PERIBAHASA ORANG
1. ~ berdendang di
pentasnya, ~ beraja di hatinya prb mengikut rasa hati masing-masing;
2.
~ kaya suka dimakan, ~ elok
selendang dunia prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang
miskin (satu pujian);
3.
~ muda menanggung rindu, ~ tua menanggung ragam prb tiap-tiap
anak muda itu ada yg dirinduinya (nasihat kpd orang tua);
4.
~ tua diajar makan pisang (dadih) = jangan
diajar ~ tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai dll) itu jangan
diajar lagi;
5.
apabila ~ miskin menghendaki wang, dia mendapat
anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat wang prb perihal
menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg berkuasa Tuhan jua;
6.
bak ~ gombang di lebuh prb elok di luar
sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna); l
7.
lain ~, lain hati = makin banyak ~ makin banyak
niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll);
8.
spt menanti ~ dahulu, mengejar ~ kemudian prb pekerjaan yg
sia-sia;
9. takkan dua kali
~ tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua
kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi);
No comments:
Post a Comment