Wednesday, August 29, 2018

LATIHAN NOVEL 4


Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan cara masalah tersebut dapat diselesaikan.

          Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Banyak masalah kehidupan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini.
               Antara masalah kehidupan yang terdapat dalam novel ini ialah masalah keganasan rumah tangga. [1M] Contohnya, Seman, iaitu suami Che Jah merupakan suami dan ayah yang tidak bertanggungjawab. Seman suka berjudi, berhutang, memukul anak dan minum arak. [1M] Masalah ini berjaya diselesaikan apabila Che Jah membuat laporan polis dan Seman berjaya ditangkap oleh pihak polis. [1M]
          Seterusnya, masalah kehidupan yang terdapat dalam  novel ini ialah masalah sosial yang menimpa remaja. [1M] Contohnya, Haziq dan Rafiq merupakan anak-anak Che Jah yang terlibat dengan masalah sosial akibat tersalah memilih kawan. Hal ini menyebabkan mereka diberhentikan sekolah. Namun, masalah Haziq dan Rafiq ini berjaya diselesaikan apabila mereka berdua kembalike sekolah untuk menduduki peperiksaan PMR. [1M]

No comments:

Post a Comment