
Sunday, May 20, 2018
PPT - TIPS 5
Latihan Intensif:
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.
- “Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh.
- Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit.”
- “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, “kata Erra.
- Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa rumahnya.”
- “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muiz. “Saya akan mematuhi semua peraturan projek ini, “sambungnya lagi.
- “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar itu,”katanya lagi.
- Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.”
- “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu saja yang membuatnya,”sambungnya lagi.
- Kata Erik, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.”
- “Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,” kata emak Rosyam. “Emak hendak buat karipap,” sambungnya lagi.
- Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.”
- Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.
Jawab latihan dahulu kemudian barulah rujuk jawaban anda.....
Jawapan:
- Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.
- Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit.
- Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan jalan raya ditengelami air.
- Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah tumbang dan menimpa rumahnya.
- Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi peraturan projek tersebut.
- Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.
- Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu.
- Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.
- Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang.
- Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke kedai kerana emaknya hendak membuat kuih karipap.
- Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.
- Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.
PPT - TIPS 4
i.Berikan maksud dunia ini hanya bersifat sementara. [2 markah
Maksud dunia ini hanya bersifat sementara ialah penyajak sedar bahawa dunia ini tidak kekal. (soalan rangkai kata)
i.Berikan maksud sebelum saat aku dinisankan. [2 markah\
Maksud sebelum saat aku dinisankan ialah sebelum ...penyajak meninggal dunia (soalan rangkai kata)
i.Berdasarkan sajak di atas, apakah harapan penyajak semasa berdoa kepada Yang Maha Esa?
..mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya
... berharap agar dirinya sedar bahawa dunia ini bersifat sementara
(soalan teks)
i.Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas, nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan penyajak benar-benar insaf. [2 markah]
...penyajak menitiskan air mata ...penyajak benar-benar ikhlas untuk bertaubat ...penyajak melafazkan taubat kepada Tuhan
i.Apakah maksud rangkai kata saat aku dinisankan dalam rangkap kedua sajak di atas?[2 markah]
... ketika penyajak meninggal dunia
(soalan teks)
i.Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sementara kita hidup di dunia yang bersifat sementara ini? Nyatakan tiga perkara itu. [4 markah]
...keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup. Contohnya, penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dan memohon keampunan daripada Tuhan ... keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Tuhan. Contohnya, penyajak memohon keampunan daripada Tuhan dengan bersaksikan air mata ... kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara. Contohnya, penyajak berdoa ke hadrat Ilahi agar mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya
(soalan KBAT)
ii. Sebagai seorang pelajar, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda yang telah insaf daripada kesalahannya?[3 ]
Sebagai seorang pelajar, usaha yang perlu saya lakukan untuk membantu rakan saya yang telah insaf daripada kesalahannya ialah saya memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepadanya agar tidak mudah mengalah. Selain itu, saya akan membawa rakan saya berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan khidmat nasihat. Akhirnya, memintanya melupakan segala kesilapan yang lalu.
(soalan KBAT)
ii.Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya? [3 ]
Pada pendapat saya, masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya kerana masyarakat tidak berasa yakin bahawa mereka benar-benar telah berubah. Selain itu, masyarakat masih memandang serong terhadap mereka.(soalan KBAT)
ii.Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-dosanya yang lalu? [3]
Pada pendapat saya, sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-dosanya yang lalu ialahsupaya mendapat keampunan daripada Tuhan sebelum meninggal dunia. Selain itu, agar seseorang itu tidak mengulangi kembali dosa-dosa yang pernah dilakukannya.(soalan KBAT)
ii.Pada pendapat anda, selain memohon ampun kepada Tuhan, apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk membuktikan bahawa kita telah insaf atas kesalahan yang dilakukan? [3 markah]
Cara lain untuk membuktikan bahawa kita telah insaf ialah berazam untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut. Selain itu, sentiasa mendampingi orang-orang yang baik seperti ustaz dan guru. Akhirnya, menunjukkan penampilan diri yang lebih baik dan meyakinkan.(soalan KBAT)
ii.Pada pendapat anda, mengapakah manusia sering lupa dan mengabaikan perintah Tuhan?
...terleka dengan kemewahan dunia
... tidak tetap pendirian dalam mengamalkan ajaran dan perintah Tuhan
... alpa tentang kewujudan Hari Pembalasan, iaitu ketika setiap perbuatan akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal(soalan KBAT)
ii.Pada pendapat anda, mengapakah seseorang yang melakukan kesalahan dan dosa perlu memohon keampunan daripada Tuhan? Nyatakan tiga sebab anda. [3 markah]
...agar segala dosa dan kesalahannya diampunkan oleh Tuhan
... agar Tuhan meringankan hukuman ke atasnya semasa di alam barzakh
...untuk menunjukkan bahawa seseorang itu benar- benar berasa insaf atas kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan(soalan KBAT)
ii.Terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi selepas itu kembali semula melakukan kesilapan tersebut.Pada pendapat anda, mengapakah keadaan sedemikian berlaku? [3 markah]
...terpengaruh dengan dunia luar atau rakan-rakan ...tidak mempunyai pegangan agama atau iman yang kuat...kurang bimbingan daripada pihak lain(soalan KBAT)
PPT - Tips 3
A. MAKSUD SAJAK:
PPT - Tips 2
Bincangkan latar masyarakat dalam sebuah novel yang telah anda kaji. (8 markah)
(Tulis 3 isi. Markah isi 6 dan markah bahasa 2)
JAWAPAN
(Tulis 3 isi. Markah isi 6 dan markah bahasa 2)
JAWAPAN
Latar masyarakat dalam novel SBE ialah masyarakat masyarakat yang suka menghina orang lain. (1m:ayat isi) Sebagai contohnya, Mak Aton yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.. (1m:ayat contoh)
Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat yang tidak mahu menerima ketentuan takdir. (1m:ayat isi) Contohnya, Sebagai contohnya, Aton telah menuduh Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.. (1m:ayat contoh)
Latar masyarakat seterusnya ialah Masyarakat kampung. (1m:ayat isi) Contohnya, Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain. Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul. (1m:ayat contoh)
PPT - Tips
Berdasarkan dua buah novel
yang anda pelajari, huraikan konflik yang terdapat dalam novel tersebut dan
cara watak utama menyelesaikannya.
Novel yang saya kaji ialah
Jendela Menghadap Jalan dan Songket Berbenang Emas.
Dalam
novel Jendela menghadap Jalan , Konflik dalaman yang dialami oleh Lili ialah dia diminta oleh ibunya supaya
menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut sahaja
cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun
hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti persekolahan
bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.
Dalam
novel Songket Berbenang Emas, konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek
kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar
Dahlia pulang ke rumah. Cara penyelesaiannya ialah Dahlia hanya mendiamkan diri
sahaja semasa ditegur oleh Nek Kiah.
Sunday, May 6, 2018
PERIBAHASA HARI INI
Peribahasa hari ini
1. Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : menurut sahaja kehendak orang lain.
2. Pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.
3. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu
Maksud : orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana
Maksud : menurut sahaja kehendak orang lain.
2. Pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.
3. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu
Maksud : orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana
Subscribe to:
Posts (Atom)