1103/2 SMJK
PHOR TAY Modul BM SevaSPM
PEPERIKSAAN
PERCUBAAN SPM 2016
Tingkatan
5 BAHASA MELAYU 2 Masa : 2 ½ jam
ARAHAN
Kertas
soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua
soalan. Jawaban bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan
teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Soalan 1 : Rumusan
[ 30
markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat
satu rumusan tentang inisiatif-inisiatif membendung kejadian jenayah dan
kekangan-kekangan untuk membendungnya . Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Peningkatan
indeks jenayah seperti pembunuhan menggunakan senjata api yang semakin
berleluasa sekarang merupakan fenomena baharu dan telah membimbangkan pelbagai
pihak serta seharusnya memberi semua pihak isyarat bahawa adegan ini bukan lagi
adegan layar biru yang sering kita tonton di panggung wayang. Pelbagai lapisan rakyat
bertanggungjawab untuk membantu pihak berkuasa untuk membanteras jenayah. Dengan
adanya persefahaman ini akan menyedarkan penjenayah bahawa mereka tidak
terlepas daripada tindakan undang-undang selepas melakukan jenayah.
Kita
harus menyedari bahawa kegiatan jenayah dapat berlaku di mana-mana sahaja. Oleh
itu, pemilik bangunan harus memasang kamera litar tertutup di premis mereka.
Tindakan seperti ini menggambarkan sikap ambil tahu terhadap keselamatan premis
dan penghuninya. Di samping itu, pihak polis sepatutnya menempatkan lebih
banyak anggota di lokasi yang sering berlaku jenayah. Jika kekurangan anggota,
maka tidak ada salahnya Polis Diraja Malaysia atau PDRM mengambil langkah
menambah anggota pada pelbagai peringkat. Antaranya termasuklah mengambil
pesara polis berkhidmat secara kontrak untuk membantu usaha membendung penularan
amalan jenayah yang semakin berleluasa. Peningkatan bilangan anggota itu semestinya
diikuti oleh langkah PDRM menambahkan kelengkapan yang mencukupi dan petugas
bekerja dengan cekap. Perkara ini sewajarnya berlaku serentak dengan langkah
kerajaan memperbanyak pusat latihan polis untuk menambah anggota baharu dari
semasa ke semasa.
Kejadian
jenayah di negara kita semakin meningkat khususnya yang melibatkan kejadian
pecah rumah yang bukan sahaja untuk mencuri barang berharga malah sanggup
membunuh pemilik rumah. Kejadian kes ragut yang berlaku di tepi jalan dan di
bank turut meningkat. Kita tidak mahu
rakyat diselubungi kebimbangan untuk keluar dari rumah. Untuk
memerangi jenayah ini, pemimpin masyarakat perlu menyuntik sikap sensitif
memerangi jenayah dalam kalangan rakyat. Umpamanya, rakyat digalakkan saling
berinteraksi dan mengambil tahu apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka. Atas
kesedaran tersebut, kita menerima baik inisiatif PDRM mewujudkan Unit Rondaan
Bermotosikal atau Rakan Cop sempena program Bersatu Perangi Jenayah yang melibatkan
kawasan perumahan pada pelbagai peringkat kerana hal ini dapat menarik rakyat
supaya berganding bahu dengan pihak polis untuk membanteras jenayah.
Kejadian
jenayah , kalau dibiarkan akan menjadi barah dalam masyarakat yang aman sebelum
ini. Untuk membanterasnya hingga akar umbi, rakyat mestilah sanggup tampil
untuk memberikan maklumat tentang kejadian jenayah kepada pihak berkuasa.
Tindakan ini merupakan langkah yang paling berkesan bagi memudahkan pihak
berkuasa mengambil tindakan segera terhadap penjenayah.
(Dipetik dan
diubah suai daripada rencana “Sikap
Ambil Tahu
Mampu Membendung Kes Jenayah”, Berita
Harian )
Soalan 2 : Pemahaman
[ 35
markah ]
Soalan 2 (a) –
Petikan Umum
Baca petikan
Soalan 1, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud diselubungi kebimbangan dalam
petikan terrsebut. [ 2 markah ]
(ii) Nyatakan kes jenayah yang lazim berlaku di
negara ini. [ 3 markah ]
(iii) Kejadian jenayah yang semakin berleluasa akan
mengakibatkan pelbagai kesan.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan
yang akan berlaku sekiranya kes jenayah tidak
ditangani?
Huraikan dua kesan. [ 4 markah ]
Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden
Baca
petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PELAKON III : Bos, saya fikir
perkara yang berlaku kepada Encik Domski tu bukan
lakonan lagi
ARIF : Bukankah dia dah kata, segala-galanya
benar. Lakonan atau bukan lakonan
semuanya betul. Semuanya kehidupan.
PELAKON II : Tapi bos, lakonan ke atau bukan lakonan ke,
takkan kita nak biarkan saja,
nak tengok saja orang tu berguling-guling di atas lantai tu? Jom kita
pergi tengok.
( Mereka
menolong AZMIR : memicit-micit belakang badan dan kepalanya. Darah masih
mengalir
di pipi AZMIR.)
AZMIR :
Kita sambung balik yang tadi, ya ?
PELAKON II : ( Kepada PELAKON I ). Setelah hampir pecah
kepala, dia masih ingat
tentang hujahnya.
PELAKON III :
Agaknya makin dihantukkan kepalanya, makin kuat ingatannya.
PELAKON I : Betul ke ?
PELAKON II : Kalau nak tau cubalah tengok !
( Perhatian mereka terarah kepada AZMIR apabila dia mula bersuara )
AZMIR :
Selepas orang itu menghantukkan kepalanya ke lantai, maka darah merah pun
mengalirlah membasahi pipinya. Sesiapa yang menyaksikan kejadian itu pasti
menyatakan bahawa orang yang menghantukkan kepalanya ke lantai itu ialah orang
gila, Orang yang siuman tentu tidak berbuat demikian. Orang yang menonton tidak tahu bahawa orang yang
menghantukkan kepalanya ke lantai itu sebenarnya sedang mengalami dan menderita
suatu kesakitan yang tidak tertanggung, yang tak terucap dengan kata-kata lagi.
Kata-kata sudah kehilangan makna. Kata yang bermakna adalah dengan
menghantukkan kepalanya ke lantai. ( Kesemua
mereka terpegun mendengar penjelasan AZMIR).
Apakah
saya sudah menjawab soalan saudara ? ( Sambil
tersenyum ke arah PELAKON I )
PELAKON I : ( Semacam
kagum bercampur bingung sambil menganggukkan kepalanya perlahan-lahan) . Ya,
terima kasih.
Dipetik
daripada drama “Bukan Gila” oleh Sharif Shaary dalam
Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah reaksi para pelakon setelah melihat
Azmir menghantukkan kepalanya ke lantai
sehingga berdarah? [2
markah ]
(ii) Pada pendapat anda, apakah
tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh seseorang
apabila berhadapan dengan orang gila?
[ 3
markah ]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang
terdapat dalam petikan drama dan satu latar
masyarakat lain yang terdapat dalam
keseluruhan drama ini. [ 4 markah ]
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca
petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada
seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannnya
gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh
perahu Siam itu. Maka Tuan Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya
olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka
dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah;
maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu
Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat
kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh
Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu
sekaliannya disuruhnya tambati puntung api, telah dipandang oleh orang Siam api
tiada terbilangnya lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak
kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal
kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
Maka
kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu, marilah kita kembali sementara
belum siang ini,” Maka segala orang Siam pun kembalilah.
Dipetik daripada ‘Burung
Terbang Dipipiskan Lada’ dalam
Antologi
Sejadah Rindu , Dewan Bahasa dan
Pustaka
(i) Berikan maksud kelakuannnya gila-gila bahasa . [2 markah ]
(ii) Nyatakan taktik peperangan yang dilakukan
oleh Bendahara Paduka Raja. [ 3 markah ]
(iii) Pada
pendapat anda, mengapakah Awi Dicu mengarahkan bala tenteranya kembali ke
Siam? [ 3 markah ]
Soalan 2 (d) – Petikan Gurindam
Baca
petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
GURINDAM DUA BELAS ( Fasal yang Ketiga)
Apabila
terpelihara mata,
Sedikit
cita-cita.
Apabila
terpelihara kuping,
Khabar
yang jahat tiadalah damping.
Apabila
terpelihara lidah,
Nescaya
dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh
engkau memelihara tangan,
Daripada
segala berat dan ringan.
Apabila
perut terlalu penuh,
Keluarlah
fiil yang tiada senonoh.
Anggota
tengah hendaklah diingat,
Di
situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah
peliharakan kaki,
Daripada
berjalan yang membawa rugi.
Mohd Yusoff Md Nor dan Rahman Kaeh ( Penyelenggara)
Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan
Bahasa dan Pustaka
(i) Berdasarkan gurindam di atas, apakah
manfaat yang dapat diperoleh sekiranya kita
memelihara penglihatan dan
pendengaran?
[ 2 markah ]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengawal nafsu makan? [ 3 markah ]
(iii) Huraikan dua
nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut [ 4 markah ]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30
markah ]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu
ayat bagi setiap kata di bawah ini untuk
menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan
menukarkan imbuhan , atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
(i) menelan
(iv) menghirup
(ii) menggigit (v) meneguk
(iii) mengunyah (vi) membaham
[ 6 markah ]
(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat
aktif tanpa mengubah maksud asalnya
(i)
Hubungan mesra yang sedia
terjalin antara rakyat pelbagai kaum pasti dapat
dieratkan oleh sambutan rumah
terbuka ketika hari perayaan.
(ii)
Masa dan tenaga telah kami korbankan untuk menyiapkan projek yang
diberikan
oleh guru.
(iii)
Nelayan asing yang mencerobohi zon penangkapan ikan secara haram telah
ditahan
oleh pegawai imigresen ketika
bot mereka tiba di Tanjung Pagar.
[ 6
markah ]
(c) Dalam petikan di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.
(i) Pengarah syarikat itu telah menugaskan
seorang juru ukur untuk menyukat
perluasan tanah terbiar di Kampung Aman.
(ii) Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di
segenap pelusuk bandar itu kerana
kejadian penceroboh yang berlaku baru-baru
ini.
(iii) Pusat hiburan dan snooker itu telah diberi
amaran agar dipendekkan masa
operasinya.
[ 6 markah
]
(d) Dalam petikan di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin
ayat
itu semula.
(i) Ibu memuji keelokan kuih seri muka yang
dibuat oleh saya kelmarin.
(ii) Sesetengah penonton yang tidak berpuas
hati telah membaling objek seperti botol
air bila para pemain gagal memasukkan gol.
(iii) Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa
sawit telah menjejaskan pendapatan
golongan para petani.
[ 6 markah ]
(e) Lengkapkan peribahasa di bawah dan salin
semula keseluruhan peribahasa tersebut.
(i) _________________________, jangan berumah di
tepi pantai
(ii) _________________________, lautan dalam
jangan diduga
(iii) _______________________,
hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
(iv)
Alang-alang menyeluk pekasam ______________________________ .
(v)
Masuk kandang kambing mengembek, _________________________ .
(vi)
Orang berbudi kita berbahasa , ________________________________.
[ 6 markah
]
Soalan 4 : Novel
[ 15
markah ]
Jawab soalan-soalan di bawah bersasarkan
novel-novel yang berikut :
(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani
Matdrin
(ii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(a) Huraikan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam sebuah novel yang telah
anda pelajari.
[
7 markah ]
(b) Watak sampingan banyak membantu watak utama
dalam sesebuah penceritaan.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu perwatakan watak
sampingan dalam
setiap novel.
[ 8 markah ]
Disediakan
oleh:
Disemak oleh :
Disahkan oleh:
_______________ ____________ _____________
( Sevalingam ) ( GOH LEAN SEE ) (LIM LAY HONG)
Ketua Bidang Bahasa Penolong Kanan
Pentadbiran
No comments:
Post a Comment