Monday, October 31, 2016

NOVEL DAN TEKNIK JAWABAN

Masukkan teknik plot yang sesuai bagi novel “Songket Berbenang Emas”.
1.Teknik:dialog
Contohnya; Perbualan Azhari dengan Najib ketika mereka bertemu buat pertama kali sewaktu bertandang拜访 ke rumah Dahlia.
2.Teknik:imbas kembali
Contohnya; Ketika berada di rumahnya, Dahlia teringat kembali pertanyaan orang kampung mengenai kelambatannya terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said daripada lemas. Dia juga teringat akan kata-kata kesat Aton yang memaki hamun咒骂 dan menuduhnya sebagai orang yang membunuh anaknya, Said.
3.Teknik:kejutan
Contohnya; Peristiwa Nek Kiah yang menghadiahi Dahlia dengan seutas gelang pusaka遗产miliknya pada han pertunangan Dahlia dengan Azhari. Pembaca tidak menyangka bahawa nenek Dahlia itu sanggup menghadiahi Dahlia dengan hadiah sebegitu dan sekali gus menguburkan sikap prejudisnya terhadap Dahlia.
4.Teknik:monolog
Contohnya; Embong bermonolog dengan menasihati Saleha supaya bersabar menerima rawatan untuk sehari dua lagi dengan mematuhi nasihat doktor dan akur untuk makan ubat sekiranya masih sakit. Dia amat yakin bahawa penyakit isterinya tidaklah serius.
5.Teknik:pemerian_
Contohnya; Pengarang memerihalkan reaksi dan gelagat pelajar-pelajar perempuan ketika melihat Dahlia dan Azhari sedang minum di kantin sekolah itu.

1(b). Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut.           [8markah]
Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, pengarang memaparkan temaketabahan
seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.Dahlia gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak pernah menyalahkan nasib malang yang menimpa diri dan keluarganya, sebaliknya dia berusaha untuk menempuh semua ujian tersebut dengan jiwa dan semangat yang kental.Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghidap penyakit kemurungan.Kegigihan Dahlia yang seterusnya dapat dilihat apabila dia dapat menghadapi sikap prejudis neneknya, iaitu Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga dengan tenang.
Tema novel Songket Berbenang Emas ialah kegigihan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya. Berlatarbelakangkan Kampung Parit Haji Rais, Dahlia tidak pernah menyalahkan nasib malang yang menimpa dirinya dan keluarganya. Sebaliknya, dia berusaha sedaya usaha menempuh semua ujian tersebut dengan semangat kental. Cabaran yang dilaluinya bermula daripada peristiwa ibunya, Saleha yang disahkan menghidapkemurungan dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat, hingga akhirnya dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk rawatan pemulihan.

2(b). Jelaskan dua latar masyarakat/ Unsur kemasyarakatan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.            [8 markah
            Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat penyayang. Contohnya, Dahlia amat sayang akan ibunya kerana Dahlia sanggup melawat ibunya yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan mengeluarkan wang biasiswanya    untuk membayar tambang bas dan teksi.
            Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang rajin menimba ilmu       . Contohnya, Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi belajar dengan tekun untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang bakal diduduki oleh mereka.
...Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup - Dahlia tabah berdepan dengan pelbagai dugaan termasuklah ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghidap penyakit kemurungan dan neneknya, Nek Kiah yang sentiasamemandang serong terhadap Dahlia sekeluarga.
...masyarakat yang tabah menghadapi masalah dalam rumah tangga. Contohnya, Embong tabah berdepan dengan sikap ibu mentuanya, Nek Kiah yang sentiasa _menyalahkannya atas sebarang kejadian yang berlaku tanpa menunjukkan rasa simpati.
... masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Haji Sulaiman dan Imam Deramanjuga sentiasa mengimarahkan surau di kampungnya dengan bersolat secara berjemaah.
... masyarakat yang amanah dalam menjalankan tugas. Contohnya, sebagai pendidik, Cikgu Hisyam dan Cikgu Salwani bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak muridnya itu.
2b.Unsur kemasyarakatan dalam novel:
... masyarakat yang mengamalkan sikap hormat-menghormati walaupun berlainan bangsa. Contohnya, Embong yang berbangsa Melayu menghormati dan bersahabat baik dengan Tauke Lim yang berbangsa Tionghua. Begitu juga dengan Dahlia yang bersahabat baik dan menghormati rakan karibnya, Kavita yang berbangsa India.
.....masyarakat yang mengamalkan sikap suka membantu dalam menjalankan satu-satu aktiviti. Contohnya, penduduk kampung berganding bahu dan bekerjasama mendirikan rumah Embong yang baharu setelah rumah kayu lamanya roboh akibat banjir.
.....masyarakat yang mempunyai perasaan simpati terhadap penderitaan nasib orang lain. Contohnya, Haji Sulaiman dan Tauke Lim bersimpati terhadap nasib Embong sekeluarga yang dihimpit dengan berbagai-bagai ujian dan dugaan seperti masalah kemurungan Saleha hingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru.

3(b) Huraikan dua nilai kemanusiaan yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca.
            Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, dua nilai kemanusiaan yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca ialah nilai           belas kasihan_. Contohnya, Tauke Lim bersimpati terhadap nasib Embong yang berhadapan dengan pelbagai masalah, iaitu masalah kesihatan isterinya, masalah anak lelaki tunggalnya yang menjadi kutu rayau, dan masalah ibu mentuanya yang bersikap prejudis terhadap dirinya sekeluarga.
            Seterusnya, nilai kesabaran . Contohnya, Dahlia menghadapi kerenah dan layanan buruk neneknya, Nek Kiah yang pernah menuduhnya sebagai perempuan yang tidak baik dengan tenang dan sabar. Nilai Keberanian . Contohnya, Dahlia bertindak berani dengan terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak semata- mata untuk menyelamatkan Said yang lemas.
3b. Tiga nilai murni:
... Nilai kegigihan. Contohnya, Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM walaupun berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran seperti masalah ibunya yang sakit dan peristiwa tragis ayahnya yang dipatuk ular tedung.
... Nilai kasih sayang. Contohnya, Dahlia amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia berusaha untuk melawat ibunya yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru.
... Nilai keberanian. Contohnya, sungguhpun Dahlia hanyalah seorang gadis, namun dia berani terjun ke dalam sungai yang berkeladak dan berarus deras untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai.

4(b) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.   [8 ]
            Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan.Contohnya, Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi belajar dengan bersungguh-sungguh sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan STPM di Sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu Pahat, Johor kerana mereka sedar tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan.
            Selain itu, terdapat persoalan keikhlasan dalam menghulurkan pertolongan . Contohnya, Tauke Lim ikhlas membantu Embong sekeluarga walaupun dia terpaksa menerima berbagai-bagai tohmahan buruk dan pandangan sinis daripada segelintir penduduk kampung.
...ketaatan seorang anak terhadap perintah ibu bapa. Contohnya, Dahlia menunjukkan sifat taat terhadap ibu dan bapanya. Dahlia sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri demi memastikan adik-adiknya mendapat penjagaan yang sempurna.
... intergriti dalam menjalankan tanggungjawab. Contohnya, Doktor Ridhuan begitu amanah menjalankan tugasnya sebagai pegawai perubatan kesihatan dengan berusaha mengenal pasti punca dan kaedah penyelesaian bagi mengubati penyakit Saleha.
... dendam kesumat yang memusnahkan maruah orang lain. Contohnya, Aton menuduh Dahlia sebagai orang yang membunuh anaknya, Said manakala Embong pula dituduh sebagai perancang kematian anaknya itu disebabkan sikap dendam kesumat yang masih berbekas di hatinya terhadap Saleha yang pemah menghalaunya sewaktu dia pergi mengutip hutang daripada Saleha.
... kebijaksanaan dalam aspek pengurusan masa secara berkualiti. Contohnya, Dahlia bijak membahagikan masanya untuk melakukan kerja-keija di dapur, menjaga adik-adiknya, dan mempeamtukkan masa untuk belajar walaupun ketika itu dia berhadapan dengan situasi getir.

5b. Jelaskan dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.  
Pada musim cuti persekolahan - Peristiwa majlis pertunangan antara Dahlia dengan Azhari berlaku pada musim cuti persekolahan akhir tahun.
Pada musim hujan - Keluarga bahlia dan seluruh penduduk kampung Parit Haji Rais terpaksa berpindah ke balai raya dan surau akibat banjir yang melanda kampung mereka.
...waktu siang. Contohnya, peristiwa Nek Kiah yang mendatangi rumah Embong dan menggores pintu-pintu di rumah itu dengan tanda pangkah yang bertujuan sebagai penghalang supaya rumah itu tidak lagi dimasuki hantu.
...waktu pagi. Contohnya, peristiwa Dahlia yang terlewat tiba di sekolah kerana bas yang dinaikinya bergerak perlahan.
...waktu malam. Contohnya, peristiwa Embong yang mendapati dua ekor kambing peliharaannya telah dicuri diri kandang kambing setelah mendengar suara kambingnya sayup-sayup.

6b. Jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [8
...di rumah Nek Kiah. Contohnya, Seman memujuk ibunya, Nek Kiah agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar yang bersambung dengan tapak rumah Saleha semasa berada di rumah Nek Kiah.
...di Hospital Permai, Johor Bahru. Contohnya, Dahlia bertemu dengan Azhari secara tidak sengaja ketika Dahlia melawat ibunya yang sedang menerima rawatan pemulihan di Hospital Permai akibat penyakit kemurungan yang dihidapinya itu.
...di Sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim. Contohnya, Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi menuntut ilmu di sekolah ini sebagai murid tingkatan enam dan bakal menduduki peperiksaan STPM pada penghujung tahun itu.
Hospital Batu Pahat. Tempat Saleha dimasukkan ke Wad 6: wad psikiatri sebelum dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru.

7(b) Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.           [8 ]
...kita mestilah sabar menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya, Dahlia sabar berhadapan dengan sikap prejudis neneknya, Nek Kiah dan Mak Aton yang mengeluarkan kata-kata yang kesatterhadap dirinya dan ahli keluarganya.
...kita mestilah gigih dan tekun untuk menuntut ilmu. Contohnya, Dahlia gigih belajar tanpa mengenal erti jemu dan penat sebagai persediaannya untuk menghadapi peperiksaan STPM walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga kerana menjaga adik- adiknya selepas ibunya dimasukkan ke hospital.
...kita mestilah berani bertindak dengan pantas untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Contohnya, Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berkeladak dan berarus deras untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai sungguhpun dia hanyalah seorang gadis.
... Kita mestilah bersabar menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya, Dahlia bersabar apabila berhadapan dengan sikap prejudis dan kata-kata kesat daripada neneknya, Nek Kiah dan Mak Aton terhadap dirinya dan ahli keluarganya.
... Kita hendaklah tegas dalam membuat keputusan. Contohnya, Dahlia mengatakan pendiriannya dengan tegas bahawa dia hanya akan berkahwin dengan Azhari setelah dia berjaya dalam pelajarandan dapat membantu keluarganya terlebih dahulu.
... Kita perlulah berdikari dalam melaksanakan sesuatu perkara. Contohnya, Dahlia pergi ke Hospital Permai, Johor Bahru seorang diri tanpa ditemani oleh orang lain untuk mengunjungi ibunya, Saleha yang sedang menerima rawatan di situ.

8 (b) Teknik dialog mempunyai fungsi penting dalam penggarapan cerita sesebuah novel. Huraikan kepentingan teknik dialog dalam penggarapan cerita berdasarkan novel yang telah anda pelajari.
...pembaca merasakan bahawa watak-watak dalam novel benar-benar hidup. Contohnya, melalui dialog Dahlia yang terucap dalam berbagai-bagai situasi dari bab pertama hingga bab akhir, pembaca dapat merasakan bahawa watak ini benar-benar hidup.
...menjelaskan sesuatu isu, perkara atau kejadian. Contohnya, melalui perbualan antara Dahlia dengan Doktor Ridhuan, pembaca dapat mengetahui perkembangan sebenar kesihatan ibunya yang sedang menjalani rawatan akibat penyakit kemurungan di Hospital Permai, Johor Bahru.
... menggambarkan perwatakan watak dengan lebih jelas. Contohnya, melalui kata-kata yang diungkapkan oleh Aton terhadap orang-orang kampung mengenai Embong dan Dahlia, pembaca dapat membuat penilaian bahawa dia merupakan seorang yang busuk hati dan suka beradu domba.

9(b) Berikan tiga unsur gaya bahasa berserta dengan contoh yang sesuai.
...bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Contohnya, assalamualaikum; the best man win.
... peribahasa dan simpulan bahasa. Contohnya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul; mulut tempayan.
... simile. Contohnya, Abu Bakar memandang wajah adiknya itu seperti mahu menelan; keriangan benar-benar bagai awan putih di langit.

10 (b) Anda telah mengkaji novel dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Anda berpendapat bahawa peristiwa yang dipaparkan dalam novel tersebut sesuai dan tepat. Berikanalasan anda. [8 markah]
...peristiwa dalam novel adalah peristiwa yang realistik dan berpijak di bumi nyata. Contohnya, peristiwa Dahlia yang cuba untuk menyelamatkan Said yang lemas di sungai tetapi gagalmerupakan peristiwa yang realistik.

...peristiwa yang dipaparkan mampu menegur dan mendidik masyarakat secara halus. Contohnya, peristiwa Nek Kiah yang bersikap prejudis terhadap cucunya, Dahlia telah membuka mata pembacaakan kesan buruk akibat bersikap negatif seperti itu.

...peristiwa yang dipaparkan dan diolah selari dengan konflik atau peleraian yang dikemukakan. Contohnya, konflik yang berlaku antara Dahlia dengan Nek Kiah yang pada awalnya tidakmembenci Dahlia dan keluarganya tetapi akhirnya berasa insaf dan sedar akan kesilapannya.

14b. watak utama: Dahlia
gigih - Dahlia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam STPM walaupun dia menghadapi pelbagai cabaran hidup, seperti emaknya menghidap sakit mental, ayahnya dipatuk ular, adiknya (Abu Bakar) gemar berpelesiran, dan Nek Kiah sentiasa menyakitkan hatinya - kegigihannya dapat dijadikan teladan kerana berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
berani - Dahlia terjun ke dasar sungai di depan rumahnya untuk menyelamatkan Said walaupun pada ketika itu arus sungai sangat deras - keberanian Dahlia dipuji oleh Tauke Lim - keberaniannya dapat dijadikan teladan kerana berani menempuh cabaran dalam usaha membantu orang lain

15b. teknik imbas kembali - Embong teringat akan Saleha yang pernah menghalau penagih hutang, iaitu Aton walhal hutang itu telah dijelaskan oleh Saleha - dalam ingatan Embong, peristiwa itu berlaku tiga atau empat tahun yang lalu
teknik imbas muka - Dahlia membayangkan kata-kata emaknya kepadanya sewaktu dia ingin melawat emaknya di Hospital Taman Bahagia
dia membayangkan emaknya berbual-bual dengannya

16b.Klimaks  plot-konflik, cabaran
 Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang - Nek Kiah pula sakit dan dibawa ke hospital untuk dirawat - selepas itu, sikap Nek Kiah berubah menjadi baik setelah sedar akan keluhuran budiEmbong sekeluarga
Nek Kiah tidak jadi menjual tanah tapak rumah Dahlia - peristiwa itu dianggap klimaks kerana pada ketika inilah semua masalah Dahlia yang menyebabkan perasaannya tertekan mula selesai / berakhir

17b.Satu peristiwa pengakhiran cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri cerita tersebut:
... Peristiwa Dahlia yang bergegas ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur dari rumahnya walaupun majlis pertunangannya dengan Azhari belum selesai sepenuhnya.
... Pengarang wajar mengakhiri cerita sedemikian sebagai membuktikan Dahlia ingin segera ke stesen bas supaya dia tidak ketinggalan menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur bagi mengejar impiannya.

18b.Satu watak sampingan dan perwatakannya:
... Watak sampingan - Embong ... Perwatakannya - bersikap penyabar ketika menghadapi fitnah. Contohnya, Embong sabar dengan tuduhan dan fitnah Aton yang mengaitkannya dengan kematian anak lelaki tunggalnya, Said.

Sinopsis
Dahlia, pelajar tingkatan enam atas menempuh pelbagai cabaran dalam hidupnya. Keluarganya yang miskin menumpang di tanah milik neneknya, Nek Kiah. Haji Sulaiman dan Tauke Lim banyak membantu keluarga mereka. Emaknya, Saleha mengalami tekanan perasaan sehingga hilang ingatan dan terpaksa dirawat di Hospital Taman Bahagia, di Johor Bahru. Ayahnya, Embong pula dipatuk ular dan dimasukkan ke dalam wad selama beberapa hari. Adiknya, Abu Bakar mahu berseronok-seronok sahaja.
Ketiadaan Saleha di rumah menyebabkan Dahlia terpaksa menguruskan adik-adiknya yang masih kecil, iaitu Anggerik, Kiambang, dan Melati. Dia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menjaga adik-adiknya. Cikgu Hisyam dan kawan baiknya, Kavita memberi dorongan kepada Dahlia supaya terus bersekolah kerana dia mempunyai peluang yang cerah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam STPM.
Azhari, seniornya semasa di sekolah sebelum ini menyuarakan hasrat hati untuk melamar Dahlia. Dahlia menolaknya kerana mahu belajar dahulu dan bekerja untuk membantu keluarganya. Namun demikian, Azhari tetap tegas dengan keputusannya lalu menghantar rombongan untuk merisik Dahlia. Embong dan Dahlia sendiri tidak memberi sebarang keputusan yang pasti kepada Azhari. Pada masa yang sama, Najib juga menyimpan perasaan terhadap Dahlia.
Dahlia dipandang serong oleh penduduk kampung apabila dia dikunjungi oleh Azhari dan Najib. Aton yang sememangnya mendendami Dahlia kerana menyangka Dahlia sebagai punca kematian anaknya, Said telah menyampaikan htnah kepada Hajah Maimon, isteri Haji Sulaiman. Dahlia amat sedih akan tuduhan itu tetapi Abu Bakar memujuknya. Barulali Abu Bakar sedar akan beban berat yang ditanggung oleh kakaknya selama ini sedangkan dia tidak mempedulikan hal keluarganya. Peristiwa itu menyebabkan Abu Bakar insaf akan kesilapannya.
Nek Kiah memberitahu Dahlia bahawa tanah yang didiaminya sekarang akan dijual kepada pihak lain. Jika Dahlia mahu tinggal di tanah itu, keluarganya perlu membayar sebanyak RM15 000. Nek Kiah bertindak begitu kerana desakan daripada Seman, abang Saleha yang menghadapi masalah hutang.
Saleha pulang ke rumah setelah penyakitnya sembuh. Embong juga sudah semakin sihat. Dahlia sudah dapat kembali ke sekolah dan bersiap sedia menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Azhari datang ke rumah Dahlia lagi bersama-sama keluarganya. Dahlia mengajaknya melawat Nek Kiah yang sakit dan sudah agak lama tidak dilawatinya. Dahlia terkejut apabila melihat keadaan neneknya yang uzur. Nek Kiah dibawa ke hospital dan dirawat beberapa hari di wad.
Selepas keluar dari wad, Nek Kiah tinggal di rumah Dahlia. Nek Kiah mula insaf akan kesilapannya. Dia sedar bahawa hanya keluarga Dahlia yang benar-benar menjaganya sedangkan Seman dan cucunya yang lain langsung tidak kelihatan. Selepas itu, Nek Kiah tidak membangkitkan isu tanah yang hendak dijualnya itu lagi.
Kampung tersebut dilanda banjir sehingga penduduk terpaksa berpindah ke tempat pemindahan termasuk keluarga Embong. Dahlia tetap mengulang kaji pelajaran meskipun keadaan tidak selesa. Haji Sulaiman pula menegur penduduk kampung yang bersikap mementingkan diri. Dia berharap agar penduduk akan lebih mengambil berat terhadap satu sama lain. Impian itu terkabul apabila penduduk bergotong-royong membina rumah Dahlia semula kerana rumah itu roboh akibat dilanda banjir.
Keluarga Azhari datang ke rumah Dahlia untuk berbincang mengenai tarikh pertunangan Dahlia dengan Azhari. Mereka menetapkan tarikhnya pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia menamatkan peperiksaan STPM.
Sementara itu, Encik Daim datang ke rumah Dahlia bagi memaklumkan bahawa Dahlia telah terpilih untuk mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum pergi ke Jepun, Dahlia perlu mengikuti kursus mempelajari bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya dan perlu melaporkan diri pada 31 Disember. Pada hari pertunangan, Dahlia bersiap sedia menanti kedatangan rombongan keluarga Azhari. Namun demikian, rombongan tersebut masih belum sampai hingga petang sedangkan Dahlia terpaksa berangkat ke Kuala Lumpur. Emak dan ayahnya menyampaikan beberapa pesanan manakala Nek Kiah menghadiahkan seutas gelang pusaka kepadanya. Haji Sulaiman pula menyampaikan sumbangan wang daripada penduduk kampung kepada Dahlia, termasuk daripada Tauke Lim.
Azhari muncul di tempat menunggu bas. Dia memberitahu Dahlia bahawa dia terlewat kerana bapa saudaranya lewat sampai. Sebelum Dahlia berangkat, Azhari memberikan sehelai songket berbenang emas kepada Dahlia sambil berpesan agar Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun di mana-mana dia berada.


1.(a) huraikan dua contoh yang boleh dikaitkan dengan persoalan berkaitan ketaatan. [7 markah]
            Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, contoh yang boleh dikaitkan dengan persoalan berkaitan ketaatan ialah ketaatan seorang _anak__________terhadap perintah _ibu bapa__. Contohnya, Dahlia menunjukkan sifat taat akan suruhan ibu bapanya apabila Dahlia sanggup__mengetepikan__ kepentingan diri untuk memastikan adik-adiknya mendapat penjagaan yang sempurna.  Contoh seterusnya yang boleh dikaitkan dengan persoalan berkaitan ketaatan ialah ketaatan anak-anak terhadap perintah__bapa_____. Contohnya, Melati, Mawar, dan Kiambang taat akan suruhan bapa mereka dengan __bergilir-gilir_____
menjaga Anggerik semasa ketiadaan ibu mereka yang sedang menerima rawatan di hospital.


2.(a)Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan keistimewaan watak utamasehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca.            [7 markah\
            Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca ialah Dahlia seorang yang___berhemah tinggi____ . Contohnya, Dahlia tidak membalas dengan kata-kata yang kasar atau kesat apabila Mak Aton__memaki hakumnya sebagai perempuan yang tidak baik. Keistimewaan watak utama yang seterusnya ialah Dahlia seorang yang__bertanggungjawab_______________    . Contohnya, Dahlia bersedia untuk menjaga adik bongsunya, Anggerik dan adik-adiknya yang lain __sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital kerana dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai anak sulung dalam keluarga.

3(a)Berikan dua contoh ketabahan watak utama yang dapat dijadikan teladan.
... ketabahan watak utama ini dapat dilihat apabila Dahlia sanggup menerima tawaran mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan selama empat tahun di Jepun sebagai bekalan masa depannya walaupun berjauhan dengan keluarga tercinta.
... ketabahan lain berlaku dalam contoh peristiwa Dahlia menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku dalam keluarganya dengan cekal dan tabah sepanjang tempoh ibunya menerima rawatan di hospital.

4(a)dua peristiwa menyayat hati:
... Peristiwa semasa mengemas bawah rumah yang berselerak, Bakar telah menemukan dua biji telur ayam berwama hitam dan berbau busuk yang mengandungi pelbagai bahan untuk tujuan sihir dan khianat terhadap ahli keluarganya.
... Peristiwa Embong sekeluarga bergilir-gilir menjaga Nek Kiah selama dia berada di hospital itu. Nek Kiah berasa bersalah atas sikap prejudisnya terhadap Embong sekeluarga. Nek Kiah tinggal di mmah Embong setelah dibenarkan pulang dari Hospital Batu Pahat.

5(a) Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang dapat dijadikan teladan.          
Peristiwa Dahlia sanggup menerima tawaran mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan pada peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun demi masa hadapannya walaupun dia terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta - Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita hendaklah berkorban untuk mencapai cita-cita.
Peristiwa Dahlia menempuh dugaan yang berlaku dalam keluarganya dengan tabah sepanjang tempoh ibunya menerima rawatan di hospital akibat menghidap penyakit kemurungan - Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita hendaklah bersabar dalam menghadapi dugaan hidup.
Peristiwa Embong yang tetap melayani ibu mentuanya, Nek Kiah dengan baik walaupun ibu mentuanya itu bersikap prejudis terhadap Embong sekeluarga - Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita tidak seharusnya menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain terutamanya terhadap ahli keluarga.

6 (a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua kepincangan masyarakatyang terdapat dalam novel itu.          [7 ]
Kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel: ...masyarakat yang mempunyai sifat dendam yang menebal. Contohnya, Mak Aton menuduh Dahlia sebagai orang yang membunuh anaknya, Said manakala Embong pula dituduh sebagai perancang kematian anaknya itu disebabkan dendam kesumat yang masih berbekas dalam hatinya terhadap Saleha yang pemah menghalaunya sewaktu dia datang untuk mengutip hutang.
...masyarakat yang memandang serong terhadap orang lain. Contohnya, Nek Kiah dan Mak Aton sering memandang serong dan bersikap prejudis terhadap Dahlia dan keluarganya.

7(a)cabaran-cabaran yang dihadapi watak utama:
... Cabaran Dahlia bermula dengan kegagalannya dalam usaha memujuk dan membawa ibunya yang mengalami masalah kemurungan, bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah untuk balik ke rumah. Di situlah cabaran yang dilaluinya bermula daripada peristiwa ibunya, Saleha yang mengalami penyakit kemurungan dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan pemulihan.
... Cabaran berikut ialah berkaitan dengan fitnah Aton terhadap dirinya. Aton memaki hamun dan menuduh Embong sebagai perancang kematian Said dan Dahlia dikatakan sebagai orang yang membunuh anaknya itu dan menyebabkan sesetengah penduduk kampung yang tidak tahu cerita sebenar turut terpengaruh oleh cerita palsu Aton. Akibat dendam yang membara, Aton semakin galak menyindir dan memhtnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak.

8a. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, nyatakan dua peristiwa bahagian permulaan dan jelaskan sebab peristiwa itu menarik minat anda untuk meneruskan pembacaan.
            Sebab peristiwa bahagian permulaan menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan:
...peristiwa ibu Dahlia yang bersikap pelik sejak beberapa hari seperti bercakap sendirian di bawah pokok getah dan merayau tidak tentu arah apabila menjelangnya waktu senja. Peristiwa itu menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan kerana saya ingin mengetahui punca keadaan ibu Dahlia menjadi sedemikian dan nasib ibu Dahlia selanjutnya.
...hubungan antara Azhari dengan Dahlia yang digambarkan sebagai pasangan bercinta. Peristiwa itu menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan kerana saya ingin mengetahui kesudahan hubungan antara mereka berdua.

9(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua pengajaran tentang tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.           
Pengajaran tentang tanggungjawab:...Doktor Ridhuan bersikap amanah dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai perubatan kesihatan dengan berusaha mengenal pasti punca dan kaedah penyelesaian untuk mengubati penyakit Saleha. Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab terhadap tugas dengan sebaiknya dan memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap tugas tersebut.
...sebagai anak sulung, Dahlia mengunjungi ibunya, Saleha yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan sanggup mengeluarkan wang biasiswanya untuk membeli tiket bas dan membayar tambang teksi. Kita hendaklah bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap ibu dan ahli keluarga yang ditimpa kesusahan.

10(a) Huraikan dua contoh peristiwa yang boleh dikaitkan dengan nilai kasih sayang.      [7 markah]
            Contoh peristiwa yang boleh dikaitkan dengan nilai kasih sayang. Contohnya kasih sayang seorang anak terhadap ibu. Contohnya, Dahlia amat menyayangi ibunya kerana dia berusaha untuk mengunjungi ibunya, Saleha yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan sanggup mengeluarkan wang biasiswanya untuk membeli tiket bas dan membayar tambang teksi.
...kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Contohnya, Embong sangat menyayangi isterinya, Saleha yang sedang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru akibat penyakit kemurungan. Dia sentiasa berdoa agar isterinya itu sihat dan kembali dengan segera ke pangkuan mereka sekeluarga.
...  kasih sayang ibu bapa kepada anak. Embong dan Saleha sangat menyayangi anak-anak mereka, iaitu Dahlia, Abu Bakar, Mawar, Kiambang, Melati dan Anggerik.
... belas kasihan. Tauke Lim bersimpati terhadap Embong yang berhadapan dengan masalah kesihatan isterinya, masalah anak lelaki tunggalnya yang menjadi kutu rayau dan masalah ibu mentuanya yang bersikap prejudis terhadap keluarganya.

11a. Konflik merupakan satu teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara watak itu menyelesaikan konflik tersebut.
... watak utama dalam novel ini ialah Dahlia.
...konflik antara Dahlia dengan neneknya, Nek Kiah. KonAik ini tercetus apabila neneknya sentiasa bersikap prejudis terhadapnya seperti memanggilnya sebagai perempuan yang tidak baik. Dahlia menangani konflik dengan neneknya itu dengan bersabar.
... konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani. Konflik ini berlaku disebabkan kesalahan Dahlia yang tiba lewat di sekolah. Cikgu Salwani cuba mengenal pasti punca perkara itu berlaku. Dahlia menangani konfliknya itu dengan menerangkan punca kelewatannya ke sekolah dan mengambil keputusan untuk keluar sementara dari asrama sekolahnya.

12a. Huraikan dua peristiwa berkaitan dengan konflik:
... Peristiwa yang berkaitan dengan konflik dalam novel ini adalah apabila Dahlia tiba di Hospital Batu Pahat untuk melawat ibunya yang menerima rawatan di situ, namun Haji Sulaiman memaklumkan kepadanya bahawa ibunya telah dipindahkan ke Hospital Permai di Johor Bahru, Johor.
... Peristiwa lain yang dikatakan konflik adalah apabila Dahlia dikatakan sebagai pembunuh menyebabkan sesetengah penduduk kampung yang tidak tahu cerita sebenar turut terpengaruh oleh cerita palsu Aton. Seman pula memfitnah adik iparnya Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang katanya menjadi punca Saleha menjadi gila selain memujuk dan mencadangkan emaknya agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar termasuklah tapak rumah Embong.

13a. Huraikan dua nilai tanggungjawab yang terkandung dalam novel tersebut.
...tanggungjawab seorang suami terhadap kesihatan isteri. Contohnya, Embong membenarkan Haji Sulaiman dan tiga orang kakitangan Hospital Batu Pahat membawa isterinya, Saleha bagi mendapatkan rawatan pemulihan di hospital dengan harapan supaya isterinya itu akan sembuh seperti sedia kala selepas menjalani rawatan.
...tanggungjawab seorang pemimpin terhadap anggota masyarakat di kampungnya. Contohnya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Rais, Haji Sulaiman menunaikan tanggungjawabnya seperti terlibat dalam majlis sambutan Maulidur Rasul dan menjalankan aktiviti bergotong- royong bagi membina semula rumah baharu Embong yang telah musnah akibat banjir.

14a. Berikan dua contoh hubungan antara satu watak dengan satu watak yang lain dan bincangkan kepentingan hubungan antara watak itu.
... hubungan adik-beradik antara Dahlia dengan Anggerik. Kepentingannya ialah sebagai anak sulung, Dahlia banyak membantu bapanya, Embong dalam menguruskan adik- adiknya terutamanya Anggerik sepanjang ibunya berada di hospital.
... hubungan guru dengan murid, iaitu antara Cikgu Hisyam dengan Dahlia. Kepentingannya ialah sebagai guru kelas, Cikgu Hisyam mendidik dan membantu murid-muridnya, termasuklah Dahlia untuk menghadapi peperiksaan STPM di samping turut memberikan galakan kepadanya untuk belajar dengan bersungguh- sungguh.

15a. Anda telah mempelajari teks novel dan anda berpendapat bahawa novel itu amat sesuai dijadikan bahan bacaan remaja. Berikan alasan anda berhubung dengan pendapat anda tersebut.
... mengandungi banyak nilai murni yang baik dan boleh dicontohi oleh remaja. Contohnya, Dahlia yang tetap bersabar dengan sikap prejudis neneknya yang menggelarnya sebagai perempuan yang tidak baik.
... memaparkan watak-watak remaja yang mampu mempengaruhi jiwa remaja. Contohnya, peristiwa Dahlia yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM walaupun terpaksa membahagi- bahagikan masa untuk belajar dan menjaga adiknya dapat mempengaruhi remaja agar bijak menguruskan masa dengan tidak mengabaikan pelajaran.
... mengandungi pengajaran yang berguna untuk dijadikan teladan oleh remaja. Contohnya, sikap berani Dahlia yang pergi ke Johor Bahru secara bersendirian untuk menziarahi ibunya di Hospital Permai dapat menjadi teladan kepada remaja agar sentiasa mempunyai keberanian dalam diri.

16a.Nyatakan satu watak antagonis dan bincangkan pertentangan watak itu dengan watak utama novel tersebut.
... Pertentangan watak mula berlaku apabila Aton memaki hamun dan menuduh Embong sebagai perancang kematian Said. Dahlia turut dituduh membunuh anaknya itu hingga sesetengah penduduk kampung yang tidak tahu cerita sebenar turut terpengaruh oleh cerita palsu Aton. Akibat dendam yang membara, Aton semakin galak menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa mereka bersama-sama menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul peringkat Kampung Parit Haji Rais. Kata-kata fitnah Aton itu telah. mengundang rasa marah Bakar yang kemudiannya cuba untuk menyerang Aton tetapi berjaya dihalang oleh Haji Sulaiman. Ketika di rumah, Bakar memujuk kakaknya yang sedang menangis dan bersedih atas tohmahan dan fitnah Aton itu.
watak antagonis: Aton
suka membuat fitnah - apabila melihat kepulangan Dahlia dihantar oleh Azhari, kemudian Azhari datang ke rumah Dahlia serta diikuti oleh Najib, dia menyampaikan berita tersebut kepada Hajah Maimon, isteri Haji Sulaiman - kepentingan perwatakannya ini adalah untuk menjadikan perwatakan Dahlia lebih tabah dan cekal
pendendam - Aton mendendami Dahlia atas kematian anaknya,
Said yang lemas di sungai – dia menuduh Dahlia sebagai punca anaknya mati lemas kerana Dahlia lambat menyelamatkan anaknya itu - kepentingan perwatakannya ini adalah untuk mengembangkan plot cerita tersebut

17a. Huraikan dua peristiwa menarik:
... Peristiwa cikgu Salwani memarahi dan menegur Dahlia kerana terlewat datang ke sekolah - peristiwa ini menarik kerana dapat memperlihatkan sifat keprihatinan yang tinggi seorang guru terhadap anak muridnya ... Peristiwa Nek Kiah menerangkan kegunaan dan pengertian sirih pinang sebagai simbol budaya dalam adat perkahwinan bangsa Melayu secara mendalam kepada Dahlia - peristiwa ini. menarik kerana penerangan Nek Kiah itu dapat memberikan pengetahuan dan ilmu yang amat berguna kepada Dahlia dan para pembaca

18a.Cara watak utama menghadapi cabaran: Watak utama: Lia/Dahlia/Dahlia binti Embong
... Cabaran berdepan dengan sikap prejudis dan kata-kata kurang sopan daripada neneknya, Nek Kiah - Dahlia menghadapi cabaran tersebut dengan bersikap sabar, sentiasa berfikir secara positif, dan berbuat baik kepada neneknya itu.
... Cabaran berdepan dengan ketiadaan ibu untuk menguruskan keluarga - Dahlia terpaksa keluar dari asrama sekolah dan berulang-alik dari rumah ke sekolah untuk menjaga adik- adiknya, terutama adik bongsunya, Anggerik ketika bapanya pergi bekerja. Hal ini demikian kerana ibunya, Saleha masih menerima rawatan dan ditahan di Hospital Permai, Johor Bahru atas penyakit kemurungannya itu.

19a. Sebab pengarang menimbulkan konflik antara watak:
... Konflik menjadikan cerita menarik perhatian pembaca. Contohnya, konflik yang dihadapi antara Embong dengan ibu mentuanya, Nek Kiah - disebabkan faktor Embong merupakan anak dagang yang yatim piatu dan tidak berharta, Nek Kiah tidak merestui perkahwinan Embong dengan anak perempuannya, Saleha. Nek Kiah sering menyalahkan Embong atas permasalahan yang berlaku kepada anak perempuannya dan ahli keluarganya itu. .
... Konflik dapat memanjangkan cerita. Contohnya, konflik antara Embong dengan Aton - disebabkan faktor dendam yang tidak berkesudahan, Aton sering menabur fitnah dan memburuk-burukkan Embong, Saleha, dan Dahlia walaupun Dahlia berusaha menyelamatkan nyawa anaknya, Said yang tenggelam di dasar sungai.

20a.Perasaan saya sebagai pembaca:
... Perasaan sedih dan kecewa dengan sikap prejudis dan berburuk sangka seorang nenek terhadap cucunya. Contohnya, Nek Kiah menuduh cucunya sebagai seorang perempuan yang tidak baik apabila melihat dua orang kawan Dahlia, iaitu Najib dan Azhari datang ke rumahnya ketika bapanya masih menerima rawatan di Hospital Batu Pahat dan ketika ibunya masih ditahan untuk rawatan lanjut di Hospital Permai, Johor Bahru.
... Perasaan gembira dan bangga terhadap kejayaan seorang gadis dalam pelajarannya. Contohnya, kejayaan Dahlia yang terpilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk mengikuti kursus Pengurusan Pengajian Perniagaan di Jepun pada peringkat ijazah pertama selama empat tahun amat membanggakan seluruh ahli keluarga dan penduduk Kampung Parit Haji Rais.
Text Box: /
... Perasaan benci dan marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan seorang abang terhadap ahli keluarga adik kandungnya. Contohnya, Seman yang merupakan abang Dahlia yang sulung telah menghasut ibunya, Nek Kiah untuk membenci adik iparnya, Embong dan keluarganya dengan memburuk-burukkan Embong.

21a. Satu peristiwa pengakhiran cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri cerita tersebut:
... Peristiwa Dahlia yang bergegas ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur dari rumahnya walaupun majlis pertunangannya dengan Azhari belum selesai sepenuhnya.
... Pengarang wajar mengakhiri cerita sedemikian sebagai membuktikan Dahlia ingin segera ke stesen bas supaya dia tidak ketinggalan menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur bagi mengejar impiannya.

22a.Nilai pengorbanan
(a)  Embong berkorban masa dan tenaga demi mencari rezeki untuk menyara keluarganya. Dia bekerja dengan gigih, seperti bekerja di estet, mengambil upah memotong buah kelapa sawit di kebun orang lain, dan memelihara kambing. Walaupun baru keluar dari wad akibat dipatuk ular, Embong terus bekerja bagi mendapatkan wang.
(b)  Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya di rumah sewaktu emak dan ayahnya menerima rawatan di hospital. Dia sanggup keluar dari asrama, malahan ponteng sekolah beberapa hari untuk menguruskan adik-adiknya di rumah.

23a.Cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya:
... Konflik - sikap prejudis nenek Dahlia, Nek Kiah terhadap Dahlia dan anggota keluarganya ... Cara penyelesaian - Dahlia sentiasa bersabar dan berbuat baik terhadap neneknya itu seperti mengambil berat dan menjaga Nek Kiah ketika beliau terlantar sakit.

24a.Persoalan keberanian:
... Persoalan keberanian bergelut dengan haiwan berbahaya. Contohnya, Embong berani bertarung seterusnya membunuh ular sawa sebesar peha yang cuba membelitnya ketika dia membersihkan kebun sawit di Parit Haji Kadir.
... Persoalan keberanian menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Contohnya, Dahlia berani terjun ke sungai yang berkeladak dan berarus deras bagi menyelamatkan Said yang baru sahaja tenggelam ke dasar sungai.

26a.Kesudahan cerita:
... Saya kurang bersetuju dengan kesudahan cerita novel ini. Pengakhiran novel yang sepatutnya, majlis pertunangan antara Azhari dengan Dahlia tersebut dapat disudahkan dengan majlis menyarung cincin. Aton yang berhati busuk menerima balasan, iaitu berubah sikap menjadi gila/ kurang siuman akibat tekanan perasaannya atas kematian anak lelaki tunggalnya, Said. Masyarakat kampung yang mempercayai kata- kata fitnah daripada Aton mulai sedar dan memohon maaf kepada Embong dan keluarganya. Seman pula mendapat balasan seperti rumahnya terbakar dan dia disah- kan menghidap penyakit jantung akibat terkejut dengan tindakan emaknya membatalkan urusan penjualan tanah pusakanya itu.

27a) Huraikan persoalan kerjasama yang terdapat dalam novel
Penduduk kampung bekerjasama setelah mereka ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang roboh akibat dilanda banjir......Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran. Haji Sulaiman bekerjasama dengan pihak Hospital Batu Pahat untuk membawa Saleha ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

28a) Huraikan persoalan keinsafan yang terdapat dalam novel tersebut.
Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang suka berpelesiran dengan rakannya...Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang sanggup menjual kambing abahnya. Perasaan insaf itu telah mendorong Abu Bakar berbuat baik kepada mereka, seperti membersihkan kawasan persekitaran rumah.
... Nek Kiah insaf akan kesalahannya yang  memandang serong terhadap keluarga Dahlia. Sewaktu Nek Kiah sakit hanya Dahlia dan keluarganya yang menjaga beliau.

29a) Huraikan persoalan kesabaran yang terdapat dalam novel.
Persoalan kesabaran dalam menghadapi dugaan dalam kehidupanDahlia tetap bersabar apabila Aton _memfitnahnya sewaktu dihantar oleh Azhari.  Dahlia tetap bersabar apabila Aton mengatakan bahawa dia pembunuh Said. Dahlia bersabar mengharungi kehidupannya walaupun keluarga mereka hidup dalam serba kedaifan.  Dahlia tetap bersabar melayan Nek Kiah yang membenci keluarganya.
Dahlia sabar menempuh ujian Tuhan terhadapnya. Emaknya sakit akibat tekanan perasaan, kemudian dia difitnah oleh Aton atas kematian anaknya dan hubungannya dengan Azhari serta Najib. Tidak lama selepas itu, ayahnya pula sakit akibat dipatuk ular. Dia juga bersabar dengan sikap Abu Bakar yang menyakitkan hatinya dan Azhari yang sering mendesaknya untuk bertunang. Semua ujian tersebut dihadapi oleh Dahlia dengan sabar dan dia reda akan ketentuan Tuhan.


1.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang memaparkanpersoalan perhubungan kekeluargaan yang terdapat dalam novel tersebut.   [7 markah]
Dua peristiwa yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan ialah hubungankekeluargaan antara nenek dengan cucunya. Contohnya, nenek sentiasa mengawasi dan menjaga keselamatan Lili sepanjang Lili menghabiskan cuti sekolahnya di rumahnya. Seterusnya, hubungan kekeluargaan antara bapa saudara dengan anak saudara. Contohnya, Rashid mencubamenggembirakan hati Lili dengan menunaikan完成 hajat希望 Lili pergi bertandang拜访 ke rumahChe Jah secara sembunyi kerana nenek Lili telah melarang Lili pergi ke sana.

2.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama dalam novel tersebut.[8 ]  6+2
Tiga peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama ialah Geetha bekerjasama dengan Lili mendakipuncak bukit bagi menyaksikan kejadian matahari terbenam. Seterusnya, Lili memberikan kerjasama dengan mengakuri 听从arahan ibunya yang ingin menghantarnya balik bercuti dikampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.  Akhirnya, Che Jah telah memberikan kerjasamanya dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila dia dipanggil untuk menjadisaksi utama berhubung kes keganasan rumah tangga oleh suaminya itu.

3.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa yang menunjukkannilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]
Contoh peristiwa yang menunjukkan nilai tanggungjawab ialah tanggungjawab seorang nenek terhadap cucunya .Contohnya, nenek Lili/Hajah Aishah tidak membenarkan Lili ke rumah Che Jah kerana bimbang akan keselamatan diri cucunya itu. Seterusnya, tanggungjawab sesama之间sahabat. Contohnya, Danel berjaya menyelamatkan Lili daripada menjadi orang tahanan Rafiq dan Haziq kerana dia berasa bertanggungjawab terhadap semua kejadian yang berlaku itu.

4.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.            [8 markah]
Latar tempat ialah rumah datuk di Kampung Sentosa. Contohnya, Lili menghabiskan cuti sekolah selama dua minggu di rumah datuknya. Seterusnya, kedai runcit Letchumi . Contohnya, Lili mengikut neneknya pergi ke kedai runcit ini. Secara kebetulan, Lili bertemu semula dengan Geetha. Akhirnya, rumah Che Jah. Contohnya, Lili dan Rashid telah berkunjung ke rumah Che Jah untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang nasib Haziq dan Rafiq.

5.Berdasarkan sebuah novel yang nada pelajari, huraikan peristiwa suka duka yang dirakamkan oleh penulis dalam novel tersebut. (7m)
Peristiwa duka ialah peristiwa Lili yang menjadi orang tahanan Rafiq secara tiba-tiba. Perbuatan tersebut dianggap sebagai suatu kejutan besar dan kejadian yang meninggalkan kesan traumakepada Lili. Seterusnya, peristiwa duka ialah Che Jah yang menjadi mangsa pukul suaminya dan mangsa peras ugut anak-anaknya. Perbuatan tersebut merupakan suatu kes keganasan rumah tanggayang meninggalkan kesan trauma dari segi emosi kepada Che Jah.

6. Pilihlah satu watak yang dianggap sebagai watak hitam dan berikan tiga alasan anda memilih watak tersebut sebagai watak hitam. (8) antagonis/ pratagonis
Watak hitam ialah Rafiq. Alasannya ialah seorang yang bersikap kejam dan tidakberperikemanusiaan. Contohnya, Rafiq telah menahan dan mengacukan pisau ke leher Lili sertamengurung dan mengikat Lili di sebuah pondok buruk. Seterusnya, seorang yang ketagihan dadah jenis syabu. Contohnya, Rafiq mengugut ibunya, Che Jah supaya memberikannya duit bagi mendapatkan bekalan dadah. Akhirnya, seorang yang tidak mementingkan pendidikan. Contohnya, Rafiq sering ponteng sekolah hingga menyebabkannya dibuang sekolah.

7.Jelaskan tiga sebab novel tersebut hebat dan menarik. (7)
Tiga sebab novel ini hebat dan menarik ialah novel ini menunjukkan ketinggian ilmu yang
dimiliki oleh seseorang. Contohnya, Tuan Haji Abdul Rahman (datuk Lili) memiliki ketinggian ilmu dalam bidang agama dan perubatan tradisional. Seterusnya, novel ini menunjukkan kecekalan坚强 seorang gadis dalam mengharungi kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Contohnya, Lili cekal berhadapan dengan segala konflik yang berlaku di Kampung Sentosa. Akhirnya, novel ini menunjukkan kerukunan和谐 dalam kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa. Contohnya, Lili, Geetha, dan Danel bersahabat baik walaupun mereka berlainan agama, bangsa, dan adat resam.

8.Jelaskan dua peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong.(8)
Dua peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong ialah peristiwa datuk Lili yang berusaha untuk mencari ubat-ubatan herba yang sesuai bagi menyembuhkan penyakit Kak Mimah. Seterusnya, peristiwa Kak Mimah dan Nadia yang berusaha dengan sedaya upaya untukmembebaskan Che Jah daripada belenggu keganasan suaminya.

8.      Jelaskan dua peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong.(8)
Dua peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong ialah peristiwa datuk Lili yang berusaha untuk mencari ubat-ubatan herba yang sesuai bagi menyembuhkan penyakit Kak Mimah. Seterusnya, peristiwa Kak Mimah dan Nadia yang berusaha dengan sedaya upaya untukmembebaskan Che Jah daripada belenggu keganasan suaminya.

9.Jelaskan tema dan contoh peristiwa yang menggambarkan tema tersebut. (8)
Tema novel ini ialah kecekalan seorang gadis dalam menempuh渡过 berbagai-bagai ujian dan rintangan阻碍. Contoh peristiwa ialah peristiwa Lili ditahan, dikurung, dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak mematahkan semangatnya untuk bersegera pulang ke Kuala Lumpur, sebaliknya menguatkan lagi keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq sekali gus cuba membantunya. Seterusnya, peristiwa Lili yang menaiki bas ekspres secara bersendirian dari Kuala Lumpur ke Dungun membuktikan sifat cekal dan berdikari yang mula dipupuk oleh Lili.

10. Nyatakan watak utama dan huraikan perwatakannya. (7)
Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Perwatakannya ialah Lili seorang anak yang mentaatisuruhan ibu bapanya. Contohnya, Lili mengakuri suruhan ibunya yang menghantarnya pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu. Seterusnya, Lili seorang yang baik hati. Contohnya, Lili memaafkan kesalahan Rafiq dan Haziq yang telah menahan, mengikat, dan mengurungnya di dalam sebuah pondok buruk.

11. Watak utama lazimnya mendapat perhatian dan disukai oleh pembaca.Berikan tiga alasan bagi menyokong pandangan anda dengan berdasarkan novel yang telah anda kaji.     [7 markah]
Watak utama ialah Lili seorang yang bijak dalam pelajaran. Contohnya, Lili digambarkan sebagai seorang murid yang pintar di sekolahnya dan bakal menduduki peperiksaan SPM. Seorang anak yang mentaati suruhan ibu bapa. Contohnya, Lili mengakuri cadangan ibunya yang mahu menghantarnya pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu. Seorang yang berani. Contohnya, Lili berani mengikut Geetha mendaki puncak bukit pada suatu petangsemata-mata untuk melihat kejadian matahari terbenam tanpa ditemani oleh lelaki dewasa.

12.Kemukakan peristiwa dalam bahagian peleraian cerita dan nyatakan sama ada anda bersetuju atau tidak dengan peristiwa tersebut. (8)
Peleraian cerita ini ialah Lili berasa lega apabila berjaya menghabiskan cuti sekolahnya selama dua minggu di Kampung Sentosa tanpa sebarang rungutan. Nasib Che Jah dan dua orang anaknya, Haziq dan Rafiq telah mendapat perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Suami Che Jah telah dihadapkan ke muka pengadilan. Saya bersetuju dengan peristiwa peleraian cerita kerana
orang yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan, iaitu suami Che Jah dihadapkan ke muka pengadilan bagi menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat. Isu pertikaian争吵 pemasangan kubah di bumbung surau yang usang selesai kerana kubah itu telah dicuri dan dijual oleh suami Che Jah.

14.Huraikan tiga persoalan yang terkandung dalam novel tersebut.(7)
... ialah keganasan dalam rumah tangga. Contohnya, Che Jah hidup menderita akibat sering menjadimangsa sepak suaminya yang bersikap panas baran, kaki judi, dan pemabuk. Persoalan amanah信赖dalam menjalankan tanggungjawab. Contohnya, sebagai Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kak Mimah dan Nadia berusaha sedaya upaya membantu Che Jah mengheretsuaminya yang sering memukulnya ke muka pengadilan. Persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapanya. Contohnya, Lili amat menyayangi ibu dan bapanya. Dia tidak membantahapabila ibunya membuat keputusan untuk menghantarnya pulang ke kampung untukmenghabiskan masa cuti sekolah di Dungun, Terengganu.

15.Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.[8 ]
…ialah nilai kasih sayang. Contohnya, ibu Lili bertindak menghantar Lili ke kampung kerana mahu mendewasakan Lili. Tindakan ini dilakukan kerana kasihnya yang mendalam terhadap Lili. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, sebagai Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kak Mimah dan Nadia bersetuju untuk memikul tanggungjawab dan berusaha sedaya upaya untukmembebaskan Che Jah daripada kemelut问题 keganasan suaminya. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Danel bijak menangani解决 peristiwa Rafiq yang menahan dan mengacukan pisau pada leher Lili dengan tidak membuat apa-apa tindakan demi keselamatan nyawa rakannya itu. Nilai kesabaran. Contohnya, nenek Lili sabar melayani kerenah Lili sepanjang Lili berada di rumahnya selama dua minggu.

17. Jelaskan beberapa unsur kemasyarakatan berserta dengan contoh yang terkandung dalam novel yang anda kaji.[8 markah]
Masyarakat yang mengamalkan sikap tolong-menolong/kerjasama. Contohnya, Lili, Haji Abdul Rahman, dan Hajah Aisyah berusaha untuk menyelesaikan masalah kekeluargaan yang dihadapi oleh Che Jah dan anak- anaknya. Seterusnya, masyarakat yang mengamalkan sikap hormat-menghormati. Contohnya, ketika Lili berada di Kampung Sentosa, Lili menjaga tatatertibnya dengan sopan kerana menghormati datuk dan neneknya. Akhirnya, masyarakat yang mempunyai perasaan simpati terhadap kesusahan yang dialami oleh orang lain. Contohnya, Kak Mimah dan Lili sangat bersimpati akan nasib malang yang menimpa Che Jah yang mengalami krisis rumah tangga dan masalah juvana anak- anaknya. Mereka berusaha untuk mengheret suami Che Jah yang bersikap kejam dan tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan.

18.Huraikan peristiwa yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat. (7)
(kepincangan masy/ antisosial)
Peristiwa Rafiq yang menahan Lili sebagai orang tahanan. Peristiwa ini mengkritik sifat individu yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melepaskan diri-sendiri daripada segala masalah. Seterusnya, peristiwa Rafiq dan Haziq yang terlibat dalam penagihan dadah. Selain itu, peristiwa inimengkritik sifat individu yang sanggup melakukan perbuatan bodoh yang boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa.
(keganasan rumah tangga)

19. Jelaskan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. (8)
Masyarakat yang penyayang.Contohnya, disebabkan perasaan kasih yang mendalam sebagai seorang ibu, ibu Lili bertindak menghantar Lili pulang ke kampung sebagai tindakannya untuk ‘mendewasakan’ Lili. Seteusnya, masyarakat yang mentaati suruhan ibu bapa. Contohnya, Lilimengakuri cadangan ibunya yang menghantarnya pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya diDungun, Terengganu. Akhirnya, masyarakat yang menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga. Contohnya, Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya yang bersikap panas barankaki judi, dan pemabuk.

20.Apakah perasaan anda setelah membaca novel yang telah anda pelajari? Berikan ulasan anda.
Perasaan gembira dan terharu atas keprihatinan seorang gadis terhadap nasib seorang ibu yang maiang. Contohnya, peristiwa Lili yang menceritakan krisis rumah tangga Che Jah kepada Kak Mimah dengan harapan Kak Mimah akan menyelesaikan kes keganasan rumah tangga itu dengan secepat mungkin. Seterusnya,perasaan marah dan kecewa dengan sikap kejam dan tidak bertanggungjawab seorang bapa terhadap anak kandungnya. Contohnya, peristiwa Seman yang sering memukul anak-anaknya, iaitu Rafiq dan Haziq dan sanggup membohongi orang-orang kampung bahawa anak- anaknya terlibat dalam kecurian kubah surau bagi menutup kejahatan yang dilakukannya. Akhirnya, perasaan sedih melihat ketabahan seorang isteri yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Contohnya, Che Jah tabah menghadapi kerenah suaminya, Seman yang bersikap panas baran dan sering memukulnya. Che Jah juga bersabar menghadapi sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

21.Mengapakah unsur konflik antara watak dalam sesebuah novel itu sangat penting?Nyatakan tiga alasan anda berdasarkan novel yang telah anda kaji.[7]
Tiga kepentingan unsur konflik adalah untuk menjadikan jalan cerita menarik. Contohnya, Che Jahmengalami konflik dalaman dan luaran. Antaranya termasuk konflik Che Jah dengan suaminya yang bersikap panas baran, kaki judi dan kaki botol. Konflik yang berpanjangan antara dua watak ini menjadikan jalan cerita menarik untuk diikuti oleh pembaca. Seterusnya,untuk memperlihatkankeistimimewaan watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya. Contohnya menyelesaikan konflik dalamannya; iaitu tidak bersetuju dengan tindakan ibunya menghantarnya pulang ke kampung untuk menghabiskan cutu sekolah selama dua minggu dengan hanya bersabar. Akhirnya, untuk dijadikan iktibar/teladan kepada pembaca. Contohnya, Lili memaafkan kesalahan Rafiq yang menahan dan mengikatnya di pondok buruk tanpa sedikit pun berdendam kerana dia percaya suatu hari nanti Rafiq akan berubah sikap.