PERIBAHASA GAJAH
- ~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya;
- ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya;
- ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan;
- ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi;
- ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya;
- ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga;
- ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya;
- ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan;
- ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah;
- ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar);
- bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan;
- spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya;
- spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya;
- spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya;
No comments:
Post a Comment