Sunday, May 20, 2018

PPT - Tips 2

Bincangkan latar masyarakat dalam sebuah novel yang telah anda kaji. (8 markah)

(Tulis 3 isi. Markah isi 6 dan markah bahasa 2)

JAWAPAN
Latar masyarakat dalam novel SBE ialah masyarakat masyarakat yang suka menghina orang lain. (1m:ayat isi) Sebagai contohnya, Mak Aton yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.. (1m:ayat contoh)
Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat yang tidak mahu menerima ketentuan takdir. (1m:ayat isi) Contohnya, Sebagai contohnya, Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.. (1m:ayat contoh)
Latar masyarakat seterusnya ialah Masyarakat kampung. (1m:ayat isi) Contohnya, Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain.  Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul. (1m:ayat contoh)

No comments:

Post a Comment