Thursday, October 6, 2016

1103/2                                            SMJK PHOR TAY                                         Modul BMSevaSPM
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016
Tingkatan 5                                       BAHASA MELAYU 2                Masa : 2 ½ jam

SKEMA JAWABAN
SOALAN 1  - RUMUSAN  [ 30 markah ]
Pendahuluan
-          Petikan ini membincangkan usaha/langkah/tindakan/cara/strategi/pendekatan membendung kejadian jenayah di Malaysia / di negara kita / dalam kalangan masyarakat

Isi tersurat
1.      Rakyat bertanggungjawab untuk membantu pihak berkuasa untuk membanteras jenayah / rakyat berganding bahu dengan pihak polis untuk membanteras jenayah
2.      Pemilik bangunan memasang kamera litar tertutup di premis mereka
3.      Pihak polis menempatkan lebih banyak anggota di lokasi yang sering berlaku jenayah
4.      PDRM mengambil langkah menambah anggota pada pelbagai peringkat
5.      PDRM menambahkan kelengkapan yang mencukupi dan petugas bekerja dengan cekap
6.      Kerajaan memperbanyak pusat latihan polis untuk menambah anggota baharu dari semasa ke semasa
7.      Pemimpin masyarakat menyuntik sikap sensitif memerangi jenayah dalam kalangan rakyat
8.      PDRM menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal atau Rakan Cop yang melibatkan kawasan perumahan pada pelbagai peringkat
9.      Rakyat mestilah sanggup tampil untuk memberikan maklumat tentang kejadian jenayah kepada pihak berkuasa

Isi tersirat
1.      Masyarakat tidak menyokong usaha / hilang kepercayaan kepada pihak polis /
     kerajaan
2.      Berlaku penyelewengan / rasuah oleh pihak berkuasa
3.      Masyarakat tidak prihatin dengan isu jenayah
4.      Pelaksanaan kempen memerangi jenayah tidak konsisten / bermusim
5.      Perairan Malaysia sangat luas hingga menyukarkan kawalan pihak berkuasa
6.      Tiada ketegasan dan kesungguhan pihak berkuasa untuk membanteras jenayah
7.      Lambakan aksi ganas dalam media massa khususnya media elektronik termasuk filem
8.      Kurang / tiada kerjasama daripada pihak keselamatan negara jiran
( Isi-isi tersirat yang lain diterima sekiranya sesuai)

Kesimpulan
-          Kesimpulannya, pihak berkuasa perlulah memperkasa usaha memerangi jenayah agar masyarakat dapat hidup dalam suasana yang aman / harmoni
-          Kesimpulannya semua pihak wajarlah bekerjasama untuk membendung jenayah agar dapat melahirkan negara yang sejahtera



SOALAN 2  - PEMAHAMAN  [ 35 markah ]
(a)   Petikan Umum
(i)     Maksud  diselubungi kebimbangan ialah
         -  dilanda / berada dalam ketakutan / kerisauan / fobia  [2M]       
(ii)   Kes jenayah yang lazim berlaku di negara kita ialah…
        - pembunuhan menggunakan senjata api [1M]
        - kejadian pecah rumah bukan sahaja untuk mencuri barang berharga malah sanggup
          membunuh [1M]
        - kejadian kes ragut [1M]
(iii)   Antara kesan yang akan berlaku sekiranya kes jenayah tidak ditangani ialah…
         - rakyat tidak dapat hidup dengan selesa
         - rakyat yang berasa tidak selamat sanggup berhijrah ke negara lain
         - pelabur tidak berminat untuk melabur di negara kita
         - sebahagian besar pendapatan negara dibelanjakan untuk membanteras jenayah
         - kejadian jenyah yang berleluasa menjejaskan industri pelancongan
         - anggota polis sentiasa terdedah kepada ancaman penjenayah
           ( Kesan-kesan yang dihuraikan daripada aspek politik, ekonomi dan politik)
           [ mana-mana 2 isi beserta dengan huraian]                                                [4M]
      
(b)   Prosa Moden/ Drama
(i)                 Reaksi para pelakon setelah melihat Azmir menghantukkan kepalanya ialah…
       - mereka berada dalam keadaan dilema / tidak pasti sama ada Azmir berlakon atau
         menanggung kesakitan[1M]
      - mereka mendekati Azmir untuk melihat keadaan Azmir [1M]
       - mereka menolong Azmir memicit-micit belakang badan dan kepalanya [1M]
      [ mana-mana 2 isi]
(ii)               Tindakan yang perlu diambil oleh seseorang apabila berhadapan dengan orang gila …
              - tidak memberikan sebarang jenis respons yang akan merangsangkannya untuk
                bertindak [1M]
       - melarikan diri sesegera yang mungkin dari kawasan tersebut [1M]
       - menjerit dengan sekuat hati meminta pertolongan [1M]
       - melawan atau mempertahankan diri [1M]
       [ mana-mana 3 isi / isi-isi lain yang sesuai]
(iii)              Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama…
        - masyarakat yang penyayang / prihatin / simpati terhadap orang yang mengalami
          kesakitan [1M]
          Contohnya, para pelakon mendekati Azmir lalu memberikan bantuan [1M]
       - masyarakat yang terlibat dalam latihan drama [1M]
         Contohnya, Azmir berpeluang untuk berinteraksi dengan sekumpulan pelakon yang
         terlibat dalam latihan drama ‘Sasau’[1M]
       Latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan drama…
       -masyarakat yang prihatin terhadap keadaan keadaan sebenar yang dihadapi oleh
        orang lain / memahami penderitaan yang ditanggung oleh seorang pesakit [1M]
        Contohnya, Arif yang faham akan penjelasan yang diberikan oleh Azmir telah
        dapat membuat kesimpulan bahawa Azmir bukan gila tetapi seorang pesakit yang
        sedang menanggung kesakitan [1M]
      - masyarakat yang tidak setia dalam percintaan.  [1M] Buktinya Ani telah
        meninggalkan Azmir yang sedang menghidapi sakit barah otak [1M]
       [ Terima isi-isi lain yang sesuai]
(c)    Prosa Tradisional
(i)                 Maksud kelakuannya gila-gila bahasa
             - bersikap /bertingkah laku/ fiilnya gila sedikit-sedikit/seperti orang gila /kurang
               siuman / kurang sihat sedikit / tidak panjang akalnya [2M]
(ii)               Taktik perang yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja ialah …
      - menyuruh Tun Umar menyuluh perahu Siam untuk melihat kekuatan musuh [1M]
      - Tun Umar melanggar beberapa buah perahu Siam untuk menakut-nakutkan pihak
        musuh[1M]
      - memerintahkan tenteranya menyalakan api pada segala pohon kayu bakau, nyirih
        dan tumpu api-api sebagai helah untuk menunjukkan tentera Melaka yang tidak
        terbilang / terlalu banyak bilangannya [1M]
(iii)             Awi Dicu memerintahkan  bala tenteranya kembali ke Siam kerana…
       - terpedaya oleh helah tentera Melaka pimpinan Bendahara Paduka Raja bahawa
         bilangan tentera Melaka tidak terbilang banyaknya [1M]
       - gerun akan keberanian Tun Umar yang luar biasa yang mewakili tentera Melaka
         yang lain [1M]
       - berasa tidak yakin dapat mengalahkan tentera Melaka yang banyak dan kuat [1M]

(d)   Puisi Tradisional / Gurindam
(i)                 Dengan memelihara penglihatan, kita dapat mengawal keinginan. [1M]
             Dengan memelihara pendengaran, berita-berita yang tidak elok dapat dihindari [1M]
(ii)               Nafsu makan dapat dikawal dengan …
             - makan makanan mengikut waktu / pada masa yang ditetapkan [1M]
             - mengurangkan pengambilan makanan di restoran atau di kedai makan [1M]
             - mengamalkan pengambilan makanan dalam jumlah sederhana/ yang betul [1M]
             - mengamalkan pengambilan makanan mengikut cadangan/jumlah yang terdapat pada
               piramid makanan seimbang [1M]
              [ mana-mana 3 isi / isi- isi lain yang sesuai ]
(iii)              Antara nilai yang terdapat dalam gurindam ialah …
       - kebijaksanaan, Kita dinasihatkan agar bersikap bijak dalam menuturkan kata-kata
         kerana kegagalan berbuat sedemikian akan menyebabkan kita ditimpa musibah
       - berhati-hati. Kita dinasihati berhati-hati mengawal pancaindera demi mengelakkan
         diri daripada melakukan perkara-perkara yang negatif.
      - kesederhanaan. Pengambilan makanan dalam kuantiti yang sederhana dapat
         mengelakkan diri seseorang daripada mengalami masalah kegemukan atau masalah
        kesihatan
        [ mana-mana 2 nilai / nilai lain beserta dengan huraian]                           [4M]
                                      

 SOALAN 3 – PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA   [ 30 markah ]

(a) Membina ayat [ 6M]
 (i)    Ular sawa yang menelan seekor kambing Pak Amat telah berjaya ditangkap pada pagi
         tadi.
(ii)    Seekor anjing liar telah menggigit kaki Andy sehingga berdarah ketika dia melalui
         kawasan pelupusan sampah.
(iii)   Ibu menasihati adik supaya mengunyah makanan di dalam mulutnya sehingga lumat
         sebelum makanan itu ditelannya.
(iv)   Husni menghirup kopi panas yang dituang ke dalam piring itu dengan perlahan-lahan.
(v)    Kumar meneguk air di dalam cawan itu dengan cepat kerana berasa terlalu haus.
(vi)   Harimau yang sedang membaham mangsanya dengan rakus itu telah ditembak oleh
         pemburu itu.

(b)   Menukarkan Ayat Pasif kepada Ayat Aktif [ 6M ]

(i)    Sambutan rumah terbuka ketika hari perayaan pasti dapat mengeratkan hubungan mesra
        yang sedia terjalin antara rakyat pelbagai kaum

(ii)   Kami telah mengorbankan masa dan tenaga untuk menyiapkan projek yang diberikan
        oleh guru.

(iii)  Pegawai imigresen telah menahan nelayan asing yang mencerobohi zon penangkapan
        ikan secara haram ketika bot mereka tiba di Tanjung Pagar.

(c)  Membetulkan kesalahan ejaan / imbuhan[ 6M]

(i)    juru ukur   ---- juruukur          perluasan - ------ keluasan
(ii)   pelusuk     ---- pelosok           penceroboh -----  pencerobohan
(iii)  snooker    ----- snuker            dipendekkan----- memendekkan

 (d)  Membetulkan kesalahan istilah / kesalahan bahasa[ 6M]
(i)    keelokan----kesedapan / kelazatan/keenakan      dibuat oleh saya---- saya buat
(ii)   memasukkan--- menjaringkan                            bila ---- apabila
(iii) komuniti     -----  komoditi                                  golongan para ----- golongan / para
                                   
(e)  Melengkapkan peribahasa [ 6M]
(i)   Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
(ii)  Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
(iii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri
(iv) Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
(v) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
(vi) Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa


SOALAN 4  - PEMAHAMAN NOVEL [ 15 markah ]

4(a) Persoalan kasih sayang
Novel Songket Berbenang Emas
(i)                 Kasih sayang seorang anak terhadap keluarganya/ bapanya /ibunya
      Dahlia sayang akan keluarganya. Sebagai anak sulung, dia membantu ayahnya
      menguruskan keluarga setelah ibunya, Saleha, dihantar ke hospital Taman Bahagia.
      Dia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adaik-adiknya, Melati, Kiambang dan
      Anggerik.
(ii)               Kasih sayang seorang sahabat karib.
      Kavita sangat sayang akan Dahlia. Dia mambantu Dahia mengulang kaji pelajaran
      dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidkhadirannya ke sekolah.
Novel Jendela Menghadap Jalan
(i)                 Kasih sayang  datuk terhadap cucunya. Nenek dan datuk melayan Lili dengan baik
    walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya itu.
(ii)   Kasih seorang bapa terhadap anaknya. Datuk Lili yang sayang akan ibu Lili merasai
        kehilangan ibu Lili yang tidak lama menetap di Kampung Sentosa lantaran ibu Lili
        banyak menghabiskan masa mudanya belajar di luar negara dan bekerja di ibu kota.


4(b) Perwatakan watak sampingan
Novel Songket Berbenang Emas
(i)                 Embong
-          Seorang suami / ketua keluarga yang penyayang. Dia merasai kehilangan isterinya, Saleha yang sedang dirawat di Hospital Permai akibat penyakit kemurungan dengan sentiasa berdoa semoga isterinya sihat dan kembali dengan segera ke pangkuan mereka sekeluarga.
-          Dia seorang insan yang pemaaf atau tidak menyimpan dendam. Embong tetap melayan ibu mentuanya , Nek Kiah dengan baik walaupun ibu mentuanya itu bersikap prejudis dan selalu berprasangka buruk terhadapnya.
(ii)               Tauke Lim
-          Dia seorang jiran yang baik hati. Dia membenarkan keluarga Embong mengambil barang runcit di kedainya dengan secara runcit.
-          Dia juga seorang yang murah hati. Dia memberikan sumbangan barang-barang runcit kepada Haji Sulaiman sebagai persediaan untuk majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Parit Haji Rais.

Novel Jendela Menghadap Jalan
(i)                 Datuk Lili / Haji Abdul Rahman
-          Seorang penganut agama Islam yang alim kuat beribadat. Datuk Lili mengetahui ilmu agama Islam secara mendalam dan sentiasa berwirid serta berzikir setiap kali selesai solat.
-          Dia seorang pengamal perubatan tradisional yang bertanggungjawab dan berpengetahuan luas dalam bidang ini. Dia memperlihat kesungguhannya membantu pesakit yang datang berubat dengannya. Dia menggunakan kaedah perubatan tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan daun herba.
(ii)               Danel / Danel William
-          Dia seorang pemuda yang bijaksana. Contohnya dia dapat menyediakan pelbagai resepi masakan yang berasaskan pisang
-          Dia seorang pemuda yang suka berterus terang. Dia berterus terang dengan datuk Lili tentang hasrat keluarganya yang ingin beralih kaedah rawatan untuk mengubati penyakit kencing manis yang dihidapi oleh bapanya iaitu daripada kaedah rawatan tradisional kepada kaedah rawatan moden.
-          Dia seorang pemuda yang berani. Dia berani menyelamatkan Lili yang dikurung oleh Haziq dan Rafiq di sebuah pondok using pada suatu malam tanpa bantuan orang lain.
-          Dia seorang pemuda yang berrsopan santun. Dia berhujah dengan berhemah supaya datuk Lili tidak berkecil hati.

Catatan : Sila rujuk buku kupasan novel tingkatan empat dan novel untuk huraian
                 watak sampingan yang lain.



Disediakan oleh Cikgu Seva

No comments:

Post a Comment