Thursday, October 20, 2016

LATIHAN INTENSIF

1. Jelaskan maksud frasa dunia ini hanya bersifat sementara.           [2 markah]

Frasa dunia ini hanya bersifat sementara bermaksud penyajak sedar bahawa dunia ini tidak kekal.

2. Berikan maksud sebelum saat aku dinisankan.         [2 markah\

Maksud sebelum saat aku dinisankan ialah sebelum penyajak meninggal dunia

3. Berdasarkan sajak di atas, apakah harapan penyajak semasa berdoa kepada Yang Maha Esa?
..mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya
... berharap agar dirinya sedar bahawa dunia ini bersifat sementara

4. Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas, nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan penyajak benar-benar insaf.  [2 markah]
...penyajak menitiskan air mata
...penyajak benar-benar ikhlas untuk bertaubat
...penyajak melafazkan taubat kepada Tuhan

6. Dunia yang kita huni ini hanya bersifat sementara. Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sementara kita hidup di dunia ini? Nyatakan tiga perkara itu. [4 markah]
...keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup. Contohnya, penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dan memohon keampunan daripada Tuhan
... keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Tuhan. Contohnya, penyajak memohon keampunan daripada Tuhan dengan bersaksikan air mata
... kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara. Contohnya, penyajak berdoa ke hadrat Ilahi agar mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya

7. Sebagai seorang pelajar, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda yang telah insaf daripada kesalahannya?[3 ]

Sebagai seorang pelajar, usaha yang perlu saya lakukan untuk membantu rakan saya yang telah insaf daripada kesalahannya ialah saya memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepadanya agar tidak mudah mengalah. Selain itu, saya akan membawa rakan saya berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan khidmat nasihat. Akhirnya, memintanya melupakan segala kesilapan yang lalu. Saya akan memintanya supaya sentiasa berdoa kepada Tuhan agar diberi panduan atau hidayah.

8. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya?  [3 ]
Pada pendapat saya, masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya kerana masyarakat tidak berasa yakin bahawa mereka benar-benar telah berubah. Selain itu, masyarakat masih memandang serong terhadap mereka. Masyarakat sukar untuk menghilangkan perpektif negatis terhadap mereka.

9. Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab seseorang perlu insaf daripada perbuatan dosanya yang lalu?  [3 markah]
Pada pendapat saya, sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-dosanya yang lalu ialah supaya mendapat keampunan daripada Tuhan sebelum meninggal dunia. Selain itu, agar seseorang itu tidak mengulangi kembali dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Selain itu, mereka juga dapat menjadi contoh kepada ahli keluarga yang lain.

10. Pada pendapat anda, selain memohon ampun kepada Tuhan, apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk membuktikan bahawa kita telah insaf atas kesalahan yang dilakukan? [3 markah]
Cara lain untuk membuktikan bahawa kita telah insaf ialah berazam untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut. Selain itu, sentiasa mendampingi orang-orang yang baik seperti guru agama. Akhirnya, menunjukkan penampilan diri yang lebih baik dan meyakinkan.

11. Pada pendapat anda, mengapakah manusia sering lupa dan mengabaikan perintah Tuhan?
...terleka dengan kemewahan dunia
... tidak tetap pendirian dalam mengamalkan ajaran dan perintah Tuhan
... alpa tentang kewujudan Hari Pembalasan, iaitu ketika setiap perbuatan akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal

ii.Pada pendapat anda, mengapakah seseorang yang melakukan kesalahan dan dosa perlu memohon keampunan daripada Tuhan? Nyatakan tiga sebab anda. [3 markah]
...agar segala dosa dan kesalahannya diampunkan oleh Tuhan
... agar Tuhan meringankan hukuman ke atasnya semasa di alam barzakh
...untuk menunjukkan bahawa seseorang itu benar- benar berasa insaf atas kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan

12. Terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi selepas itu kembali semula melakukan kesilapan tersebut.Pada pendapat anda, mengapakah keadaan sedemikian berlaku?            [3 markah]
...terpengaruh dengan dunia luar atau rakan-rakan
...tidak mempunyai pegangan agama atau iman yang kuat

...kurang bimbingan daripada pihak lain

No comments:

Post a Comment