Sunday, October 29, 2017

LATIHAN KBAT RUMUSAN 3

(i) Aktiviti pelaburan dapat memberikan keuntungan yang besar kepada masyarakat dan negara.

Jelaskan pendapat anda tentang peranan pihak kerajaan dalam menggalakkan generasi muda hari ini melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan.
[4 markah]
SOALAN (iii) Peranan pihak kerajaan:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Pihak kerajaan mengadakan kerjasama dengan pihak sekolah
1
2
Pihak kerajaan mengadakan kempen/ceramah di institusi pengajian tinggi.
1
3
Pihak kerajaan bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab mengadakan siri jelajah terutama di kawasan luar bandar.
1
4
Memudahkan syarat kepada generasi muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan.
1
5
Pihak kerajaan bersama-sama dengan pihak bank menyediakan kemudahan pinjaman kepada generasi muda untuk melabur
1
(i) Statistik menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia tidak berminat membuat pelaburan.

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Malaysia kurang berminat membuat pelaburan?
[4 markah]
SOALAN (iii) Punca-punca:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Pulangan diperoleh dalam jangka masa panjang/terlalu lama amanah
1
2
Kebanyakan individu beranggapan tidak perlu melabur kerana KWSP sudah ada untuk kegunaan pada masa hadapan
1
3
Ramai beranggapan bahawa melabur hanya sesuai untuk orang kaya sahaja kerana memerlukan modal yang terlalu tinggi
1
4
Orang ramai masih belum memahami dengan lebih mendalam tentang kepentingan pelaburan atau cara membuat pelaburan
1
5
Kempen/Promosi berkaitan kepentingan pelaburan tidak diadakan secara meluas/berterusan
1
(i) Pada pendapat anda, selain memberikan alasan bergaji kecil, apakah alasan-alasan lain yang biasanya dinyatakan oleh seseorang yang tidak mahu menabung?

[4 markah]
SOALAN (iii) Alasan-alasan yang biasa dinyatakan oleh seseorang yang tidak mahu menabung
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
wang gaji akan digunakan untuk melunaskan pelbagai hutang
2
2
duit yang ada hanya cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan harian
2
3
untuk menampung keperluan keluarga
2
4
baki untuk simpanan sudah tiada atau habis
2
5
mahu berseronok atau memanjakan diri setelah penat bekerja
2
(i) Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak agar menjadi insan yang berakhlak mulia dan bersahsiah baik.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mendisiplinkan anak-anak?
[4 markah]
SOALAN (iii) Usaha Ibu bapa:
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Memberikan didikan agama/ mendidik anak- anak tentang agama/ bersolat
1
2
Menasihati/ memotivasikan anak-anak
1
3
Sentiasa bersama-sama/ mendampingi anak- anak
1
4
Menunjukkan sahsiah/ akhlak/ disiplin yang baik
1
5
Memberikan perhatian/ kasih sayang kepada anak-anak
1
6
Memantau tingkah laku anak-anak
1

No comments:

Post a Comment