Sunday, May 20, 2018

PPT - TIPS 4

i.Berikan maksud dunia ini hanya bersifat sementara.           [2 markah
Maksud dunia ini hanya bersifat sementara ialah penyajak sedar bahawa dunia ini tidak kekal.   (soalan rangkai kata)

i.Berikan maksud sebelum saat aku dinisankan.         [2 markah\
Maksud sebelum saat aku dinisankan ialah sebelum ...penyajak meninggal dunia  (soalan rangkai kata)

i.Berdasarkan sajak di atas, apakah harapan penyajak semasa berdoa kepada Yang Maha Esa?
..mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya
... berharap agar dirinya sedar bahawa dunia ini bersifat sementara
 (soalan teks)
i.Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas, nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan penyajak benar-benar insaf.  [2 markah]
...penyajak menitiskan air mata ...penyajak benar-benar ikhlas untuk bertaubat ...penyajak melafazkan taubat kepada Tuhan
i.Apakah maksud rangkai kata saat aku dinisankan dalam rangkap kedua sajak di atas?[2 markah]
... ketika penyajak meninggal dunia
 (soalan teks)

i.Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sementara kita hidup di dunia yang bersifat sementara ini? Nyatakan tiga perkara itu. [4 markah]
...keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup. Contohnya, penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dan memohon keampunan daripada Tuhan ... keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Tuhan. Contohnya, penyajak memohon keampunan daripada Tuhan dengan bersaksikan air mata ... kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara. Contohnya, penyajak berdoa ke hadrat Ilahi agar mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya
 (soalan KBAT)

ii. Sebagai seorang pelajar, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda yang telah insaf daripada kesalahannya?[3 ]
Sebagai seorang pelajar, usaha yang perlu saya lakukan untuk membantu rakan saya yang telah insaf daripada kesalahannya ialah saya memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepadanya agar tidak mudah mengalah. Selain itu, saya akan membawa rakan saya berjumpa dengan kaunselor       untuk mendapatkan khidmat nasihat. Akhirnya, memintanya melupakan segala kesilapan yang lalu.
 (soalan KBAT)

ii.Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya?  [3 ]
Pada pendapat saya, masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya kerana masyarakat tidak berasa yakin bahawa mereka benar-benar telah berubah. Selain itu, masyarakat masih memandang serong terhadap mereka.(soalan KBAT)


ii.Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-dosanya yang lalu?  [3]
Pada pendapat saya, sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-dosanya yang lalu ialahsupaya mendapat keampunan daripada Tuhan sebelum meninggal dunia. Selain itu, agar seseorang itu tidak mengulangi kembali dosa-dosa yang pernah dilakukannya.(soalan KBAT)


ii.Pada pendapat anda, selain memohon ampun kepada Tuhan, apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk membuktikan bahawa kita telah insaf atas kesalahan yang dilakukan? [3 markah]
Cara lain untuk membuktikan bahawa kita telah insaf ialah berazam untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut. Selain itu, sentiasa mendampingi orang-orang yang baik seperti ustaz dan guru. Akhirnya, menunjukkan penampilan diri yang lebih baik dan meyakinkan.(soalan KBAT)


ii.Pada pendapat anda, mengapakah manusia sering lupa dan mengabaikan perintah Tuhan?
...terleka dengan kemewahan dunia
... tidak tetap pendirian dalam mengamalkan ajaran dan perintah Tuhan
... alpa tentang kewujudan Hari Pembalasan, iaitu ketika setiap perbuatan akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal(soalan KBAT)


ii.Pada pendapat anda, mengapakah seseorang yang melakukan kesalahan dan dosa perlu memohon keampunan daripada Tuhan? Nyatakan tiga sebab anda. [3 markah]
...agar segala dosa dan kesalahannya diampunkan oleh Tuhan
... agar Tuhan meringankan hukuman ke atasnya semasa di alam barzakh

...untuk menunjukkan bahawa seseorang itu benar- benar berasa insaf atas kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan(soalan KBAT)

ii.Terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi selepas itu kembali semula melakukan kesilapan tersebut.Pada pendapat anda, mengapakah keadaan sedemikian berlaku?            [3 markah]
...terpengaruh dengan dunia luar atau rakan-rakan ...tidak mempunyai pegangan agama atau iman yang kuat...kurang bimbingan daripada pihak lain(soalan KBAT)


No comments:

Post a Comment