetahui setiap panggilan yang dibuat oleh anak-anak. oleh itu, wang saku anak-anak juga dapat disimpan untuk masa hadapan.


 Menurut intuisi saya, ibu bapa juga boleh menjadikan sebuah telefon bimbit sebagai telefon bimbit hak bersama. anak-anak boleh menggunakan telefon bimbit ibu bapa jika ada hal penting atau hendak ke tempat-tempat tertentu seperti tuisyen dengan izin ibu bapa. dengan ini, ibu bapa dapat mengetahui orang-orang yang dihubungi oleh anak-anak dan dapat mengawal penyalahgunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja. tetapi perlu diingatkan, ibu bpa hendaklah berbincang terlebih dahulu dengan anak-anak sebelum membuat keputusan ini supaya anak-anak tidak memberontak kelak. hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak-anak juga dapat dieratkan dengan adanya persefahaman yang baik antara kedua-dua belah pihak.


 Tambahan pula, pada ijtihad saya, ibu bapa hendakalah memastikan anak-anak tidak menggunakan telefon bimbit yang terlalu canggih dengan pelbagai aplikasi. semasa anak-anak hendak membeli atau ibu bapa hendak menghadiahkan telefon bimbit kepada anak-anak, ibu bapa hendaklah memastikan telefon bimbit tidak dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden, sebaliknya cukup sekadar mampu menghantar pesanan ringkas (sms) dan membuat panggilan telefon. hal ini demikian kerana, aplikasi moden yang terdapat pada telefon bimbit boleh membawa kepada penyalahgunaan telefon bimbit dan berlakunya perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral. oleh itu, dengan cara ini, anak-anak terhindar daripada melakukan perkara-perkara negatif.

 Kesimpulannya, semua di atas adalah persepsi saya tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja. telefon bimbit yang digunakan tanpa kawalan dalam kalangan remaja akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri remaja itu sendiri, keluarga, masyarakat dan agama. oleh itu, sebagai insan yang memahami jiwa anak-anak, ibu bapa hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya. tetapi, ibu bapa hendaklah berhati-hati dalam mengambil tindakan seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak kerana pada usia remaja ini, hati anak-anak amat sensitif .

No comments:

Post a Comment