Sunday, October 29, 2017

LATIHAN PEMAHAMAN KOMSAS 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90 darjah tepat.

Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam tasik hati mencair dalam detik momen yang singkat. Aiman dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan protes dalam hati.

Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil itu ponteng kelas; protes kepada lebam-lebam di pinggul. Keriangan sudah tercantas, tapi masalah belum terurai dan terungkai.

Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi futuristik yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.

Betapa tidak; dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi, dapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan. Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya.

Pijakan kakinya di bumi sudah utuh dan kukuh. Cengkaman pada batang pokok kelapa itu turut tersentuh. Dia tidak menoleh ke bawah lagi. Tapak demi tapak tercengkam dengan penuh yakin. Sedar-sedar sahaja, dia sudah sampai di puncak.

(Dipetik daripada Hipertensi, Illias Zaidi
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara-perkara yang dibayangkan oleh Aiman Aqil?
 [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ponteng?
 [3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
 [4 markah]

No comments:

Post a Comment