A. MAKSUD SAJAK:
B. TEMA:
- bertemakan ketuhanan dan ketaatan kepada perintah agama. Contohnya, penyajak insaf akan dosa-dosanya dan memohon keampunan kepada Tuhan. Beliau bertaubat untuk tidak mengulangi dosanya dan memohon agar Tuhan menunjukkan jalan yang benar kepadanya.
C. PERSOALAN:
i. keinsafan atas dosa-dosa lalu yang menghantui kehidupannya. Contohnya, penyajak berasa sedih dan bertaubat atas dosa yang telah dilakukannya dahulu.
ii. pengharapan keampunan manusia kepada Tuhannya sebelum dia meninggal dunia. Contohnya, penyajak memohon keampunan kepada Tuhan atas segala dosanya sebelum dia meninggal dunia nanti.
iii. keikhlasan dalam memohon keampunan kepada Tuhan. Contohnya, penyajak memohon keampunan atas dosanya kepada Tuhan dengan linangan air mata dan penuh keikhlasan.
iv. taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, Penyajak bertaubat memohon keampunan hingga menitiskan air mata.
v. berserah dan memohon keampunan hanyalah kepada Tuhan yang Esa. Contohnya, penyajak memohon keampunan dan berdoa kepada Tuhan agar kesalahannya diampunkan.
vi. dunia hanya bersifat sementara. Contohnya, penyajak menyedari bahawa dunia ini hanya sementara dan tidak kekal untuk selama-lamanya.
D. GAYA BAHASA:
i. Inversi - susunan ayat terbalik : Contohnya, "Terkedu aku, moga terbuka ruang keampunan"
ii. Personafikasi - unsur perorangan: Contohnya, "air mata menjadi saksi"
iii. Metafora - perbandingan: Contohnya, "sejadah rindu, nafas kehidupan"
iv. Bahasa Arab: Contohnya, "kalimah, Ilahi, taubat"
E. NILAI:
i. keinsafan - penyajak menginsafi segala dosa-dosanya yang lalu.
ii. kegigihan - penyajak bersungguh-sungguh dan gigih memohon keampunan kepada Tuhan.
iii. keikhlasan - penyajak bertaubat dengan penuh ikhlas hingga menitiskan air mata.
iv. ketaatan - penyajak taat kepada Pencipta dan hanya memohon keampunan daripada-Nya.
v. Kesedaran - penyajak sedar akan dosa-dosanya yang lalu serta menyedari bahawa dunia ini hanya sementara.
F. PENGAJARAN:
Kita hendaklah/ haruslah/ mestilah......
i. segera insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu supaya kita tidak menjadi manusia yang rugi di akhirat kelak.
ii. berusaha dengan gigih serta tidak berputus asa untuk mendapatkan keampunan daripada Tuhan.
iii. memohon keampunan dengan penuh keikhlasan agar dosa-dosa yang lalu akan diampunkan oleh Tuhan.
iv. taat kepada pencipta supaya kita sentiasa sedar diri dan berusaha mendapatkan keampunan daripada Allah.
v. sedar bahawa dunia ini hanya sementara supaya kita sedar dan tidak melakukan dosa semasa hidup kita.
vi. menyedari kesalahan kita dan kembali semula ke jalan yang diredai Tuhan.
No comments:
Post a Comment