Wednesday, August 29, 2018

LATIHAN NOVEL 3


Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam kepada anda  yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

          Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin dan Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
           Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam kepada saya ialah sikap memaafkan kesalahan orang lain. [1M] Peristiwa ini memberikan kesan yang mendalam kepada saya kerana Lili sanggup memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Haziq dan Rafiq yang telah bertindak mengurung dan menjadikannya tebusan. [1M] Malahan Lili juga bersimpati terhadap nasib mereka berdua dan berharap agar mereka akan berubah. [1M]-MAX  
        Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam kepada saya ialah sikap bertanggungjawab seorang bapa terhadap anak-anaknya. [1M] Peristiwa ini memberikan kesan yang mendalam kepada saya kerana Embong tetap tidak membenarkan anaknya, Dahlia berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya. Sebagai bapa, Embong bertanggungjawab menyediakan pendidikan kepada mereka demi masa depan mereka yang cemerlang. [1M]

No comments:

Post a Comment