Sunday, May 20, 2018

PPT - TIPS 9

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengketa melalui pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijij timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh tembok dan benteng perkauman yang tebal...”

(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Mengapakah penjajah dikatakan mengagihkan sumber kekayaan negara kita dengan tidak seimbang?                                                                    
[2 markah]

(ii)               Penjajahan terhadap sesebuah negara meninggalkan kesan yang sangat besar kepada rakyat.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?
[3 markah]
(iii)             Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satupersoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.
[4 markah]


(i)                  Penjajah mengaihkan sumber keayaan negara kita dengan tidak seimbang kerana
-bangsa pertama ditempatkan di bandar sebagaio nelayan dan pesawah
-bangsa ketiga hidup miskin di ladang-ladang dan estet yang mundur

(ii)               Kesan penjajahan kepada rakyat
-kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
-kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran penjajah
-kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat terkena tembakan

(iii)            Persoalan dalam petikan dalam petikan
-Masalah perpecahan kaum
B- penjajah membunuh racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah

-kekejaman penjajah pada zaman penjajahan
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui sistem pecah dan perintah

Persoalan dalam keseluruhan cerpen
-kepentingan bahasa kebangsaan
B-penulis berkata bahawa bahasa kebangsaan menjadi penghubung kepada rakyat berbilang agama dan bangsa

-janji seorang anak kepada ibu
B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina kehidupan baharu di kota

No comments:

Post a Comment