Sunday, October 29, 2017

LATIHAN KBAT RUMUSAN 7

(i) Pada pendapat anda, apakah impak negatif pemanasan global kepada kehidupan di dunia?

[4 markah]
SOALAN (iii) impak negara pemanasan global:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
mengancam tapak warisan dan sejarah yang ada di muka bumi ini
1
2
berlakunya pencairan ais di kutub seterusnya akan meningkatkan paras air laut dunia
1
3
peningkatan suhu / kepekatan gas karbon dioksida di atmosfera akan mengubah iklim dan persekitaran
1
4
biodiversiti hidupan di muka bumi akan terjejas
1
5
ancaman hidupan air laut / marin
1
6
penyakit kepada hidupan terutama manusia
1
(i) Aktiviti melancong bersama-sama keluarga memerlukan kos yang agak tinggi. Jelaskan pendapat anda tentang cara-cara untuk memastikan aktiviti melancong bersama-sama keluarga tidak membebankan kewangan.

[4 markah]
SOALAN (iii) Cara-cara memastikan aktiviti melancong bersama keluarga yang tidak membebankan kewangan
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
memilih pakej pelancongan yang berpatutan -peka dengan promosi yang ditawarkan
1
2
melancong di dalam negara – lebih murah
1
3
melancong secara berkumpulan – harga lebih rendah jika melancong beramai-ramai berbanding dengan kumpulan kecil
1
4
mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu – membawa bekalan makanan/tinggal di inap desa (homestay) / pengangkutan sendiri /hotel bajet
1
5
bayaran secara beransur-ansur – tidak melibatkan bayaran yang banyak secara serentak/ sekali gus
1
(i) Pengarang ada menyebut bahawa golongan muda kurang berminat dalam kemahiran menghasilkan kraf sehinggan ketiadaan pewaris.

Huraikan punca-punca golongan muda kurang berminat untuk mewarisi kemahiran tersebut.
[4 markah]
SOALAN (iii) Punca-punca golongan muda kurang berminat:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Kekurangan pendedahan awal/ tiada galakan daripada pihak lain
2
2
Tanggapan negatif bahawa kesenian kraf ketinggalan zaman
2
3
Tiada sifat sabar dalam diri untuk  menyempurnakan hasil kraf teknik penghasilan seni kraf yang rumit
2
4
Kepenatan dan tiada masa
2
5
Kesibukan golongan muda dengan tugasan lain
2
6
Pengaruh media elektronik yang kuat/ rancangan yang pelbagai dan menarik
2
(i) Guru telah banyak melakukan pengorbanan kepada murid.
Sebagai murid yang bertanggungjawab, jelaskan cara-cara anda membalas segala pengorbanan guru anda.
[4 markah]
SOALAN (iii) cara membalas segala pengorbanan guru
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
belajar bersungguh-sungguh / tekun
1
2
tidak melawan guru  / tidak menyakiti hati guru
1
3
tidak terlibat dalam gejala negatif / dadah / masalah sosial
1
4
memberikan hadiah / cenderahati kepada guru
1
5
membantu / menolong guru di sekolah
1
6
mendoakan kesihatan / kebahagiaan guru
1
7
menziarahi / melawat guru ketika sakit
1
(i) Jelaskan pendapat anda tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan untuk merealisasikan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
[4 markah]
SOALAN (iii) tindakan ibu bapa dan kerajaan untuk merealisasikan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat di Malaysia:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
2
2
Memberikan didikan agama secara konsisten agar penghayatan tentang nilai-nilai positif dapat diterapkan dalam kalangan anak-anak.
2
3
Pihak polis dan pihak keselamatan yang lain perlu meningkatkan dan memperketat lagi pengawasan terutama di pintu masuk negara.
2
4
Pihak kerajaan dengan kerjasama pihak lain perlu mengadakan kempen yang berterusan  dalam menangani masalah sosial dan penerapan nilai jati diri dalam kalangan remaja.
2
(i) Kesedaran masyarakat terhadap pengambilan minuman berfungsi semakin tinggi.

Pada pendapat anda, apakah peranan media massa dalam menggalakkan masyarakat mengambil minuman berfungsi?
[4 markah]
SOALAN (iii) peranan media massa dalam menggalakkan masyarakat mengambil minuman berfungsi:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
kempen kesedaran kepentingan minuman berfungsi melalui media cetak / media elektronik/media sosial
2
2
menjemput doktor / pakar pemakanan melalui program televisyen / radio
2
3
media massa mengadakan promosi / jerayawara / minuman berfungsi di tempat awam / pasar raya dan program televisyen seperti Jom Heboh
2
4
media massa menyiarkan rancangan /dokumentasi tentang minuman berfungsi
2
5
mewujudkan rancangan khas / segmen khas untuk promosi minuman berfungsi seperti
rancangan Wanita Hari Ini
2
(i) Pada pendapat anda, sebagai seorang murid yang prihatin, apakah langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk meningkatkan ekonomi negara?
[4 markah ]
SOALAN (iii) langkah yang wajar dilaksanakan untuk meningkatkan ekonomi negara:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
negara kita perlu mempelbagaikan keluaran barangan eksport untuk meningkatkan pendapatan negara.
2
2
negara kita perlu meningkatkan pembangunan sektor pertanian untuk menyediakan bekalan makanan yang mencukupi untuk rakyat sekali gus mengurangkan import makanan negara.
2
3
negara kita perlu membangunkan sektor pelancongan kerana sektor ini menjanakan pendapatan kepada negara.
2
(i) Hutan sebagai khazanah alam yang perlu dipelihara.

Pada pendapat anda, apakah kesan kemusnahan hutan kepada manusia?
[4 markah]
SOALAN (iii) kesan kemusnahan hutan kepada manusia:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
menjejaskan rantaian makanan / sumber makanan
2
2
mendorong kejadian bencana alam / banjir kilat
2
3
menyebabkan pencemaran sungai
2
4
menjejaskan kawasan tadahan hujan
2
5
menjejaskan sumber pendapatan masyarakat pedalaman
2
6
mengakibatkan kesan rumah hijau / mengurangkan kandungan oksigen
2
7
menjejaskan industri perkayuan negara
2
(i) Ada pendapat mengatakan bahawa generasi muda kurang semangat patriotik dalam diri mereka.

Berikan pendapat anda.
[4 markah]
SOALAN (iii) golongan muda kurang semangat patriotik dalam diri mereka:
ISI
CADANGAN JAWAPAN JIKA SETUJU
MARKAH
1
-tidak berminat untuk mengambil tahu dan menghayati sejarah negara sendiri.
2
2
setuju
-sikap etnosentrisme yang menebal
2
3
setuju
-hanya mementingkan pencapaian kendiri dan bukannya untuk negara / bersikap individualistik / bersikap keakuan
2
4
setuju
-menggunakan media sosial untuk memburukkan negara
2
5
setuju
-melakukan perkara-perkara yang merosakkan imej negara
2

ISI
CADANGAN JAWAPAN JIKA TIDAK SETUJU
MARKAH
1
tidak bersetuju
-remaja mencemerlangkan diri untuk meningkatkan imej negara
2
2
tidak bersetuju
-remaja sentiasa mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara
2
3
tidak bersetuju
-mengamalkan sikap bertolak ansur dalam kalangan masyarakat berbilang kaum / hormat-menghormati
2
4
tidak bersetuju
-sentiasa cakna dan menyahut seruan negara
2
(i) Kemurungan dalam kalangan remaja banyak dikaitkan dengan tekanan daripada keluarga dan masyarakat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah anggota keluarga dapat memainkan peranan agar remaja tidak terjebak dengan masalah kemurungan?
[4 markah]
SOALAN  (iii) peranan anggota  keluarga  agar  remaja   tidak  terjebak dengan masalah kemurungan:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan anggota
2
2
Sentiasa mengetahui pergerakan dan aktiviti anak- anak di luar rumah
2
3
Tidak memberi penekanan yang terlalu serius dalam pencapaian akademik anak-anak
2
4
Mengadakan pelbagai aktiviti bersama anggota keluarag pada hujung minggu.
2

No comments:

Post a Comment