Masukkan teknik plot yang sesuai bagi novel “Songket
Berbenang Emas”.
1.Teknik:dialog
Contohnya; Perbualan Azhari dengan Najib ketika mereka bertemu buat pertama
kali sewaktu bertandang拜访 ke rumah
Dahlia.
2.Teknik:imbas kembali
Contohnya; Ketika berada di rumahnya, Dahlia teringat kembali pertanyaan
orang kampung mengenai kelambatannya terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
daripada lemas. Dia juga teringat akan kata-kata kesat Aton yang memaki hamun咒骂 dan menuduhnya sebagai orang yang
membunuh anaknya, Said.
3.Teknik:kejutan
Contohnya; Peristiwa Nek Kiah yang menghadiahi Dahlia dengan seutas gelang
pusaka遗产miliknya pada
han pertunangan Dahlia dengan Azhari. Pembaca tidak menyangka bahawa nenek
Dahlia itu sanggup menghadiahi Dahlia dengan hadiah sebegitu dan sekali gus
menguburkan sikap prejudisnya terhadap Dahlia.
4.Teknik:monolog
Contohnya; Embong bermonolog dengan menasihati Saleha supaya bersabar
menerima rawatan untuk sehari dua lagi dengan mematuhi nasihat doktor dan akur
untuk makan ubat sekiranya masih sakit. Dia amat yakin bahawa penyakit
isterinya tidaklah serius.
5.Teknik:pemerian_
Contohnya; Pengarang memerihalkan reaksi dan gelagat pelajar-pelajar
perempuan ketika melihat Dahlia dan Azhari sedang minum di kantin sekolah itu.
1(b). Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema
novel tersebut. [8markah]
Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip, pengarang memaparkan temaketabahan
seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.Dahlia
gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak pernah menyalahkan nasib
malang yang menimpa diri dan keluarganya, sebaliknya dia berusaha untuk
menempuh semua ujian tersebut dengan jiwa dan semangat yang kental.Dahlia
gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke Hospital
Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk
menjalani rawatan pemulihan akibat menghidap penyakit kemurungan.Kegigihan
Dahlia yang seterusnya dapat dilihat apabila dia dapat menghadapi sikap
prejudis neneknya, iaitu Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga dengan tenang.
Tema novel Songket Berbenang Emas ialah kegigihan seorang
gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam
kehidupannya. Berlatarbelakangkan Kampung Parit Haji Rais, Dahlia
tidak pernah menyalahkan nasib malang yang menimpa dirinya dan
keluarganya. Sebaliknya, dia berusaha sedaya usaha menempuh
semua ujian tersebut dengan semangat kental. Cabaran yang dilaluinya bermula daripada
peristiwa ibunya, Saleha yang disahkan menghidapkemurungan dan
terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat, hingga akhirnya dipindahkan ke
Hospital Permai, Johor Bahru untuk rawatan pemulihan.
2(b). Jelaskan dua latar masyarakat/ Unsur kemasyarakatan yang
terdapat dalam sebuah novel yang telah anda
pelajari. [8 markah
Berdasarkan
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, latar
masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat penyayang.
Contohnya, Dahlia amat sayang akan ibunya kerana Dahlia sanggup melawat ibunya
yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan mengeluarkan
wang biasiswanya untuk membayar tambang bas dan
teksi.
Latar
masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang rajin menimba ilmu .
Contohnya, Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi belajar dengan tekun untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang bakal diduduki
oleh mereka.
...Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup - Dahlia
tabah berdepan dengan pelbagai dugaan termasuklah ibunya, Saleha terpaksa
dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk menjalani rawatan pemulihan akibat
menghidap penyakit kemurungan dan neneknya, Nek Kiah yang sentiasamemandang
serong terhadap Dahlia sekeluarga.
...masyarakat yang tabah menghadapi masalah dalam
rumah tangga. Contohnya, Embong tabah berdepan dengan sikap ibu mentuanya,
Nek Kiah yang sentiasa _menyalahkannya atas sebarang kejadian yang
berlaku tanpa menunjukkan rasa simpati.
... masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Haji
Sulaiman dan Imam Deramanjuga sentiasa mengimarahkan surau di
kampungnya dengan bersolat secara berjemaah.
... masyarakat yang amanah dalam menjalankan tugas. Contohnya,
sebagai pendidik, Cikgu Hisyam dan Cikgu Salwani bersungguh-sungguh
dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya dan
berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak
muridnya itu.
2b.Unsur kemasyarakatan dalam novel:
... masyarakat yang mengamalkan sikap hormat-menghormati walaupun berlainan
bangsa. Contohnya, Embong yang berbangsa Melayu menghormati dan bersahabat baik
dengan Tauke Lim yang berbangsa Tionghua. Begitu juga dengan Dahlia yang
bersahabat baik dan menghormati rakan karibnya, Kavita yang berbangsa India.
.....masyarakat yang mengamalkan sikap suka membantu dalam menjalankan
satu-satu aktiviti. Contohnya, penduduk kampung berganding bahu dan bekerjasama
mendirikan rumah Embong yang baharu setelah rumah kayu lamanya roboh akibat
banjir.
.....masyarakat yang mempunyai perasaan simpati terhadap penderitaan nasib
orang lain. Contohnya, Haji Sulaiman dan Tauke Lim bersimpati terhadap nasib
Embong sekeluarga yang dihimpit dengan berbagai-bagai ujian dan dugaan seperti
masalah kemurungan Saleha hingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Permai,
Johor Bahru.
3(b) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang boleh dijadikan panduan kepada
pembaca.
Berdasarkan
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, dua nilai kemanusiaan yang
boleh dijadikan panduan kepada pembaca ialah
nilai belas
kasihan_. Contohnya, Tauke Lim bersimpati terhadap nasib Embong yang berhadapan
dengan pelbagai masalah, iaitu masalah kesihatan isterinya, masalah anak lelaki
tunggalnya yang menjadi kutu rayau, dan masalah ibu mentuanya yang bersikap
prejudis terhadap dirinya sekeluarga.
Seterusnya,
nilai kesabaran . Contohnya, Dahlia menghadapi kerenah dan layanan buruk
neneknya, Nek Kiah yang pernah menuduhnya sebagai perempuan yang tidak baik
dengan tenang dan sabar. Nilai Keberanian . Contohnya, Dahlia
bertindak berani dengan terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan
berkeladak semata- mata untuk menyelamatkan Said yang lemas.
3b. Tiga nilai murni:
... Nilai kegigihan. Contohnya, Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran
sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM walaupun berhadapan dengan
berbagai-bagai cabaran seperti masalah ibunya yang sakit dan peristiwa tragis
ayahnya yang dipatuk ular tedung.
... Nilai kasih sayang. Contohnya, Dahlia amat mengasihi ibu dan bapanya.
Dia berusaha untuk melawat ibunya yang sedang menerima rawatan di Hospital
Permai, Johor Bahru.
... Nilai keberanian. Contohnya, sungguhpun Dahlia hanyalah seorang gadis,
namun dia berani terjun ke dalam sungai yang berkeladak dan berarus deras untuk
menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai.
4(b) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah
novel yang telah anda pelajari. [8 ]
Berdasarkan
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, persoalan yang terdapat
dalam novel ini ialah persoalan kepentingan ilmu dalam
kehidupan.Contohnya, Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi belajar dengan
bersungguh-sungguh sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM di
Sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu Pahat, Johor kerana mereka sedar
tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Selain
itu, terdapat persoalan keikhlasan dalam menghulurkan
pertolongan . Contohnya, Tauke Lim ikhlas membantu Embong sekeluarga
walaupun dia terpaksa menerima berbagai-bagai tohmahan buruk dan pandangan
sinis daripada segelintir penduduk kampung.
...ketaatan seorang anak terhadap perintah ibu bapa. Contohnya, Dahlia
menunjukkan sifat taat terhadap ibu dan bapanya. Dahlia sanggup mengetepikan
kepentingan diri sendiri demi memastikan adik-adiknya mendapat penjagaan yang
sempurna.
... intergriti dalam menjalankan tanggungjawab. Contohnya, Doktor Ridhuan begitu
amanah menjalankan tugasnya sebagai pegawai perubatan kesihatan dengan berusaha
mengenal pasti punca dan kaedah penyelesaian bagi mengubati penyakit Saleha.
... dendam kesumat yang memusnahkan maruah orang lain. Contohnya, Aton
menuduh Dahlia sebagai orang yang membunuh anaknya, Said manakala Embong pula
dituduh sebagai perancang kematian anaknya itu disebabkan sikap dendam kesumat
yang masih berbekas di hatinya terhadap Saleha yang pemah menghalaunya sewaktu
dia pergi mengutip hutang daripada Saleha.
... kebijaksanaan dalam aspek pengurusan masa secara berkualiti. Contohnya,
Dahlia bijak membahagikan masanya untuk melakukan kerja-keija di dapur, menjaga
adik-adiknya, dan mempeamtukkan masa untuk belajar walaupun ketika itu dia
berhadapan dengan situasi getir.
5b. Jelaskan dua latar masa yang terdapat dalam sebuah
novel yang telah anda pelajari.
Pada musim cuti persekolahan - Peristiwa majlis pertunangan antara Dahlia
dengan Azhari berlaku pada musim cuti persekolahan akhir tahun.
Pada musim hujan - Keluarga bahlia dan seluruh penduduk kampung Parit Haji
Rais terpaksa berpindah ke balai raya dan surau akibat banjir yang melanda
kampung mereka.
...waktu siang. Contohnya, peristiwa Nek Kiah yang mendatangi rumah Embong
dan menggores pintu-pintu di rumah itu dengan tanda pangkah yang bertujuan
sebagai penghalang supaya rumah itu tidak lagi dimasuki hantu.
...waktu pagi. Contohnya, peristiwa Dahlia yang terlewat tiba di sekolah
kerana bas yang dinaikinya bergerak perlahan.
...waktu malam. Contohnya, peristiwa Embong yang mendapati dua ekor kambing
peliharaannya telah dicuri diri kandang kambing setelah mendengar suara
kambingnya sayup-sayup.
6b. Jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam sebuah
novel yang telah anda pelajari. [8
...di rumah Nek Kiah. Contohnya, Seman memujuk ibunya, Nek Kiah agar
menjual tanah pusaka seluas lima ekar yang bersambung dengan tapak rumah Saleha
semasa berada di rumah Nek Kiah.
...di Hospital Permai, Johor Bahru. Contohnya, Dahlia bertemu dengan Azhari
secara tidak sengaja ketika Dahlia melawat ibunya yang sedang menerima rawatan
pemulihan di Hospital Permai akibat penyakit kemurungan yang dihidapinya itu.
...di Sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim. Contohnya, Dahlia, Kavita, dan
Siti Wangi menuntut ilmu di sekolah ini sebagai murid tingkatan enam dan bakal
menduduki peperiksaan STPM pada penghujung tahun itu.
Hospital Batu Pahat. Tempat Saleha dimasukkan ke Wad 6: wad psikiatri
sebelum dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru.
7(b) Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam sebuah
novel yang telah anda
pelajari. [8 ]
...kita mestilah sabar menghadapi
cabaran dan dugaan hidup. Contohnya, Dahlia sabar berhadapan
dengan sikap prejudis neneknya,
Nek Kiah dan Mak Aton yang mengeluarkan kata-kata yang kesatterhadap dirinya dan ahli keluarganya.
...kita mestilah gigih dan tekun untuk menuntut ilmu. Contohnya, Dahlia gigih
belajar tanpa mengenal erti jemu dan penat sebagai persediaannya untuk menghadapi peperiksaan
STPM walaupun terpaksa berkorban masa
dan tenaga kerana menjaga adik- adiknya selepas ibunya dimasukkan ke hospital.
...kita mestilah berani bertindak dengan
pantas untuk menyelamatkan nyawa orang
lain. Contohnya, Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berkeladak dan berarus deras untuk
menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai
sungguhpun dia hanyalah seorang gadis.
... Kita mestilah bersabar menghadapi
cabaran dan dugaan hidup. Contohnya, Dahlia bersabar apabila berhadapan dengan
sikap prejudis dan kata-kata kesat daripada neneknya, Nek Kiah dan Mak Aton
terhadap dirinya dan ahli keluarganya.
... Kita hendaklah tegas dalam membuat
keputusan. Contohnya, Dahlia mengatakan pendiriannya dengan tegas bahawa dia hanya akan berkahwin dengan
Azhari setelah dia berjaya dalam pelajarandan
dapat membantu keluarganya
terlebih dahulu.
... Kita perlulah berdikari dalam melaksanakan sesuatu perkara. Contohnya,
Dahlia pergi ke Hospital Permai, Johor Bahru seorang diri tanpa ditemani oleh orang lain untuk mengunjungi ibunya, Saleha yang sedang
menerima rawatan di situ.
8 (b) Teknik dialog mempunyai fungsi penting dalam penggarapan cerita
sesebuah novel. Huraikan kepentingan teknik dialog dalam penggarapan cerita
berdasarkan novel yang telah anda pelajari.
...pembaca merasakan bahawa watak-watak dalam novel benar-benar hidup.
Contohnya, melalui dialog Dahlia yang terucap dalam berbagai-bagai situasi dari
bab pertama hingga bab akhir, pembaca dapat merasakan bahawa watak ini
benar-benar hidup.
...menjelaskan sesuatu isu, perkara atau kejadian. Contohnya, melalui
perbualan antara Dahlia dengan Doktor Ridhuan, pembaca dapat mengetahui
perkembangan sebenar kesihatan ibunya yang sedang menjalani rawatan akibat penyakit
kemurungan di Hospital Permai, Johor Bahru.
... menggambarkan perwatakan watak dengan lebih jelas. Contohnya, melalui
kata-kata yang diungkapkan oleh Aton terhadap orang-orang kampung mengenai
Embong dan Dahlia, pembaca dapat membuat penilaian bahawa dia merupakan seorang
yang busuk hati dan suka beradu domba.
9(b) Berikan tiga unsur gaya bahasa berserta dengan contoh yang sesuai.
...bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Contohnya, assalamualaikum; the
best man win.
... peribahasa
dan simpulan bahasa. Contohnya, berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul; mulut tempayan.
... simile.
Contohnya, Abu Bakar memandang wajah adiknya itu seperti mahu menelan;
keriangan benar-benar bagai awan putih di langit.
10 (b) Anda telah mengkaji novel dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS.
Anda berpendapat bahawa peristiwa yang
dipaparkan dalam novel tersebut sesuai dan tepat. Berikanalasan anda. [8 markah]
...peristiwa dalam novel adalah peristiwa yang realistik dan berpijak
di bumi nyata. Contohnya, peristiwa Dahlia yang cuba untuk menyelamatkan
Said yang lemas di sungai
tetapi gagalmerupakan peristiwa
yang realistik.
...peristiwa yang dipaparkan mampu menegur
dan mendidik masyarakat secara halus. Contohnya, peristiwa Nek Kiah yang bersikap prejudis terhadap
cucunya, Dahlia telah membuka mata pembacaakan
kesan buruk akibat bersikap negatif seperti itu.
...peristiwa yang dipaparkan dan diolah selari
dengan konflik atau peleraian yang dikemukakan. Contohnya, konflik
yang berlaku antara Dahlia dengan Nek Kiah yang pada awalnya tidakmembenci
Dahlia dan keluarganya tetapi akhirnya berasa insaf dan sedar akan kesilapannya.
14b. watak utama: Dahlia
gigih - Dahlia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk
berjaya dalam STPM walaupun dia menghadapi pelbagai cabaran hidup, seperti
emaknya menghidap sakit mental, ayahnya dipatuk
ular, adiknya (Abu Bakar) gemar berpelesiran,
dan Nek Kiah sentiasa menyakitkan hatinya
- kegigihannya dapat dijadikan teladan kerana
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
berani - Dahlia terjun ke dasar sungai
di depan rumahnya untuk menyelamatkan Said walaupun pada ketika itu arus sungai
sangat deras - keberanian
Dahlia dipuji oleh Tauke Lim -
keberaniannya dapat dijadikan teladan kerana
berani menempuh cabaran dalam
usaha membantu orang lain
15b. teknik imbas kembali - Embong teringat akan Saleha yang pernah
menghalau penagih hutang, iaitu Aton walhal hutang itu telah dijelaskan oleh
Saleha - dalam ingatan Embong, peristiwa itu berlaku tiga atau empat tahun yang
lalu
teknik imbas muka - Dahlia membayangkan kata-kata emaknya kepadanya sewaktu
dia ingin melawat emaknya di Hospital Taman Bahagia
dia membayangkan emaknya berbual-bual dengannya
16b.Klimaks plot-konflik, cabaran
Saleha sudah sembuh dan
dibenarkan pulang - Nek Kiah pula sakit dan
dibawa ke hospital untuk dirawat - selepas itu, sikap Nek Kiah berubah menjadi baik setelah sedar
akan keluhuran budiEmbong
sekeluarga
Nek Kiah tidak jadi menjual tanah
tapak rumah Dahlia - peristiwa itu dianggap klimaks kerana pada ketika inilah semua
masalah Dahlia yang menyebabkan perasaannya tertekan mula
selesai / berakhir
17b.Satu peristiwa pengakhiran cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri
cerita tersebut:
... Peristiwa Dahlia yang bergegas ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala
Lumpur dari rumahnya walaupun majlis pertunangannya dengan Azhari belum selesai
sepenuhnya.
... Pengarang wajar mengakhiri cerita sedemikian sebagai membuktikan Dahlia
ingin segera ke stesen bas supaya dia tidak ketinggalan menaiki bas ekspres ke
Kuala Lumpur bagi mengejar impiannya.
18b.Satu watak sampingan dan perwatakannya:
... Watak sampingan - Embong ... Perwatakannya - bersikap penyabar ketika menghadapi fitnah. Contohnya, Embong sabar dengan tuduhan dan fitnah Aton yang
mengaitkannya dengan kematian anak lelaki tunggalnya, Said.
Sinopsis
Dahlia, pelajar tingkatan enam atas menempuh pelbagai cabaran dalam
hidupnya. Keluarganya yang miskin menumpang di tanah milik neneknya, Nek Kiah.
Haji Sulaiman dan Tauke Lim banyak membantu keluarga mereka. Emaknya, Saleha
mengalami tekanan perasaan sehingga hilang ingatan dan terpaksa dirawat di
Hospital Taman Bahagia, di Johor Bahru. Ayahnya, Embong pula dipatuk ular dan
dimasukkan ke dalam wad selama beberapa hari. Adiknya, Abu Bakar mahu
berseronok-seronok sahaja.
Ketiadaan Saleha di rumah menyebabkan Dahlia terpaksa menguruskan
adik-adiknya yang masih kecil, iaitu Anggerik, Kiambang, dan Melati. Dia
terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menjaga
adik-adiknya. Cikgu Hisyam dan kawan baiknya, Kavita memberi dorongan kepada
Dahlia supaya terus bersekolah kerana dia mempunyai peluang yang cerah untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam STPM.
Azhari, seniornya semasa di sekolah sebelum ini menyuarakan hasrat hati
untuk melamar Dahlia. Dahlia menolaknya kerana mahu belajar dahulu dan bekerja
untuk membantu keluarganya. Namun demikian, Azhari tetap tegas dengan
keputusannya lalu menghantar rombongan untuk merisik Dahlia. Embong dan Dahlia
sendiri tidak memberi sebarang keputusan yang pasti kepada Azhari. Pada masa
yang sama, Najib juga menyimpan perasaan terhadap Dahlia.
Dahlia dipandang serong oleh penduduk kampung apabila dia dikunjungi oleh
Azhari dan Najib. Aton yang sememangnya mendendami Dahlia kerana menyangka
Dahlia sebagai punca kematian anaknya, Said telah menyampaikan htnah kepada
Hajah Maimon, isteri Haji Sulaiman. Dahlia amat sedih akan tuduhan itu tetapi
Abu Bakar memujuknya. Barulali Abu Bakar sedar akan beban berat yang ditanggung
oleh kakaknya selama ini sedangkan dia tidak mempedulikan hal keluarganya.
Peristiwa itu menyebabkan Abu Bakar insaf akan kesilapannya.
Nek Kiah memberitahu Dahlia bahawa tanah yang didiaminya sekarang akan
dijual kepada pihak lain. Jika Dahlia mahu tinggal di tanah itu, keluarganya
perlu membayar sebanyak RM15 000. Nek Kiah bertindak begitu kerana desakan
daripada Seman, abang Saleha yang menghadapi masalah hutang.
Saleha pulang ke rumah setelah penyakitnya sembuh. Embong juga sudah
semakin sihat. Dahlia sudah dapat kembali ke sekolah dan bersiap sedia
menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Azhari datang ke rumah Dahlia lagi
bersama-sama keluarganya. Dahlia mengajaknya melawat Nek Kiah yang sakit dan
sudah agak lama tidak dilawatinya. Dahlia terkejut apabila melihat keadaan
neneknya yang uzur. Nek Kiah dibawa ke hospital dan dirawat beberapa hari di
wad.
Selepas keluar dari wad, Nek Kiah tinggal di rumah Dahlia. Nek Kiah mula
insaf akan kesilapannya. Dia sedar bahawa hanya keluarga Dahlia yang
benar-benar menjaganya sedangkan Seman dan cucunya yang lain langsung tidak
kelihatan. Selepas itu, Nek Kiah tidak membangkitkan isu tanah yang hendak
dijualnya itu lagi.
Kampung tersebut dilanda banjir sehingga penduduk terpaksa berpindah ke
tempat pemindahan termasuk keluarga Embong. Dahlia tetap mengulang kaji
pelajaran meskipun keadaan tidak selesa. Haji Sulaiman pula menegur penduduk
kampung yang bersikap mementingkan diri. Dia berharap agar penduduk akan lebih
mengambil berat terhadap satu sama lain. Impian itu terkabul apabila penduduk
bergotong-royong membina rumah Dahlia semula kerana rumah itu roboh akibat
dilanda banjir.
Keluarga Azhari datang ke rumah Dahlia untuk berbincang mengenai tarikh
pertunangan Dahlia dengan Azhari. Mereka menetapkan tarikhnya pada 30 Disember,
iaitu selepas Dahlia menamatkan peperiksaan STPM.
Sementara itu, Encik Daim datang ke rumah Dahlia bagi memaklumkan bahawa
Dahlia telah terpilih untuk mengikuti pengajian di Jepun selama empat
tahun. Sebelum pergi ke Jepun, Dahlia perlu
mengikuti kursus mempelajari bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti
Malaya dan perlu melaporkan diri pada 31 Disember. Pada hari pertunangan, Dahlia bersiap
sedia menanti kedatangan rombongan keluarga Azhari. Namun demikian, rombongan
tersebut masih belum sampai hingga petang sedangkan Dahlia terpaksa berangkat
ke Kuala Lumpur. Emak dan ayahnya menyampaikan beberapa pesanan manakala Nek
Kiah menghadiahkan seutas gelang pusaka kepadanya. Haji Sulaiman pula
menyampaikan sumbangan wang daripada penduduk kampung kepada Dahlia, termasuk
daripada Tauke Lim.
Azhari muncul di tempat menunggu bas. Dia memberitahu Dahlia bahawa dia
terlewat kerana bapa saudaranya lewat sampai. Sebelum Dahlia berangkat, Azhari
memberikan sehelai songket berbenang emas kepada Dahlia sambil berpesan agar
Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun di mana-mana dia
berada.
1.(a) huraikan dua contoh yang boleh dikaitkan dengan persoalan
berkaitan ketaatan. [7 markah]
Berdasarkan
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, contoh
yang boleh dikaitkan dengan persoalan berkaitan ketaatan ialah ketaatan seorang
_anak__________terhadap perintah _ibu bapa__. Contohnya, Dahlia menunjukkan
sifat taat akan suruhan ibu bapanya apabila Dahlia sanggup__mengetepikan__
kepentingan diri untuk memastikan adik-adiknya mendapat penjagaan yang
sempurna. Contoh seterusnya yang boleh dikaitkan dengan persoalan
berkaitan ketaatan ialah ketaatan anak-anak terhadap perintah__bapa_____.
Contohnya, Melati, Mawar, dan Kiambang taat akan suruhan bapa mereka dengan
__bergilir-gilir_____
menjaga Anggerik semasa ketiadaan ibu mereka yang sedang menerima rawatan
di hospital.
2.(a)Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan keistimewaan
watak utamasehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca. [7 markah\
Berdasarkan
novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, watak
utama dalam novel ini ialah Dahlia. Keistimewaan watak utama sehingga
menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca ialah Dahlia seorang yang___berhemah
tinggi____ . Contohnya, Dahlia tidak membalas dengan kata-kata yang kasar
atau kesat apabila Mak Aton__memaki hakumnya
sebagai perempuan yang tidak baik. Keistimewaan watak utama yang seterusnya
ialah Dahlia seorang yang__bertanggungjawab_______________ .
Contohnya, Dahlia bersedia untuk menjaga adik bongsunya, Anggerik dan
adik-adiknya yang lain __sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital kerana
dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam keluarga.
3(a)Berikan dua contoh ketabahan watak utama yang dapat dijadikan teladan.
... ketabahan watak utama ini dapat dilihat apabila Dahlia sanggup menerima
tawaran mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan selama empat tahun di Jepun
sebagai bekalan masa depannya walaupun berjauhan dengan keluarga tercinta.
... ketabahan lain berlaku dalam contoh peristiwa Dahlia menempuh semua
dugaan dan masalah yang berlaku dalam keluarganya dengan cekal dan tabah
sepanjang tempoh ibunya menerima rawatan di hospital.
4(a)dua peristiwa menyayat hati:
... Peristiwa semasa mengemas bawah rumah yang berselerak, Bakar telah
menemukan dua biji telur ayam berwama hitam dan berbau busuk yang mengandungi
pelbagai bahan untuk tujuan sihir dan khianat terhadap ahli keluarganya.
... Peristiwa Embong sekeluarga bergilir-gilir menjaga Nek Kiah selama dia
berada di hospital itu. Nek Kiah berasa bersalah atas sikap prejudisnya
terhadap Embong sekeluarga. Nek Kiah tinggal di mmah Embong setelah dibenarkan
pulang dari Hospital Batu Pahat.
5(a) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan
teladan oleh pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang dapat dijadikan
teladan.
Peristiwa Dahlia sanggup menerima tawaran mengikuti Kursus Pengurusan
Perniagaan pada peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun demi masa
hadapannya walaupun dia terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta - Peristiwa
ini dapat dijadikan teladan kerana kita hendaklah berkorban untuk mencapai
cita-cita.
Peristiwa Dahlia menempuh dugaan yang berlaku dalam keluarganya dengan
tabah sepanjang tempoh ibunya menerima rawatan di hospital akibat menghidap
penyakit kemurungan - Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita
hendaklah bersabar dalam menghadapi dugaan hidup.
Peristiwa Embong yang tetap melayani ibu mentuanya, Nek Kiah dengan baik
walaupun ibu mentuanya itu bersikap prejudis terhadap Embong sekeluarga -
Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita tidak seharusnya menyimpan
perasaan dendam terhadap orang lain terutamanya terhadap ahli keluarga.
6 (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua kepincangan
masyarakatyang terdapat dalam novel
itu. [7 ]
Kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel: ...masyarakat yang
mempunyai sifat dendam yang menebal. Contohnya, Mak Aton menuduh Dahlia sebagai
orang yang membunuh anaknya, Said manakala Embong pula dituduh sebagai
perancang kematian anaknya itu disebabkan dendam kesumat yang masih berbekas
dalam hatinya terhadap Saleha yang pemah menghalaunya sewaktu dia datang untuk
mengutip hutang.
...masyarakat yang memandang serong terhadap orang lain. Contohnya, Nek
Kiah dan Mak Aton sering memandang serong dan bersikap prejudis terhadap Dahlia
dan keluarganya.
7(a)cabaran-cabaran yang dihadapi watak utama:
... Cabaran Dahlia bermula dengan kegagalannya dalam usaha memujuk dan
membawa ibunya yang mengalami masalah kemurungan, bercakap sendirian dan
sesekali ketawa di kebun getah untuk balik ke rumah. Di situlah cabaran yang
dilaluinya bermula daripada peristiwa ibunya, Saleha yang mengalami penyakit
kemurungan dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan
pemulihan.
... Cabaran berikut ialah berkaitan dengan fitnah Aton terhadap dirinya.
Aton memaki hamun dan menuduh Embong sebagai perancang kematian Said dan Dahlia
dikatakan sebagai orang yang membunuh anaknya itu dan menyebabkan sesetengah
penduduk kampung yang tidak tahu cerita sebenar turut terpengaruh oleh cerita
palsu Aton. Akibat dendam yang membara, Aton semakin galak menyindir dan
memhtnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak.
8a. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, nyatakan dua
peristiwa bahagian permulaan dan jelaskan sebab peristiwa itu
menarik minat anda untuk meneruskan pembacaan.
Sebab
peristiwa bahagian permulaan menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan:
...peristiwa ibu Dahlia yang bersikap pelik sejak beberapa hari seperti
bercakap sendirian di bawah pokok getah dan merayau tidak tentu arah apabila
menjelangnya waktu senja. Peristiwa itu menarik minat saya untuk meneruskan
pembacaan kerana saya ingin mengetahui punca keadaan ibu Dahlia menjadi
sedemikian dan nasib ibu Dahlia selanjutnya.
...hubungan antara Azhari dengan Dahlia yang digambarkan sebagai pasangan
bercinta. Peristiwa itu menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan kerana
saya ingin mengetahui kesudahan hubungan antara mereka berdua.
9(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua
pengajaran tentang tanggungjawab yang terdapat dalam novel
tersebut.
Pengajaran tentang tanggungjawab:...Doktor Ridhuan bersikap amanah dalam
menjalankan tugasnya sebagai pegawai perubatan kesihatan dengan berusaha
mengenal pasti punca dan kaedah penyelesaian untuk mengubati penyakit Saleha.
Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab terhadap tugas dengan sebaiknya dan
memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap tugas tersebut.
...sebagai anak sulung, Dahlia mengunjungi ibunya, Saleha yang sedang
menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan sanggup mengeluarkan
wang biasiswanya untuk membeli tiket bas dan membayar tambang teksi. Kita
hendaklah bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap ibu dan ahli keluarga
yang ditimpa kesusahan.
10(a) Huraikan dua contoh peristiwa yang boleh dikaitkan dengan nilai
kasih sayang. [7 markah]
Contoh
peristiwa yang boleh dikaitkan dengan nilai kasih sayang. Contohnya kasih
sayang seorang anak terhadap ibu. Contohnya, Dahlia amat menyayangi
ibunya kerana dia berusaha untuk mengunjungi ibunya, Saleha yang sedang
menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan sanggup mengeluarkan
wang biasiswanya untuk membeli tiket bas dan membayar tambang teksi.
...kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Contohnya,
Embong sangat menyayangi isterinya, Saleha yang sedang dirawat di Hospital
Permai, Johor Bahru akibat penyakit kemurungan. Dia sentiasa berdoa agar
isterinya itu sihat dan kembali dengan segera ke pangkuan mereka sekeluarga.
... kasih sayang ibu bapa kepada anak. Embong dan Saleha sangat
menyayangi anak-anak mereka, iaitu Dahlia, Abu Bakar, Mawar, Kiambang, Melati
dan Anggerik.
... belas kasihan. Tauke Lim bersimpati terhadap Embong yang berhadapan
dengan masalah kesihatan isterinya, masalah anak lelaki tunggalnya yang menjadi
kutu rayau dan masalah ibu mentuanya yang bersikap prejudis terhadap
keluarganya.
11a. Konflik merupakan satu teknik penceritaan yang dapat
mengembangkan sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utama
dan cara watak itu menyelesaikan konflik tersebut.
... watak utama dalam novel ini ialah Dahlia.
...konflik antara Dahlia dengan neneknya, Nek Kiah. KonAik ini tercetus
apabila neneknya sentiasa bersikap prejudis terhadapnya seperti memanggilnya
sebagai perempuan yang tidak baik. Dahlia menangani konflik dengan neneknya itu
dengan bersabar.
... konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani. Konflik ini berlaku
disebabkan kesalahan Dahlia yang tiba lewat di sekolah. Cikgu Salwani cuba
mengenal pasti punca perkara itu berlaku. Dahlia menangani konfliknya itu
dengan menerangkan punca kelewatannya ke sekolah dan mengambil keputusan untuk
keluar sementara dari asrama sekolahnya.
12a. Huraikan dua peristiwa berkaitan dengan konflik:
... Peristiwa yang berkaitan dengan konflik dalam novel ini adalah apabila
Dahlia tiba di Hospital Batu Pahat untuk melawat ibunya yang menerima rawatan
di situ, namun Haji Sulaiman memaklumkan kepadanya bahawa ibunya telah
dipindahkan ke Hospital Permai di Johor Bahru, Johor.
... Peristiwa lain yang dikatakan konflik adalah apabila Dahlia dikatakan
sebagai pembunuh menyebabkan sesetengah penduduk kampung yang tidak tahu cerita
sebenar turut terpengaruh oleh cerita palsu Aton. Seman pula memfitnah adik
iparnya Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang katanya menjadi punca Saleha
menjadi gila selain memujuk dan mencadangkan emaknya agar menjual tanah pusaka
seluas lima ekar termasuklah tapak rumah Embong.
13a. Huraikan dua nilai tanggungjawab yang terkandung
dalam novel tersebut.
...tanggungjawab seorang suami terhadap kesihatan isteri. Contohnya, Embong
membenarkan Haji Sulaiman dan tiga orang kakitangan Hospital Batu Pahat membawa
isterinya, Saleha bagi mendapatkan rawatan pemulihan di hospital dengan harapan
supaya isterinya itu akan sembuh seperti sedia kala selepas menjalani rawatan.
...tanggungjawab seorang pemimpin terhadap anggota masyarakat di
kampungnya. Contohnya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) Parit Haji Rais, Haji Sulaiman menunaikan tanggungjawabnya
seperti terlibat dalam majlis sambutan Maulidur Rasul dan menjalankan aktiviti
bergotong- royong bagi membina semula rumah baharu Embong yang telah musnah
akibat banjir.
14a. Berikan dua contoh hubungan antara satu watak dengan satu
watak yang lain dan bincangkan kepentingan hubungan antara
watak itu.
... hubungan adik-beradik antara Dahlia dengan Anggerik. Kepentingannya
ialah sebagai anak sulung, Dahlia banyak membantu bapanya, Embong dalam
menguruskan adik- adiknya terutamanya Anggerik sepanjang ibunya berada di
hospital.
... hubungan guru dengan murid, iaitu antara Cikgu Hisyam dengan Dahlia.
Kepentingannya ialah sebagai guru kelas, Cikgu Hisyam mendidik dan membantu
murid-muridnya, termasuklah Dahlia untuk menghadapi peperiksaan STPM di samping
turut memberikan galakan kepadanya untuk belajar dengan bersungguh- sungguh.
15a. Anda telah mempelajari teks novel dan anda berpendapat bahawa novel
itu amat sesuai dijadikan bahan bacaan remaja. Berikan alasan anda berhubung
dengan pendapat anda tersebut.
... mengandungi banyak nilai murni yang baik dan boleh dicontohi oleh
remaja. Contohnya, Dahlia yang tetap bersabar dengan sikap prejudis neneknya
yang menggelarnya sebagai perempuan yang tidak baik.
... memaparkan watak-watak remaja yang mampu mempengaruhi jiwa remaja.
Contohnya, peristiwa Dahlia yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan STPM walaupun terpaksa membahagi- bahagikan masa untuk belajar dan
menjaga adiknya dapat mempengaruhi remaja agar bijak menguruskan masa dengan
tidak mengabaikan pelajaran.
... mengandungi pengajaran yang berguna untuk dijadikan teladan oleh
remaja. Contohnya, sikap berani Dahlia yang pergi ke Johor Bahru secara
bersendirian untuk menziarahi ibunya di Hospital Permai dapat menjadi teladan
kepada remaja agar sentiasa mempunyai keberanian dalam diri.
16a.Nyatakan satu watak antagonis dan bincangkan pertentangan watak itu
dengan watak utama novel tersebut.
... Pertentangan watak mula berlaku apabila Aton memaki hamun dan menuduh
Embong sebagai perancang kematian Said. Dahlia turut dituduh membunuh anaknya
itu hingga sesetengah penduduk kampung yang tidak tahu cerita sebenar turut
terpengaruh oleh cerita palsu Aton. Akibat dendam yang membara, Aton semakin
galak menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak
semasa mereka bersama-sama menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul
peringkat Kampung Parit Haji Rais. Kata-kata fitnah Aton itu telah. mengundang
rasa marah Bakar yang kemudiannya cuba untuk menyerang Aton tetapi berjaya
dihalang oleh Haji Sulaiman. Ketika di rumah, Bakar memujuk kakaknya yang
sedang menangis dan bersedih atas tohmahan dan fitnah Aton itu.
watak antagonis: Aton
suka membuat fitnah - apabila melihat kepulangan Dahlia dihantar oleh
Azhari, kemudian Azhari datang ke rumah Dahlia serta diikuti oleh Najib, dia
menyampaikan berita tersebut kepada Hajah Maimon, isteri Haji Sulaiman -
kepentingan perwatakannya ini adalah untuk menjadikan perwatakan Dahlia lebih
tabah dan cekal
pendendam - Aton mendendami Dahlia atas kematian anaknya,
Said yang lemas di sungai – dia menuduh Dahlia sebagai punca anaknya mati
lemas kerana Dahlia lambat menyelamatkan anaknya itu - kepentingan
perwatakannya ini adalah untuk mengembangkan plot cerita tersebut
17a. Huraikan dua peristiwa menarik:
... Peristiwa cikgu Salwani memarahi dan menegur Dahlia kerana terlewat
datang ke sekolah - peristiwa ini menarik kerana dapat memperlihatkan sifat
keprihatinan yang tinggi seorang guru terhadap anak muridnya ... Peristiwa Nek
Kiah menerangkan kegunaan dan pengertian sirih pinang sebagai simbol budaya
dalam adat perkahwinan bangsa Melayu secara mendalam kepada Dahlia - peristiwa
ini. menarik kerana penerangan Nek Kiah itu dapat memberikan pengetahuan dan
ilmu yang amat berguna kepada Dahlia dan para pembaca
18a.Cara watak utama menghadapi cabaran: Watak utama: Lia/Dahlia/Dahlia
binti Embong
... Cabaran berdepan dengan sikap prejudis dan kata-kata kurang sopan
daripada neneknya, Nek Kiah - Dahlia menghadapi cabaran tersebut dengan
bersikap sabar, sentiasa berfikir secara positif, dan berbuat baik kepada
neneknya itu.
... Cabaran berdepan dengan ketiadaan ibu untuk menguruskan keluarga -
Dahlia terpaksa keluar dari asrama sekolah dan berulang-alik dari rumah ke
sekolah untuk menjaga adik- adiknya, terutama adik bongsunya, Anggerik ketika
bapanya pergi bekerja. Hal ini demikian kerana ibunya, Saleha masih menerima
rawatan dan ditahan di Hospital Permai, Johor Bahru atas penyakit kemurungannya
itu.
19a. Sebab pengarang menimbulkan konflik antara watak:
... Konflik menjadikan cerita menarik perhatian pembaca. Contohnya, konflik
yang dihadapi antara Embong dengan ibu mentuanya, Nek Kiah - disebabkan faktor
Embong merupakan anak dagang yang yatim piatu dan tidak berharta, Nek Kiah
tidak merestui perkahwinan Embong dengan anak perempuannya, Saleha. Nek Kiah
sering menyalahkan Embong atas permasalahan yang berlaku kepada anak
perempuannya dan ahli keluarganya itu. .
... Konflik dapat memanjangkan cerita. Contohnya, konflik antara Embong
dengan Aton - disebabkan faktor dendam yang tidak berkesudahan, Aton sering
menabur fitnah dan memburuk-burukkan Embong, Saleha, dan Dahlia walaupun Dahlia
berusaha menyelamatkan nyawa anaknya, Said yang tenggelam di dasar sungai.
20a.Perasaan saya sebagai pembaca:
... Perasaan sedih dan kecewa dengan sikap prejudis dan berburuk sangka
seorang nenek terhadap cucunya. Contohnya, Nek Kiah menuduh cucunya sebagai
seorang perempuan yang tidak baik apabila melihat dua orang kawan Dahlia, iaitu
Najib dan Azhari datang ke rumahnya ketika bapanya masih menerima rawatan di
Hospital Batu Pahat dan ketika ibunya masih ditahan untuk rawatan lanjut di
Hospital Permai, Johor Bahru.
... Perasaan gembira dan bangga terhadap kejayaan seorang gadis dalam
pelajarannya. Contohnya, kejayaan Dahlia yang terpilih oleh Jabatan Pelajaran
Negeri Johor untuk mengikuti kursus Pengurusan Pengajian Perniagaan di Jepun
pada peringkat ijazah pertama selama empat tahun amat membanggakan seluruh ahli
keluarga dan penduduk Kampung Parit Haji Rais.
... Perasaan benci dan marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan seorang abang terhadap ahli keluarga adik kandungnya. Contohnya, Seman yang merupakan abang Dahlia yang sulung telah menghasut ibunya, Nek Kiah untuk membenci adik iparnya, Embong dan keluarganya dengan memburuk-burukkan Embong.
21a. Satu peristiwa pengakhiran cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri
cerita tersebut:
... Peristiwa Dahlia yang bergegas ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke
Kuala Lumpur dari rumahnya walaupun majlis pertunangannya dengan Azhari belum
selesai sepenuhnya.
... Pengarang wajar mengakhiri cerita sedemikian sebagai membuktikan Dahlia
ingin segera ke stesen bas supaya dia tidak ketinggalan menaiki bas ekspres ke
Kuala Lumpur bagi mengejar impiannya.
22a.Nilai pengorbanan
(a) Embong berkorban masa dan
tenaga demi mencari rezeki untuk menyara keluarganya. Dia bekerja dengan gigih,
seperti bekerja di estet, mengambil upah memotong buah kelapa sawit di kebun
orang lain, dan memelihara kambing. Walaupun baru keluar dari wad akibat
dipatuk ular, Embong terus bekerja bagi mendapatkan wang.
(b) Dahlia sanggup berkorban
demi menjaga adik-adiknya di rumah sewaktu emak dan ayahnya menerima rawatan di
hospital. Dia sanggup keluar dari asrama, malahan ponteng sekolah beberapa hari
untuk menguruskan adik-adiknya di rumah.
23a.Cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang
dihadapinya:
... Konflik - sikap prejudis nenek Dahlia, Nek Kiah terhadap Dahlia dan
anggota keluarganya ... Cara penyelesaian - Dahlia sentiasa bersabar dan
berbuat baik terhadap neneknya itu seperti mengambil berat dan menjaga Nek Kiah
ketika beliau terlantar sakit.
24a.Persoalan keberanian:
... Persoalan keberanian bergelut dengan haiwan berbahaya. Contohnya,
Embong berani bertarung seterusnya membunuh ular sawa sebesar peha yang cuba
membelitnya ketika dia membersihkan kebun sawit di Parit Haji Kadir.
... Persoalan keberanian menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang
lain. Contohnya, Dahlia berani terjun ke sungai yang berkeladak dan berarus
deras bagi menyelamatkan Said yang baru sahaja tenggelam ke dasar sungai.
26a.Kesudahan cerita:
... Saya kurang bersetuju dengan kesudahan cerita novel ini. Pengakhiran
novel yang sepatutnya, majlis pertunangan antara Azhari dengan Dahlia tersebut
dapat disudahkan dengan majlis menyarung cincin. Aton yang berhati busuk
menerima balasan, iaitu berubah sikap menjadi gila/ kurang siuman akibat
tekanan perasaannya atas kematian anak lelaki tunggalnya, Said. Masyarakat
kampung yang mempercayai kata- kata fitnah daripada Aton mulai sedar dan
memohon maaf kepada Embong dan keluarganya. Seman pula mendapat balasan seperti
rumahnya terbakar dan dia disah- kan menghidap penyakit jantung akibat terkejut
dengan tindakan emaknya membatalkan urusan penjualan tanah pusakanya itu.
27a) Huraikan persoalan kerjasama yang terdapat dalam
novel
Penduduk kampung bekerjasama setelah mereka ditegur oleh Haji Sulaiman.
Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang roboh akibat dilanda
banjir......Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk
diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran. Haji Sulaiman
bekerjasama dengan pihak Hospital Batu Pahat untuk membawa Saleha ke hospital
tersebut bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
28a) Huraikan persoalan keinsafan yang terdapat dalam
novel tersebut.
Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang suka berpelesiran dengan
rakannya...Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang sanggup menjual kambing
abahnya. Perasaan insaf itu telah mendorong Abu Bakar berbuat baik kepada
mereka, seperti membersihkan kawasan persekitaran rumah.
... Nek Kiah insaf akan kesalahannya yang memandang serong
terhadap keluarga Dahlia. Sewaktu Nek Kiah sakit hanya Dahlia dan keluarganya
yang menjaga beliau.
29a) Huraikan persoalan kesabaran yang terdapat dalam
novel.
Persoalan kesabaran dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan. Dahlia
tetap bersabar apabila Aton _memfitnahnya sewaktu dihantar oleh
Azhari. Dahlia tetap bersabar apabila Aton mengatakan bahawa dia
pembunuh Said. Dahlia bersabar mengharungi kehidupannya walaupun keluarga
mereka hidup dalam serba kedaifan. Dahlia tetap bersabar melayan Nek
Kiah yang membenci keluarganya.
Dahlia sabar menempuh ujian Tuhan terhadapnya. Emaknya sakit akibat tekanan
perasaan, kemudian dia difitnah oleh Aton atas kematian anaknya dan hubungannya
dengan Azhari serta Najib. Tidak lama selepas itu, ayahnya pula sakit akibat
dipatuk ular. Dia juga bersabar dengan sikap Abu Bakar yang menyakitkan hatinya
dan Azhari yang sering mendesaknya untuk bertunang. Semua ujian tersebut
dihadapi oleh Dahlia dengan sabar dan dia reda akan ketentuan Tuhan.
1.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
jelaskan dua peristiwa yang memaparkanpersoalan perhubungan
kekeluargaan yang terdapat dalam novel
tersebut. [7 markah]
Dua peristiwa yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan ialah
hubungankekeluargaan antara nenek dengan cucunya. Contohnya, nenek
sentiasa mengawasi dan menjaga
keselamatan Lili sepanjang Lili menghabiskan cuti
sekolahnya di rumahnya. Seterusnya, hubungan kekeluargaan antara bapa saudara dengan anak saudara. Contohnya, Rashid mencubamenggembirakan hati Lili dengan menunaikan完成 hajat希望 Lili pergi bertandang拜访 ke rumahChe Jah secara sembunyi kerana nenek Lili telah melarang Lili pergi ke sana.
2.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga peristiwa
yang memaparkan nilai kerjasama dalam
novel tersebut.[8 ] 6+2
Tiga peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama ialah Geetha bekerjasama dengan Lili mendakipuncak bukit bagi menyaksikan kejadian matahari terbenam. Seterusnya, Lili memberikan
kerjasama dengan mengakuri 听从arahan ibunya yang ingin menghantarnya balik bercuti dikampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu. Akhirnya, Che Jah telah memberikan kerjasamanya
dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila
dia dipanggil untuk menjadisaksi utama berhubung
kes keganasan rumah tangga oleh
suaminya itu.
3.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh
peristiwa yang menunjukkannilai tanggungjawab yang
terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]
Contoh peristiwa yang menunjukkan nilai tanggungjawab ialah tanggungjawab
seorang nenek terhadap cucunya .Contohnya,
nenek Lili/Hajah Aishah tidak membenarkan Lili ke rumah Che Jah kerana
bimbang akan keselamatan diri cucunya itu. Seterusnya, tanggungjawab sesama之间sahabat.
Contohnya, Danel berjaya menyelamatkan Lili daripada menjadi
orang tahanan Rafiq dan Haziq
kerana dia berasa bertanggungjawab terhadap
semua kejadian yang berlaku itu.
4.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga
latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut. [8 markah]
Latar tempat ialah rumah datuk di Kampung
Sentosa. Contohnya, Lili menghabiskan cuti sekolah selama dua minggu di rumah datuknya.
Seterusnya, kedai runcit Letchumi .
Contohnya, Lili mengikut neneknya pergi ke kedai runcit ini. Secara kebetulan,
Lili bertemu semula dengan Geetha. Akhirnya, rumah Che Jah. Contohnya, Lili dan Rashid telah
berkunjung ke rumah Che Jah untuk mengetahui perkembangan
lanjut tentang nasib Haziq dan Rafiq.
5.Berdasarkan sebuah novel yang nada pelajari, huraikan peristiwa
suka duka yang dirakamkan oleh
penulis dalam novel tersebut. (7m)
Peristiwa duka ialah peristiwa Lili yang menjadi orang tahanan Rafiq secara tiba-tiba. Perbuatan tersebut dianggap sebagai
suatu kejutan besar dan kejadian
yang meninggalkan kesan traumakepada
Lili. Seterusnya, peristiwa duka ialah Che Jah yang menjadi mangsa pukul suaminya dan mangsa peras ugut anak-anaknya. Perbuatan
tersebut merupakan suatu kes keganasan
rumah tanggayang meninggalkan kesan trauma dari segi emosi kepada Che Jah.
6. Pilihlah satu watak yang dianggap sebagai watak hitam dan berikan tiga
alasan anda memilih watak tersebut sebagai watak hitam. (8) antagonis/ pratagonis
Watak hitam ialah Rafiq. Alasannya ialah
seorang yang bersikap kejam dan
tidakberperikemanusiaan. Contohnya,
Rafiq telah menahan dan mengacukan pisau ke leher Lili sertamengurung dan mengikat Lili di sebuah pondok buruk. Seterusnya, seorang
yang ketagihan dadah jenis syabu.
Contohnya, Rafiq mengugut ibunya,
Che Jah supaya memberikannya duit bagi mendapatkan bekalan dadah. Akhirnya, seorang yang tidak mementingkan pendidikan. Contohnya, Rafiq
sering ponteng sekolah hingga menyebabkannya dibuang
sekolah.
7.Jelaskan tiga sebab novel tersebut hebat dan menarik. (7)
Tiga sebab novel ini hebat dan menarik ialah novel ini menunjukkan ketinggian ilmu yang
dimiliki oleh seseorang. Contohnya, Tuan
Haji Abdul Rahman (datuk Lili) memiliki ketinggian ilmu dalam bidang agama dan perubatan tradisional. Seterusnya, novel ini
menunjukkan kecekalan坚强 seorang gadis dalam mengharungi kehidupan walaupun berhadapan
dengan pelbagai cabaran. Contohnya,
Lili cekal berhadapan dengan segala konflik yang
berlaku di Kampung Sentosa.
Akhirnya, novel ini menunjukkan kerukunan和谐 dalam kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa. Contohnya, Lili, Geetha, dan
Danel bersahabat baik walaupun mereka berlainan agama,
bangsa, dan adat resam.
8.Jelaskan dua peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong.(8)
Dua peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong ialah peristiwa datuk
Lili yang berusaha untuk mencari ubat-ubatan
herba yang sesuai bagi menyembuhkan penyakit Kak Mimah. Seterusnya, peristiwa Kak Mimah dan Nadia yang berusaha dengan
sedaya upaya untukmembebaskan Che Jah daripada belenggu keganasan suaminya.
8. Jelaskan
dua peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong.(8)
Dua peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong ialah peristiwa datuk
Lili yang berusaha untuk mencari ubat-ubatan
herba yang sesuai bagi menyembuhkan penyakit Kak Mimah. Seterusnya, peristiwa Kak Mimah dan Nadia yang berusaha dengan
sedaya upaya untukmembebaskan Che Jah daripada belenggu keganasan suaminya.
9.Jelaskan tema dan contoh peristiwa yang menggambarkan tema tersebut. (8)
Tema novel ini ialah kecekalan seorang
gadis dalam menempuh渡过 berbagai-bagai ujian dan rintangan阻碍. Contoh peristiwa ialah peristiwa
Lili ditahan, dikurung, dan diikat
oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak mematahkan断 semangatnya untuk bersegera pulang ke Kuala Lumpur, sebaliknya menguatkan lagi
keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri
Rafiq sekali gus cuba membantunya. Seterusnya, peristiwa Lili yang
menaiki bas ekspres secara bersendirian dari Kuala Lumpur ke Dungun
membuktikan sifat cekal dan berdikari yang
mula dipupuk oleh Lili.
10. Nyatakan watak utama dan huraikan perwatakannya. (7)
Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Perwatakannya ialah Lili seorang
anak yang mentaatisuruhan ibu
bapanya. Contohnya, Lili mengakuri suruhan
ibunya yang menghantarnya pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun,
Terengganu. Seterusnya, Lili seorang yang baik
hati. Contohnya, Lili memaafkan kesalahan
Rafiq dan Haziq yang telah menahan, mengikat, dan mengurungnya di dalam sebuah
pondok buruk.
11. Watak utama lazimnya mendapat perhatian dan disukai oleh
pembaca.Berikan tiga alasan bagi menyokong pandangan anda dengan berdasarkan
novel yang telah anda kaji. [7 markah]
Watak utama ialah Lili seorang yang bijak
dalam pelajaran. Contohnya, Lili digambarkan sebagai seorang murid
yang pintar di sekolahnya
dan bakal将 menduduki peperiksaan SPM. Seorang anak yang mentaati suruhan ibu bapa. Contohnya,
Lili mengakuri cadangan ibunya
yang mahu menghantarnya pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu. Seorang yang berani. Contohnya, Lili berani
mengikut Geetha mendaki puncak
bukit pada suatu petangsemata-mata untuk
melihat kejadian matahari terbenam tanpa
ditemani oleh lelaki dewasa.
12.Kemukakan peristiwa dalam bahagian peleraian cerita dan nyatakan sama
ada anda bersetuju atau tidak dengan peristiwa tersebut. (8)
Peleraian cerita ini ialah Lili berasa lega apabila
berjaya menghabiskan cuti sekolahnya selama dua minggu di Kampung Sentosa tanpa
sebarang rungutan. Nasib Che Jah
dan dua orang anaknya, Haziq dan Rafiq telah mendapat perhatian daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Suami Che Jah telah dihadapkan ke muka pengadilan. Saya bersetuju dengan
peristiwa peleraian cerita kerana
orang yang bersikap kejam dan
tidak berperikemanusiaan, iaitu suami Che Jah dihadapkan ke muka pengadilan
bagi menerima hukuman yang setimpal dengan
kesalahan yang dibuat. Isu pertikaian争吵 pemasangan
kubah di bumbung surau yang
usang旧 selesai
kerana kubah itu telah dicuri dan dijual oleh suami Che Jah.
14.Huraikan tiga persoalan yang terkandung dalam novel tersebut.(7)
... ialah keganasan dalam rumah tangga.
Contohnya, Che Jah hidup menderita akibat sering menjadimangsa sepak suaminya yang bersikap panas baran, kaki judi,
dan pemabuk. Persoalan amanah信赖dalam menjalankan
tanggungjawab. Contohnya, sebagai
Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kak Mimah dan Nadia berusaha sedaya upaya membantu Che
Jah mengheret拉suaminya yang sering memukulnya
ke muka pengadilan. Persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapanya. Contohnya,
Lili amat menyayangi ibu dan bapanya. Dia tidak membantahapabila ibunya membuat keputusan untuk menghantarnya
pulang ke kampung untukmenghabiskan masa
cuti sekolah di Dungun, Terengganu.
15.Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda
kaji.[8 ]
…ialah nilai kasih sayang.
Contohnya, ibu Lili bertindak menghantar Lili ke kampung kerana mahu mendewasakan Lili. Tindakan ini dilakukan
kerana kasihnya yang mendalam terhadap Lili. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, sebagai Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Kak Mimah dan Nadia bersetuju untuk memikul tanggungjawab dan
berusaha sedaya upaya untukmembebaskan Che
Jah daripada kemelut问题 keganasan suaminya. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Danel bijak menangani解决 peristiwa Rafiq yang menahan dan
mengacukan pisau pada leher Lili dengan tidak membuat apa-apa tindakan demi
keselamatan nyawa rakannya itu. Nilai kesabaran. Contohnya, nenek
Lili sabar melayani kerenah Lili sepanjang Lili berada di rumahnya
selama dua minggu.
17. Jelaskan beberapa unsur kemasyarakatan berserta dengan contoh yang
terkandung dalam novel yang anda kaji.[8 markah]
Masyarakat yang mengamalkan sikap
tolong-menolong/kerjasama. Contohnya, Lili, Haji Abdul Rahman, dan Hajah
Aisyah berusaha untuk menyelesaikan masalah kekeluargaan yang
dihadapi oleh Che Jah dan anak- anaknya. Seterusnya, masyarakat yang mengamalkan sikap hormat-menghormati.
Contohnya, ketika Lili berada di Kampung Sentosa, Lili menjaga tatatertibnya dengan sopan kerana menghormati
datuk dan neneknya. Akhirnya, masyarakat yang mempunyai perasaan simpati
terhadap kesusahan yang dialami oleh orang lain. Contohnya, Kak Mimah dan Lili
sangat bersimpati akan nasib malang yang menimpa Che Jah yang mengalami krisis
rumah tangga dan masalah juvana anak- anaknya. Mereka berusaha untuk mengheret
suami Che Jah yang bersikap kejam dan tidak bertanggungjawab itu ke muka
pengadilan.
18.Huraikan peristiwa yang menjadi teguran dan kritikan pengarang
terhadap masyarakat. (7)
(kepincangan masy/ antisosial)
Peristiwa Rafiq yang menahan Lili
sebagai orang tahanan. Peristiwa
ini mengkritik sifat individu
yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melepaskan diri-sendiri
daripada segala masalah. Seterusnya, peristiwa Rafiq dan Haziq yang terlibat dalam penagihan dadah. Selain itu, peristiwa
inimengkritik sifat individu yang
sanggup melakukan perbuatan bodoh yang boleh menjejaskan
kesihatan dan mengancam nyawa.
(keganasan rumah tangga)
19. Jelaskan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. (8)
Masyarakat yang penyayang.Contohnya,
disebabkan perasaan kasih yang mendalam sebagai
seorang ibu, ibu Lili bertindak menghantar Lili pulang ke kampung sebagai
tindakannya untuk ‘mendewasakan’ Lili.
Seteusnya, masyarakat yang mentaati suruhan
ibu bapa. Contohnya, Lilimengakuri cadangan
ibunya yang menghantarnya pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya diDungun, Terengganu. Akhirnya, masyarakat
yang menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga. Contohnya, Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya yang
bersikap panas baran, kaki judi, dan pemabuk.
20.Apakah perasaan anda setelah membaca novel yang telah anda pelajari?
Berikan ulasan anda.
Perasaan gembira dan terharu atas keprihatinan seorang gadis terhadap nasib
seorang ibu yang maiang. Contohnya, peristiwa Lili yang menceritakan krisis
rumah tangga Che Jah kepada Kak Mimah dengan harapan Kak Mimah akan
menyelesaikan kes keganasan rumah tangga itu dengan secepat mungkin.
Seterusnya,perasaan marah dan kecewa dengan sikap kejam dan tidak bertanggungjawab
seorang bapa terhadap anak kandungnya. Contohnya, peristiwa Seman yang sering
memukul anak-anaknya, iaitu Rafiq dan Haziq dan sanggup membohongi orang-orang
kampung bahawa anak- anaknya terlibat dalam kecurian kubah surau bagi menutup
kejahatan yang dilakukannya. Akhirnya, perasaan sedih melihat ketabahan seorang
isteri yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Contohnya, Che Jah tabah
menghadapi kerenah suaminya, Seman yang bersikap panas baran dan sering
memukulnya. Che Jah juga bersabar menghadapi sikap suaminya yang mengabaikan
tanggungjawabnya terhadap keluarga.
21.Mengapakah unsur konflik antara watak dalam sesebuah novel itu sangat
penting?Nyatakan tiga alasan anda berdasarkan novel yang telah anda kaji.[7]
Tiga kepentingan unsur konflik adalah untuk menjadikan jalan cerita
menarik. Contohnya, Che Jahmengalami konflik dalaman dan luaran. Antaranya termasuk
konflik Che Jah dengan suaminya yang bersikap panas baran, kaki judi dan kaki
botol. Konflik yang berpanjangan antara dua watak ini menjadikan jalan cerita
menarik untuk diikuti oleh pembaca. Seterusnya,untuk memperlihatkankeistimimewaan watak utama menyelesaikan
konflik yang dihadapinya. Contohnya menyelesaikan konflik dalamannya; iaitu
tidak bersetuju dengan tindakan ibunya menghantarnya pulang ke kampung untuk
menghabiskan cutu sekolah selama dua minggu dengan hanya bersabar. Akhirnya, untuk dijadikan iktibar/teladan kepada pembaca.
Contohnya, Lili memaafkan kesalahan
Rafiq yang menahan dan mengikatnya di pondok buruk tanpa sedikit pun berdendam
kerana dia percaya suatu hari nanti Rafiq akan berubah sikap.
No comments:
Post a Comment