CATATAN ANALISIS DAN TIP PEPERIKSAAN BM PT3 2017 (SOALAN 3)
ANALISIS & TIP PT3 2017
SOALAN 3 - SINTAKSIS
SOALAN 3 - SINTAKSIS
Soalan sintaksis dalam PT3 senantiasa menjadi teka-teki dalam kalangan murid dan guru subjek Bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana persoalan tentang jenis soalan sintaksis yang akan diajukan kepada calon akan menjadi topik hangat dalam perbualan ilmiah mahupun usaha guru merealisasikan sumbang saran tentang ramalan.
Pada tahun 2014, soalan sintaksis yang dikeluarkan oleh LPM ialah ayat aktif kepada pasif dan sebaliknya untuk ketiga-tiga set.
Pada tahun 2015, soalan sintaksis yang dikeluarkan oleh LPM ialah transformasi ayat penyata kepada ayat tanya untuk ketiga-tiga set.
Pada tahun 2016, soalan sintaksis yang dikeluarkan oleh LPM ialah pengenalpastikan subjek dan predikat bagi ketiga-tiga set.
Jika diteliti secara dalam-dalamnya pada skema jawapan soalan sebenar dan perbandingan skema jawapan rasmi soalan tahun 2014 hingga 2016, skema jawapan menjadi semakin ringkas dan tiada jawapan pilihan kedua, terutamanya soalan trend 2016 yang hanya mempunyai 1 jawapan bagi setiap soalan. Pada firasat saya, usaha dan keputusan ini dibuat oleh penal penggubal untuk mengelakkan konflik jawapan atau percangahan idea oleh guru-guru yang memeriksa kertas PT3. Jika sesuatu soalan itu hanya ada 1 jawapan, maka tugasan pemeriksa akan menjadi lebih mudah dan pergeseran ideologi tentang jawapan akan dapat dielakkan. Saya yakin dan beranggapan bahawa soalan PT3 tahun ini juga akan mengikut trend tahun 2016 yang hanya menawarkan satu jawapan bagi setiap soalan sintaksis yang diajukan.
SINTAKSIS RAMALAN 2017
(a) Pola Ayat (trend 1 jawapan)
(b) Ayat bersusunan songsang kepada ayat biasa (trend 1 jawapan)
(c) Penentuan jenis frasa (trend 1 jawapan)
(d) Susunkan kata atau frasa (trend 1 jawapan)
(e) Jenis-jenis ayat perintah (trend 1 jawapan)
(f) Jenis-jenis ayat. (trend 1 jawapan)

Kesemua soalan ramalan di atas ialah hasil kajian dan analisis soalan percubaan sekolah-sekolah, daerah, negeri, trend penggubalan soalan dalam buku rujukan dan trend soalan yang saya tulis dalam buku IMPAK PT3 keluaran Nusamas pada awal tahun 2017. Jika soalan Sintaksis yang saya ramalkan keluar dalam soalan sebenar, guru-guru dan murid-murid yang membeli dan memanfaatkan buku IMPAK PT3 pasti dapat menjawab soalan sintaksis dengan baik.
Walau bagaimanapun, ramalan tetap ramalan, bukannya soalan sebenar. Soalan ramalan yang dikaji dan dianalisis ini dapat membantu guru dan murid membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi peperiksaan BM PT3 pada 9 Oktober ini.
Sekian, selamat mengulang kaji soalan dan menjawab soalan sintaksis.
CATATAN ANALISIS DAN TIP PEPERIKSAAN BM PT3 2017 (SOALAN 2)
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2016
TIP PEPERIKSAAN PT3 2017
SOALAN 2 - KESALAHAN EJAAN
TIP PEPERIKSAAN PT3 2017
SOALAN 2 - KESALAHAN EJAAN
Kesalahan ejaan yang biasanya diuji dalam BM PT3 melibatkan 5 jenis, yakni
(a) ejaan yang melibatkan perkataan yang dieja jarak dan dieja rapat
(b) ejaan yang melibatkan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris
(c) ejaan yang melibatkan imbuhan pinjaman
(d) ejaan yang melibatkan kata majmuk
(e) ejaan yang melibatkan penggunaan kata ganti nama diri singkat
(f) ejaan yang melibatkan keselarasan vokal

ANALISIS SOALAN SEBENAR 2014-2016
SOALAN SEBENAR TAHUN 2014
SET 1
juru pandu - jurupandu (imbuhan pinjaman)
patriotisma - patriotisme (imbuhan pinjaman)
dianalisa - dianalisis (BI - BM)
SET 1
juru pandu - jurupandu (imbuhan pinjaman)
patriotisma - patriotisme (imbuhan pinjaman)
dianalisa - dianalisis (BI - BM)
SET 2
eletrik - elektrik (BI - BM)
datuk ku - datukku (kesilapan kata ganti nama diri singkat)
masaalah - masalah (kesilapan umum)
eletrik - elektrik (BI - BM)
datuk ku - datukku (kesilapan kata ganti nama diri singkat)
masaalah - masalah (kesilapan umum)
SET 3
plan - pelan (BI - BM)
patriotisma - patriotisme (imbuhan pinjaman)
pasca merdeka - pascamerdeka (imbuhan pinjaman)
plan - pelan (BI - BM)
patriotisma - patriotisme (imbuhan pinjaman)
pasca merdeka - pascamerdeka (imbuhan pinjaman)
SOALAN SEBENAR TAHUN 2015
SET 1
gambarajah - gambar rajah (kata majmuk)
pro-aktif - proaktif (imbuhan pinjaman)
resepi - resipi (BI - BM)
SET 1
gambarajah - gambar rajah (kata majmuk)
pro-aktif - proaktif (imbuhan pinjaman)
resepi - resipi (BI - BM)
SET 2
urusetia - urus setia (kata majmuk)
pra-universiti - prauniversiti (imbuhan pinjaman)
anika - aneka (keselarasan vokal)
urusetia - urus setia (kata majmuk)
pra-universiti - prauniversiti (imbuhan pinjaman)
anika - aneka (keselarasan vokal)
SET 3
keretapi - kereta api (kata majmuk)
pra-sejarah - prasejarah (imbuhan pinjaman)
plan - pelan (BI - BM)
keretapi - kereta api (kata majmuk)
pra-sejarah - prasejarah (imbuhan pinjaman)
plan - pelan (BI - BM)
SOALAN SEBENAR 2016
SET 1
dwi-tahunan - dwitahunan (imbuhan pinjaman)
aturcara - atur cara (kata majmuk)
oditorium - auditorium (BI-BM)
SET 1
dwi-tahunan - dwitahunan (imbuhan pinjaman)
aturcara - atur cara (kata majmuk)
oditorium - auditorium (BI-BM)
SET 2
bowling - boling (BI - BM)
urusetia - urus setia (kata majmuk)
pra-bayar - prabayar (imbuhan pinjaman)
bowling - boling (BI - BM)
urusetia - urus setia (kata majmuk)
pra-bayar - prabayar (imbuhan pinjaman)
SET 3
tanahair - tanah air (kata majmuk)
pra-syarat - prasyarat (imbuhan pinjaman)
kreteria - kriteria (BI - BM)
tanahair - tanah air (kata majmuk)
pra-syarat - prasyarat (imbuhan pinjaman)
kreteria - kriteria (BI - BM)
ANALISIS SOALAN SEBENAR YANG TUNTAS
1. Kebanyakan soalan menguji murid kesalahan mengeja perkataan yang melibatkan imbuhan pinjaman (juru, pra, pasca, pro, -isme, dan dwi).
1. Kebanyakan soalan menguji murid kesalahan mengeja perkataan yang melibatkan imbuhan pinjaman (juru, pra, pasca, pro, -isme, dan dwi).
2. Kesalahan yang sudah diuji ada kemungkinan diuji semula kerana kebanyakan jenis kesalahan ejaan diulang uji.
3. Kesalahan ejaan yang melibatkan kekeliruan dalam ejaan baku bahasa Melayu daripada ejaan bahasa Inggeris juga amat popular. Fikirkan perkataan bahasa Inggeris yang dibahasamelayukan dari segi ejaan tetapi belum keluar dalam PT3 pasti ada peluang diuji pada 9 Oktober 2017 nanti.
4. Kesalahan ejaan yang melibatkan kata majmuk juga mempunyai kekerapan yang tinggi sejak tahu 2014. Oleh sebab itu, murid harus menguasai kata majmuk dan kata majmuk mantap untuk mengelakkan diri daripada diperangkap oleh unsur pengganggu dalam soalan. Untuk pengganggu ialah perkataan yang dieja betul tetapi mengelirukan calon peperiksaan sehingga mereka membetulkan perkataan yang sudah dieja betul kepada perkataan yang dieja salah. Rugi tak?
5. Kebanyakan soalan PT3 mempunyai beberapa unsur pengganggu yang akan mengelirukan calon PT3. Oleh sebab itu, calon harus cakna eja untuk mengelakkan kekeliruan dan kecelaruan sewaktu menjawab soalan kesalahan ejaan dalam PT3.
RAMALAN 2017
(a) ejaan makanan (serondeng) (martabak) (nasi himpit) (mi) (kuetiau) (mihun/bihun) (popia)
(a) ejaan makanan (serondeng) (martabak) (nasi himpit) (mi) (kuetiau) (mihun/bihun) (popia)
(b) ejaan yang melibatkan kata majmuk (isi padu) (ulang kaji) (tengah hari) (jawatankuasa) (suruhanjaya)(kadangkala) (sering kali) (acap kali) (barangkali) (setiausaha)
(c) ejaan yang mengelirukan (taasub) (diayah) (menggembleng) (isytihar) (masjid jamik) (menyasarkan) (Ramadan) (reda)
(d) ejaan yang melibatkan imbuhan pinjaman (pro-Amerika) (juruubat)(prabayar) (pascamerdeka) (antirokok) (juruulas) (gengsterisme) (sosiobudaya) (ekaatom)(antimerokok) (ekopelancongan) (juruukur)
(e) ejaan yang melibatkan pinjaman bahasa asing (stres) (eksperimen) (e-mel / meng-e-melkan) (psikologi) (caj) (Jerman) (fotosintesis) (karbon dioksida) (apartmen)
Segala maklumat di atas berdasarkan ramalan saya. Ramalan ini dibuat berdasarkan analisis dan statistik soalan serta kekerapan jenis kesalahan ejaan yang pernah diuji dalam PT3 sejak 2014.
Selain itu, analisis di atas dan ramalan di atas juga berdasarkan soalan daripada kertas peperiksaan percubaan negeri dan sekolah yang dikongsikan dalam grup telegram guru BM PT3.
Jika ramalan di atas muncul dalam PT3, syukurlah kerana itu rezeki anak-anak dan guru-guru yang membaca analisis ini. Jika tidak, mohon jangan hamba dikecam pula! 😜
CATATAN ANALISIS DAN TIP PEPERIKSAAN BM PT3 2017 (SOALAN 1)
CATATAN ANALISIS DAN TIP PEPERIKSAAN BM PT3 2017
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2016
(SOALAN 1 - MORFOLOGI)
SOALAN SEBENAR TAHUN 2014
(SATU KESALAHAN BAHASA)
SOALAN SEBENAR TAHUN 2014
(SATU KESALAHAN BAHASA)
Soalan yang pernah diajukan adalah seperti yang berikut:
(a) kesalahan penggunaan kata sendi nama "di" dengan "pada"
(b) kekeliruan penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kedua, iaitu antara "kita" dengan "kami", "kamu" dengan "kami", dan "dia" dengan "beliau".
(c) kesalahan penggunaan bahasa istana (mandi - bersiram), (kelahiran - keputeraan), dan (memberikan - menganugerahkan).
(d) kesalahan frasa kerja pasif diri pertama, kedua, dan ketiga
(e) kesalahan penggunaan frasa sendi nama "di atas" dengan "atas".
(f) kesalahan perimbangan frasa sendi nama "dari masa ke semasa" yang sepatutnya ditulis "dari masa ke masa" atau " dari semasa ke semasa"
(SOALAN 1 - SATU KESALAHAN BAHASA)
SOALAN SEBENAR TAHUN 2015
(SATU KESALAHAN BAHASA)
Soalan yang pernah diajukan adalah seperti yang berikut:
(a) kesalahan penggunaan bahasa istana (berucap- bertitah) dan (pergi-berangkat).
(b) kelewahan bahasa (semua mangsa-mangsa), (semua murid-murid), dan (beberapa orang tokoh-tokoh)
(c) unsur kelewahan kata sendi nama (demi untuk)
(d) kesalahan frasa kerja pasif diri ketiga
(e) kesalahan kata "bila" dengan "apabila"
(f) kekeliruanpenggunaan kata sendi nama "kepada" dengan "akan"

(SOALAN SEBENAR TAHUN 2016)
1. bahasa istana (persetujuan - perkenan)
2. kesalahan kata penguat darjah penghabisan (paling ter- + KA)
3. Hukum DM
4. frasa kerja pasif
(SOALAN SEBENAR TAHUN 2016)
1. bahasa istana (persetujuan - perkenan)
2. kesalahan kata penguat darjah penghabisan (paling ter- + KA)
3. Hukum DM
4. frasa kerja pasif
(SOALAN 1 - SATU KESALAHAN BAHASA)
(SOALAN RAMALAN TAHUN 2017)
1. kesalahan bahasa istana (RAMALAN TAHUNAN)
2. kesalahan frasa kerja (RAMALAN TAHUNAN)
3. unsur kelewahan bahasa (RAMALAN TAHUNAN)
4. kesalahan bahasa bilangan / penjodoh bilangan
5. kesalahan kata sendi nama
6. kesalahan kata hubung

Cukuplah 6 jenis soalan kesalahan bahasa, yang akan keluar pun hanya 4 soalan sahaja. Jika soalan ramalan saya keluar, segalanya hanya berdasarkan analisis dan kebetulan. Jika tak keluar, jangan marah pula ya...
Soalan ramalan kadangkala memberikan motivasi kepada murid untuk bekerja lebih keras sewaktu mengulang kaji untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Apabila ada tip atau soalan ramalan, semangat mereka berubah menjadi lebih bersedia dan matang untuk menghadapi peperiksaan.
No comments:
Post a Comment