Friday, July 18, 2014

KELDAI DADAH


Keldai Dadah
Apakah definisi keldai dadah?
Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap. Kaedah penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya.


Apakah punca-punca kepada kes-kes keldai dadah?
Mangsa-mangsa biasanya terperangkap dengan helah, muslihat dan janji manis anggota sindiket selain ditokok sikap mangsa sendiri yang alpa, tamak, mahu mendapat wang mudah atau cepat kaya, akhirnya menyebabkan diri sendiri yang merana.


Apakah penyelesaian untuk mengatasi kes-kes keldai?
Anggota keluarga dan ahli masyarakat memainkan peranan yang lebih aktif untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa. Hal ini penting kerana pihak berkuasa, baik polis mahupun kementerian yang berkaitan, seperti Kementerian Luar dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dan sedang memainkan peranan mereka dengan aktif dalam usaha mendidik dan menyedarkan rakyat kita daripada terjerumus ke kancah seperti ini. Malah, mereka jugalah yang bersusah payah untuk membebaskan rakyat kita yang ditangkap di luar negara selama ini. Maka, apa-apa yang diperlukan sekarang ialah komitmen anggota keluarga dan ahli masyarakat dalam aspek mendidik, menjaga dan menyedarkan baik suami, isteri mahupun anak mereka supaya tidak mudah terpedaya. Hal ini dikatakan demikian kerana kelompok inilah yang paling rapat dengan mangsa dan paling berpeluang untuk mempengaruhi segala tindak tanduk mereka terutamanya dalam menjejak segala aktiviti yang mereka lakukan sepanjang masa.

Bagaimanakah kes-kes keldai dadah dijalankan?

Penyeludup dadah biasanya mengambil dadah dari negara Amerika Selatan seperti Peru, Argentina dan Brazil untuk dibawa masuk ke dalam negara sebelum dibawa keluar menggunakan wanita-wanita berkenaan ke negara-negara jiran dan sekitar Asia. Bukit Aman mendedahkan faktor bahasa dan mudah untuk mendapatkan kepercayaan antara punca sindiket antarabangsa mengubah taktik kotor mereka dengan menggunakan ejen tempatan bagi merekrut rakyat negara ini sebagai keldai dadah. Hasil pemantauan Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia mendapati ramai daripada mereka yang terlibat ialah rakyat negara Afrika Selatan, Nigeria, Pakistan, Peru, India dan Iran yang memperdagang pelbagai jenis dadah.


Pengedaran dan Penyeludupan Dadah


Apakah kesan-kesan pengedaran dan penyeludupan dadah?
Sendikit dadah mampu mengancam ekonomi Negara dan penyeludupan dadah ke Negara kita akan meningkatkan jenayah dikalangan masyarakat. Sebagai contoh kita dapat lihat sejarah China melalui Perang Candu yang mana Negara Amerika telah membawa masuk candu melalui Negara Turki dan India. Kemasukan Candu ke Negara China telah menjejaskan negeri China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari segi ekonomi banyak wang China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini telah memberi bebanan ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial, timbul masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China menjadi penagih candu. Gejala dadah ini harus ditangani segera untuk mengelakan peristiwa Perang Candu berlaku di Negara kita.


Apakah cara-cara untuk mengatasi kes-kes pengedaran dan penyeludupan dadah?
Antara cara untuk membendung pengedaran dan penyeludupan dadah adalah melalui kawalan yang ketat ke atas pengedaran dadah antarabangsa.Pihak kerajaan telah menggalakkan dan melibatkan pihak bukan pertubuhan kerajaan (NGO) terlibat dalam program pemulihan dan rawatan. Semua pihak pun bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dalam apapun usaha kerjasama untuk menghapuskan dadah. Malaysia juga bersedia menjadi penaja: 
- Draft Resolution on International Cooperation Against the World Drug Problem
- Central Coordinating Agency on Drugs: National Anti-Drugs Agency (NADA)
- Thailand-Malaysia Meeting on Narcotics Control Cooperation
- Thailand-Malaysia- Cross Border Cooperation Mechanism


Dalam situasi ini kerjasama anatara Thailand dan Malaysia juga bernaung di bawah panji-panji ASEAN.
Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang juga merupakan cara yang penting dalam membanteras pengedaran dan penyeludupan dadah. Contohnya:


(i)Penubuhan Agensi Dadah (AADK) 
-Melaksnakan program pencegahan 
-Melaksanakan program rawatan dan pemulihan 
-Meningkatkan system maklumat dadah dan dan menilai program kebersanan anti-dadah negara 
-Meningkatkan kerjesama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah 
-Memberi khidmat setia kepada Majlis Dadah Kebangsaan


(ii)Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 
-Misi untuk memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama Negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.


(iii)Undang-undang Dadah 
-Akata Dadah Berbahaya, 1952 
-Akta Racun,1952 
-Akta Penagih Dadah (rawatan dan pemulihan) 
-Akta Dadah Berbahaya (langkah-langkah ) 
-Akta Dadah Berbahaya (perlucutan harta)


Usaha-usaha daripada semua pihak harus giat dilaksanakan supaya visi "Generasi Bebas Dadah" menjelang tahun 2015 selari dengan hasrat antarabangsa.


Apakah taktik yang digunakan dalam menjalankan pengedaran dan penyeludupan dadah?
Demi mengejar kekayaan, penyeludup dadah sanggup menyalahgunakan teknologi moden kini untuk mencapai tujuannya. Peyeludupan dadah kini semakin menjadi-jadi ada yang menggunakan herba sebagai alat untuk menyorokan dadah. Kini aktiviti penyelidupan dadah semakin canggih, dengan adanya teknologi moden dadah dengan mudahnya diseludup masuk ke Negara kita. Contohnya satu sendikit antarabangsa dirompin telah menggunakan alat komunikasi satelit sistem Inmarsat untuk berurusan dengan pengedar atau pembeli dadah di pasaran antarabangsa. Peralatan tersebut juga telah digunakan untuk membawa dadah menerusi jalan laut. Kecanggihan teknologi bukan hanya memberikan kebaikan kepada masyarakat malahan ianya juga membawa keburukan kepada masyarakat sendiri.
Bukan itu sahaja, aktiviti penyeludupan dadah sering memperdayakan orang awam contohnya pelancongan yang mana suatu ketika dahulu pernah berlaku sendiri kepada rakyat Malaysia yang mana telah tertipu dengan aktiviti pelancongan percuma. Pada hal ianya merupakan salah satu teknik untuk menyeludup dadah masuk ke dalam Negara.


Permerdagangan Manusia Antarabangsa


Apakah definisi permerdagangan manusia antarabangsa?
Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).
Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.


Apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya pemerdagangan manusia antarabangsa?
Ketiadaan pegangan agama penjenayah dipercayai menyebabkan berlakunya kes jenayah tersebut. Individu yang tidak beragama tidak mempunyai petunjuk hidup dan mudah terjebak dalam masalah sosial. Setiap agama mengajar penganutnya tidak melakukan perkara yang berdosa. Mereka yang tidak mempunyai pegangan agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral. Meraka sanggup melakukan apa-apa saja demi mengaut keuntungan yang maksimum walaupun melakukan hal yang menyalahi undang-undang. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dalam dunia ini. Seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak.
Seterusnya, melalui kajian daripada para pengkaji sosial, ditetapkan bahawa faktor ekonomi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kes penyeludupan manusia berlaku. Pada zaman kini, masalah jurang pendapatan semakin serious di Asia Tenggara. Orang yang berpendapatan rendah agak susah untuk meneruskan kehidupan mereka pada zaman ini dengan menerima gaji yang sedikit. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan walaupun jalan singkat tersebut menyalahi undang-undang. Akiviti pemerdagangan manusia akan mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan.Ini telah mendorong peniaga manusia ledih giat dalam aktiviti haram ini dan bilangan kes pemerdagangan manusia di Malaysia semakin meningkat.


Apakah langkah-langkah untuk membendung isu pemerdagangan manusia antarabangsa?
Undang-undang harus dikuatkuasakan supaya menyekat masalah ini terus berleluasa. Pada tanggal 28 Februari 2008, Akta Anti Penyeludupan Manusia ( AKTA ) 670 telah dikuatkuasakan, penggubalan akta tersebut mengambil kira protokol Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau ringkasnya PBB bagi mencegah dan menghukum pelaku penyeludupan manusia terutama wanita dan kanak-kanak.Semua pihak haruslah bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam membendung permasalahan ini dan bukannya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja apabila mengetahui sebarang informasi mengenai sindiket penyeludupan manusia ini. Bak kata pujangga " mencegah lebih baik dari mengubati ".
Selain itu, pihak sekolah perlulah menyerapkan isu-isu pemerdagangan manusia dalam topik-topik yang berkaitan seperti penyayang dalam sesi persekolahan. Dengan ini,pelajar-pelajar dapat mengetahui maklumat-maklumat tentang isu pemerdagangan manusia seperti menelefon 999 semasa ternampak kejadian pemerdagangan manusia berlaku. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pendidikan tidak formal dengan menyalurkan ajaran agama yan secukupnya dan memantaukan anak-anak mereka supaya mengurangkan risiko-risiko berlakunya aktiviti pemerdagangan manusia.
Kerjasama dan komitmen semua pihak sangat diperlukan bagi membanteras dan membasmi jenayah penyeludupan manusia. Antara kerjasama yang boleh diusahakan ialah kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara luar terutama negara serantau seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.Kerjasama ini melibatkan dalam perkongsian bijak seperti kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan. Misalnya, Malaysia kini menggiatkan lagi jalinan kerjasama dengan Australia bagi bertukar-tukar dan berkongsi maklumat, pengalaman dan kepakaran masing-masing.

Keganasan Antarabangsa

Apakah definisi keganasan antarabangsa?
Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.


Apakah kesan keganasan antarabangsa kepada negara?
Antara kesannya ialah keselamatan rakyat tidak terjamin. Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Selain itu, ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya yang juga berkemungkinan akan melakukan keganasan. Penyokong juga akan mengadakan tunjuk perasaan dalam bentuk ganas atau liar disebabkan hasutan daripada pemimpin. Mereka ini akan melakukan apa sahaja seperti melakukan rusuhan, merosakkan harta benda awam serta melakukan pembunuhan terhadap pihak yang didendam atau rakyat yang tidak bersalah. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan juga negara. Rakyat tidak dapat tidur walau sepicing pun.


Selain itu, ekonomi negara akan runtuh. Keyakinan pelabur dapat ditambat apabila sesebuah negara mempunyai keadaan politik yang stabil. Apabila keadaan politik tidak stabil, ia akan menyebabkan pelabur tidak berani untuk menanam modal di negara terbabit. Tambahan, pelabur akan menarik pelaburan mereka keluar dari negara terbabit. Akibatnya, kerancakan ekonomi negara tersebut akan terjejas dengan teruk. Di samping itu, keganasan ini turut menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara, bak kata pepatah kerana nila setitik, habis susu sebelangga.


Seterusnya, industri pelancongan akan terjejas akibat keganasan antarabangsa. Perbuatan merampas kapal terbang dan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani makan angin ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas.Malah, tiada seorang pun yang sanggup membiarkan nyawa di hujung pedang dengan makan angin di negara yang diancam keganasan. Sebagai contoh, keganasan yang berterusan di wilayah selatan Thailand di Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla. Di samping itu, penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.


Di samping itu, keganasan antarabangsa turut menyebabkan pembangunan negara terjejas. Pemimpin sesebuah negara kini lebih menumpukan pembangunan negaranya. Namun, apabila keganasan berlaku, tumpuan mereka lebih kepada masalah tersebut. Akibatnya, para pemimpin ini tidak dapat melaksanakan projek pembangunan negara walaupun cebisan belas muncul di penjuru hati kemanusiaannya. Selain itu, prasarana untuk rakyat turut diabaikan. Kerajaan tidak dapat membina bangunan baharu lantaran bangunan sedia ada musnah akibat dibom. Jalan raya yang rosak turut tidak dapat dibaiki.


Kesan yang seterusnya ialah mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.Mangsa perang akan sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Apakah Langkah-langkah Untuk Mengatasi Keganasan Kebangsaan?

Antara langkah untuk membendung keganasan kebangsaan ialah menguatkuasaan undang-undang penting .Pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.


Langkah yang perdana untuk mengatasi keganasan ialah kerjasama antarabangsa .Semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.


Sebagai rakyat negara haruslah bersikap bertolak ansur dan kesederhanaan antara satu sama lain. Pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.


Apakah faktor-faktor berlaku keganasan antarabangsa?
Faktor pertama ialah terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri.Perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.


Punca yang mengakibatkan keganasan antarabangsa ialah sikap tamak yang menguasai diri. Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.


Seterusnya,lambang kemegahan juga menyebabkan keganasan. Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

Penyelupan Senjata Api

Apakah definisi penyelupan senjata api?
Penyeludupan senjata api adalah perbuatan mengangkut senjata api secara haram dan diam-diam, seperti keluar daripada sebuah bangunan, ke dalam penjara, atau melalui sempadan antarabangsa, bertentangan dengan undang-undang atau peraturan lain.


Siapakah menubuhkan satu bahagian khusus di bawah Jabatan Siasatan Jenayah(CID) bagi menangani penyelupan senjata?
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu bahagian khusus di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) bagi menangani kesalahan berkaitan senjata api termasuk penyeludupan senjata berkenaan. 


Apakah peranan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) terhadap penyelupan senjata api?
Tugas utama Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) ialah untuk mencegah penyeludupan barang-barang bercukai dan tegahan dan juga mencegah kemasukan orang secara haram. Di antaranya ialah senjata api, bahan-bahan letupan, senjata tajam dan dokumen-dokumen yang diharamkan.Selain itu, semua jenis dadah berbahaya,jenis barang-barang bercukai dan tegahan yang diharamkan yang diseludup masuk ke atau keluar Malaysia.


Bilakah UPP ditubuhkan dan bergabung dengan apa agensi-agensi?
UPP telah ditubuhkan pada tahun 1977 dan pada dasarnya adalah satu pasukan bersepadu gabungan agensi-agensi penguatkuasa pencegah penyeludupan seperti berikut:
      * Jabatan Polis DiRaja Malaysia
      * Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia
      * Jabatan Imigresen
      * BERNAS ( Padi Beras Nasional Berhad )
      * Unit Pencegah Penyeludupan


Manakah UPP menempatkan?
UPP biasanya ditempatkan di kawasan-kawasan yang menjadi sarang kepada kegiatan penyeludupan di sepanjang sempadan darat dan perairan Malaysia-Thailand


Bagaimanakah mencegah penyelupan senjata api?
Langkah perdana ialah mengetatkan undang-undang oleh agensi berkaitan bagi membanteras kegiatan penyeludupan yang semakin berleluasa di sempadan Malaysia-Thailand. Pihak-pihak berkaitan haruslah menyarankan supaya akta-akta yang sedia perlu dikaji semula bagi memperkemaskan lagi tindakan penguatkuasaan.Menurutnya penyeludup memandang remeh dengan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada dan mereka kini lebih berani meneruskan kegiatan penyeludupan. Oleh itu, kelemahan dan kesilapan dalam akta yang sedia ada perlu diteliti dan diperbaiki supaya kegiatan penyeludupan dapat dibanteras sepenuhnya.


Seterusnya,kerajaan haruslah memperketatkan kawalan di sempadan bagi menyekat penyeludupan senjata api ke negara. Langkah ini perlu disebabkan oleh kerajaan mengesyaki banyak senjata api yang diseludup masuk datangnya dari Thailand.Sementara itu, tiga batalion tentera ditugaskan di sempadan bagi mengawal keselamatan negara termasuk soal berkaitan penyeludupan senjata api. Kerajaan perlu sedar bahawa sempadan kita luas dan pengawalan amat sukar dilakukan. Oleh demikian kerajaan hendaklah memainkan peranan untuk mencegah penyeludupan.


Di samping itu,langkah lebih efektif ialah kerjasama dan bertanggungjawab bersama dalam kerajaan. Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) perlu diperluaskan terutama di sempadan dan pintu masuk negara. Selain itu, PDRM juga haruslah meningkatkan rondaan bersama Polis Nasional Indonesia (PNI) untuk membanteras kegiatan jenayah melintasi sempadan dan penyeludupan senjata api di sempadan Malaysia dan Indonesia. Mereka juga hendak sentiasa berhubung dengan PNI mengenai maklumat keadaan jenayah semasa termasuk kegiatan sindiket penyeludupan barang-barang, senjata api serta maklumat penjenayah yang disyaki keluar masuk sempadan kedua-dua negara.Tambahan pula, anggota polis dan kastam perlu bersatu dalam memerangi jenayah tersebut bermula dengan perkongsian maklumat. Contohnya, jika polis tidak cukup sumber tenaga kerja, kastam haruslah memberi kerjasama dan perkara sama akan dilakukan jika kastam memerlukan kakitangan bagi membanteras penyeludupan.


Pencerobohan Wilayah Antarabangsa


Apakah definisi pencerobohan wilayah antarabangsa?
Pencerobohan ialah gangguan masuk ke kawasan orang tanpa kebenaran, dan merupakan suatu kesalahan dari segi undang-undang.


Bagaimanakah untuk mengatasi pencerobohan wilayah antarabangsa?
Pertama ialah keselamatan diperketatkan di seluruh bandar, dengan ribuan polis yang bertugas untuk memastikan acara perayaan tersebut selamat. Ribuan pegawai polis dikerahkan di seluruh bandar untuk mengelakkan pencerobohan.
Seterusnya,kerjasama antarabangsa .Semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras pencerobohan wilayah yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan pencerobohan. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. 


Apakah implikasi terhadap pencerobohan wilayah antarabangsa?
Antara kesannya ialah keselamatan rakyat akan tergugat. Dengan pencerobohan wilayah oleh orang asing ke negara kita,kadar kes jenayah akan meningkat. Manakala mangsa yang terbabit merupakan rakyat negara,ini telah membahayakan keselamatan rakyat.Contohnya,mencabuli,merompak,mencuri dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment