Wednesday, August 29, 2018

LATIHAN NOVEL 2


Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
JENDELA MENGHADAP JALAN
            Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Pengarang mengemukakan latar masyarakat dalam novel ini.
            Antaranya, masyarakat yang mengamalkan perubatan tradisional [1M]. Contohnya, Datuk Lili, Tuan Haji Abdul Rahman merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Datuk sedaya upaya membantu pesakit yang datang berubat dengannya menggunakan kaedah perubatan tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba. [1M]
            Seterusnya, masyarakat yang bersimpati atas penderitaan orang lain. [1M] Contohnya, Lili berasa simpati dengan nasib Che Jah yang selalu didera dan dimaki hamun oleh suaminya, Seman sehingga Lili mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Lili bersetuju untuk menjadi saksi untuk kes keganasan rumah tangga itu. [1M]
SONGKET BERBENANG EMAS TINGKATAN 5
            Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip. Pengarang mengemukakan latar masyarakat dalam novel ini.
            Antaranya, masyarakat yang penyayang. [1M] Contohnya, Dahlia amat sayang akan ibunya kerana Dahlia sanggup melawat ibunya yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan mengeluarkan wang biasiswanya untuk membayar tambang bas dan teksi. [1M]

            Selain itu, masyarakat yang tabah. [1M] Contohnya, Dahlia tabah berdepan dengan pelbagai dugaan termasuklah ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghidap penyakit kemurungan. Di samping itu, Dahlia tabah menghadapi kerenah neneknya, Nek Kiah yang sentiasa memandang serong terhadap Dahlia sekeluarga. [1M]

No comments:

Post a Comment