Wednesday, October 11, 2017

              Soalan:  Kepentingan membaca kepada masyarakat
1.      Mengisi masa lapang
           Antara kepentingan membaca kepada masyarakat ialah dapat mengisi masa lapang. Pada era globalisasiini,masyarakat sanggup menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang merosakkan akhlak. Sebagai contoh,mereka melepak,ponteng sekolah,menghisap dadah,merokok dan berlumba haram.Seseorang yang gemar  membaca akan menggunakan masasenggang dengan berfaedah,bertepatan dengan peribahasa,masa itu emas. Mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam kemelut sosial yang mendatangkanimpak negatif kepada mereka. Oleh itu,aktiviti membaca dapat mengisi masa lapang seseorang.(80 patah perkataan)


2.      Meluaskan pengetahuan
         Ilmu merupakan harta kita yang kekal dan pepatah ini menggambarkan kepentingan ilmu pengetahuan sebagaiaset yang harus diamalkan dalam kamus kehidupan masyarakat. Masyarakat hari ini mestilah mengamalkan budaya membaca kerana membaca merupakan wadah untuk meluaskan ilmu pengetahuan. Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu diibaratkan seperti lautan yang luas dan tiada sempadan.Hal ini bertepatan dengan kata-kata Albert Einstein yang mengatakan bahawa,semakin banyak ilmu yang kita pelajari,semakin banyak perkara yang kitatidak ketahui. Membaca juga mampu menjadi medium yang berkesan untuk meluaskan pengetahuan masyarakat. Sebagai contoh,masyarakat yang mengamalkan budaya membaca,tidak akan mudah terpedaya dengan segala tipu helah manusia yang disajikan di hadapan mereka. Berbekalkan ilmu pengetahuan yang mantap,masyarakat akan menjadi lebih rasional  dalam membuat sebarang keputusan. Oleh hal yang demikian,pembacaan yang berkesan dapat meningkatkan serta meluaskan pengetahuan masyarakat pada zaman milenium ini.( 145 patah perkataan)

3.      Meningkatkan penguasaan bahasa
         Bertitik tolak daripada manifestasitersebut,amalan membaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Selaras dengan slogan,,”Bahasa Jiwa Bangsa”,kita perlu memartabatkan dan memelihara kedaulatan bahasa kebangsaan negara kita. Aktiviti membaca membolehkan seseorang itu meningkatkan penguasaan tatabahasa dan mengelakkan kesilapan semasa berkomunikasi. Sebagai contoh,ruangan ”Cintailah Bahasa Kita” oleh Munsyi Dewan dalam Majalah Dewan Siswa dapat membantu pembaca menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan seterusnya dapat menyemai benih-benih cinta terhadap Bahasa Kebangsaan kita. Oleh hal yang demikian,sudah terang lagi bersuluh bahawa membaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa masyarakat.(74 patah perkataan)
(Kumpulan 3: Saranya a/p Asojan,Nurul Aqilah Mohd Nor,Shalini a/p Paniselvam,Chua Si Min,Nurul Najihah Zainudin,Ida Nerina bt Yahya)

4.          Meningkatkan keyakinan diri 
      Melihat daripada perspektiflain,membaca mampu meningkatkan keyakinan diri. Melalui bacaan ilmiah,seseorang berupaya mengeluarkanbuah fikiran yang bernas serta berhujah dengan petah. Pepatah Inggeris ada mengatakan bahawa, membaca sebuah buku yang bererti adalah lebih baik daripada membaca 50 buah buku yangtidak bererti. Sebagai contoh,seseorang pemidato itu mampu berbicara di khalayak ramai dengan penuh keyakinan sekiranya pemidato itu banyak membaca. Sudah terang lagi bersuluh, budaya membaca yang dipelopori oleh penduduk negara matahari terbit mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang justeru melahirkan masyarakat utopia di dalamnya. 

No comments:

Post a Comment