Sunday, May 20, 2018

PPT - Tips


Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan konflik yang terdapat dalam novel tersebut dan cara watak utama menyelesaikannya.
Novel yang saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan dan Songket Berbenang Emas.
Dalam novel Jendela menghadap Jalan , Konflik dalaman yang dialami oleh Lili ialah dia diminta oleh ibunya supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.
Dalam novel Songket Berbenang Emas, konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah. Cara penyelesaiannya ialah Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur oleh Nek Kiah.

No comments:

Post a Comment