Tuesday, July 22, 2014

JENIS-JENIS ORANG


JENIS-JENIS ORANG
~ asing a) (Udg) orang yg bukan warganegara bagi sesebuah negara; b) orang luar;
~ asli penduduk asal sesebuah negeri;
~ atas a) orang yg tinggal di sebelah atas; b) orang yg berpangkat tinggi, orang besar-besar;
~ awam a) rakyat biasa, khalayak ramai; b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera;
~ banyak khalayak ramai, orang biasa, orang awam;
~ Barat orang berkulit putih yg berasal dr Eropah dan negara-negara spt Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand;
~ baru (baharu) a) orang yg baru bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat; c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru dilahirkan;
~ bawah (bawahan) orang yg tidak berpangkat, orang yg berpangkat rendah; ~ belakang a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian;
~ (yg) berada orang yg berharta;
~ besar a) orang yg besar tubuh badannya; b) orang yg sudah dewasa; c) orang yg berpangkat tinggi; d) orang mulia (bangsawan);
~ biasa rakyat biasa;
~ buangan orang yg diasingkan drpd masyarakat (kerana kegiatan-kegiatan politik dll);
~ bukit orang yg tinggal di bukit;
~ bumi penduduk asli;
~ buruan orang yg diburu (dicari) oleh yg berwajib kerana kesalahan jenayah dll;
~ dagang orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri;
~ dalam a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai;
~ darat a) orang asli; b) orang kampung (dusun); c) Kl ki orang yg tidak tahu akan perkara; d) Mn orang bahagian pedalaman Minangkabau (lwn orang pesisir);
~ datang keturunan atau angkatan yg akan datang, orang belakang;
~ gaji(an) orang yg bekerja di rumah orang, babu, pembantu rumah, amah;
~ galang orang yg menjadi pelindung kpd orang lain (spt pembesar), orang yg bersedia menyabung nyawanya utk tuannya dll;
~ halus a) jin, roh, orang bunian; b) orang yg pandai-pandai;
~ harapan orang yg diberi kepercayaan penuh atau yg amat diharapkan utk melaksanakan sesuatu (projek, program dsb);
~ hilir a) orang yg tinggal di sebelah hilir sungai; b) Kl orang yg tahu segala-galanya (lwn orang darat);
~ hulu a) orang yg tinggal jauh di pedalaman negeri; b) orang yg tidak tahu adat dll; ~ hobatan orang yg pandai menjampi (bomoh);
~ hutan a) orang yg tinggal di hutan; b) sj kera besar, mawas, Pongo pygmaeus; c) orang yg tidak tahu sesuatu perkara (adat, tatatertib, dll);
~ jemputan orang yg berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin menurut adat kebiasaan, pihak perempuanlah yg menjemputnya dgn wang dll); ~ kalau orang yg memainkan nobat;
~ kampung a) orang yg tinggal di kampung; b) bp orang yg tidak tahu suatu apa;
~ kanan orang yg diharapkan, orang harapan, pembantu (penolong) yg utama; ~ kaya a) orang yg berharta, hartawan; b) =
~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rangkaya panggilan kpd isteri orang yg berpangkat atau yg patut dihormati;
~ kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat);
~ kecil a) orang yg kecil badannya; b) rakyat biasa (orang kebanyakan);
~ keluaran a) orang yg di luar (yg tidak turut campur dll); b) orang luar istana (lwn orang dalam);
~ kenamaan orang yg terkenal, orang yg masyhur, orang besar;
~ kepercayaan orang yg dipercayai, orang harapan; ~ lain bukan diri sendiri, manusia lain;
~ lama orang yg sudah lama (di sesuatu tempat, kerja, dll) dan banyak pengalamannya;
~ laut suku bangsa yg hidup (tinggal) di laut;
~ liar orang yg belum bertamadun (beradab), orang hutan;
~ luar (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll);
~ mendatang orang dagang;
~ minyak orang yg melumuri badannya dgn minyak (supaya tidak mudah dapat ditangkap dll) dan biasanya mengganggu orang perempuan dgn tujuan hendak mencabul kehormatan mereka;
~ muda a) orang yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung (tari dll); d) (biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll, hero;
~ papak pondan;
~ perjuangan tokoh-tokoh politik;
~ preman orang awam (bukan tentera);
~ putih orang Barat;
~ ramai khalayak ramai, orang banyak, umum;
~ rantai orang hukuman;
~ rendah a) orang yg tidak tinggi badannya; b) orang yg kedudukannya (bangsanya dll) rendah, orang biasa;
~ rumah a) isteri; b) orang yg tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah;
~ sabun orang balar;
~ sakit a) orang yg menghidap penyakit, pesakit; b) orang yg dirawat di hospital;
~ salah orang yg dihukum kerana melakukan kesalahan;
~ setangga = ~ sebelah jiran, tetangga;
O~ Sungai suku kaum peribumi di Sabah termasuk dlm kumpulan kaum Kadazan Dusun, yg kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti utamanya ialah kerja yg berkaitan dgn laut dan sungai;
~ suruhan a) orang gaji; b) wakil drpd satu pihak (sbg pembawa pesanan dll), utusan;
~ tahanan orang yg ditahan oleh pihak yg berkuasa kerana disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dsb;
~ tani peladang, petani;
~ tebusan orang yg ditahan (biasanya orang yg tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika tuntutan pihak yg menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan;
~ tengah a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll;
~ timur orang Asia;
~ tua a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung;
O~ Ulu suku kaum peribumi di Sarawak yg terbahagi kpd banyak suku yg berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan masing-masing, yg kebanyakannya tinggal di pedalaman, kuat berpegang pd adat, dan mahir dgn kerja tangan;
~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu, biasanya yg tidak baik;

No comments:

Post a Comment