Wednesday, August 29, 2018

LATIHAN NOVEL 5 - KBAT


Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan cara anda menyelesaikan masalah tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Banyak masalah kehidupan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini.
               Antara masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah keganasan rumah tangga. [1M] Contohnya, Seman, iaitu suami Che Jah merupakan suami dan ayah yang tidak bertanggungjawab. Seman suka berjudi, berhutang, memukul anak dan minum arak. [1M] Saya akan mengadukan masalah ini kepada pihak polis kerana tindakannya mendatangkan kecederaan pada mangsa iaitu Che Jan. Tindakan bersikap ganas / memumukul isteri merupakan kesalahan jenayah di sisi undang-undang. [1M]
          Seterusnya, masalah kehidupan yang terdapat dalam  novel ini ialah masalah sosial yang menimpa remaja. [1M] Contohnya, Haziq dan Rafiq merupakan anak-anak Che Jah yang terlibat dengan masalah sosial akibat tersalah memilih kawan. Saya akan terlibat dalam kempen antimasalah sosial dalam kalangan remaja bagi menyedarkan mereka tentang keburukan terlibat dalam masalah sosial yang merugikan diri, keluarga, agama dan negara. [1M]

No comments:

Post a Comment