Sunday, July 20, 2014

ISU CETAK ROMPAK

Ada orang berpendapat bahawa kegiatan cetak rompak sukar dibendung kerana lemahnya penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berwajib.

Bincangkan.

         Beberapa tahun kebelakangan ini, masalah cetak rompak menjadi semakin serius dan gawat melanda di negara kita . Masalah ini seperti duri dalam daging . Kegiatan cetak rompak merupakan kegiatan menjiplak, menjual dan mengedar karya atau barangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda . Kegiatan penjualan cakera padat (CD ) , cakera video digital (DVD ) , cakera padat video ( VCD ) dan perisian cetak rompak tiruan sememangnya amat sukar untuk dibendung oleh pihak berkuasa dari dulu sampailah sekarang . Walaupun, pelbagai tangkapan dibuat serta dikenakan tindakan mahkamah , namun aktiviti tersebut tetap muncul di sana sini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan . Kerenah ini sememangnya memberi tamparan yang cukut hebat kepada banyak pihak khususnya Kerajaan Malaysia kerana mereka terpaksa memerah otak dan menggembleng sehabis kudrat mereka untuk menampal semula kecacatan peneraju Negara kita yang seyogianya menjadi pemangkin dan ceracuk fundamental bagi mengangkat martabat Malaysia ke persadayang lebih tinggi lagi. Dengan itu , jika kerenah ini tidak dibendung secepat mungkin, sudah tentu akan membawa kepada perkara yang lebih serius . Persoalannya , apakah punca yang menyebabkan wujudnya kegiatan cetak rompak di negara kita yang sedang mengorak langkah ke arah kemajuan dan pemodenan? kata orang kalay tiada angin masakan pokok itu bergoyang.

                 Secara realitinya, kita memang tidak boleh dinafikan bahawa kegiatan cetak rompak adalah berpunca daripada kelonggaran dari segi penguatkuasaan undang-undang yang kian membarah dewasa ini . Walaupun pentadbiran bagi akta reka cipta dan bentuk masih ada kelemahannya . Akta hak intelek juga tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya untuk menangani kerenah yang semakin menjadi-jadi ini. Selain itu , walaupun hukuman dijalankan seperti biasa tetapi hukuman ini tidak menakutkan pengusaha haram ini kerana bentuk hukuman yang dijatuhkan adalah ringan . Kadangkala serbuan jarang dijalankan kerana kekurangan kakitangan untuk membantu membanteras kes ini dan perbicaraan di mahkamah pula lazimnya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Malah ‘keberanian’ peniaga terbabit yang seolah-olah tidak mempedulikan undang-undang itu tentu sekali mengundang pertanyaan dalam kalangan orang ramai terutama para pengunjung kompleks beli-belah berkenaan Sebagai contoh yang terbaik , syarikat yang terbabit mencetak dan mengedar cakera padat video dan DVD haram hanya akan dikenakan denda maksimum RM 250 000 berbanding dengan keuntungan mereka yang bernilai berjuta-juta ringgit . Dengan hal yang demikian , hukuman yang terlalu ringan adalah faktor utama kegiatan menjual produk haram ini masih berleluasa .

Tidak ketinggalan juga sesuatu akibat yang tidak boleh dikesampingkan apabila sifat tamak haloba pengusaha haram bermaharajalela di setiap ruang sanubari.  Menurut pengusaha haram, kegiatan penjualan cetak rompak memang mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda kepada mereka. Mereka tidak peduli kedaulatan undang-undang serta memikirkan keuntungan semata-mata aktiviti penjualan cakera dan pengisian tiruan itu memang menjadi profesion mereka . Tambahan pula , pengusaha haram ini juga menikmati ihsan barang tulennya dari segi publisiti dan iklan . Mereka juga tidak perlu membayar royalti kepada pihak pereka atau pencipta asal. Mereka hanya menghayati keuntungan yang besar walaupun mutu dan pretij barang sebenarnya sudah diketuai umum . Sebaga contoh , kegiatan tersebut bukan sahaja dijalankan di pasar malam atau di kaki lima malah ada yang semakin berani untuk menjualnya secara terbuka di premis perniagaan dan kompleks beli-belah demi mendapat keuntungan yang banyak .Seorang Ahli Falsafah yang bernama Lootze pernah mengatakan bahawa manusia yang tamak haloba dan mengejar kemewahan dunia hanya akan mendorong mereka ke arah kebinasaan Jelaslah bahawa kerenah ini berlaku kerana masyarakat moden yang bersifat hedonism ini .

           Seterusnya , kegiatan cetakan rompak ini berlaku akibat daripada lokasi penjualan CD berada di merata-rata tempat. Hal ini demikian, terdapat beberapa penjenayah cetak rompak ini yang tidak mengambil peduli akan kesan daripada tindakan yang mereka lakukan  terutama sekali apabila mereka mengambil kesempatan menjual CD yang dicetak di kawasan terbuka atau kompleks membeli-belah diadakan tanpa ada rasa takut ataupun bersalah. Bahkan, mereka tidak menunjukkan sesiapa pun mereka atau identiti mereka disembunyikan semasa mempromosikan CD tersebut hingga menyebabkan pelanggan mudah terpedaya dan tertarik akan bahan-bahan cetakan yang ditawarkan padahal semua yang dipromosikan itu cuma palsu semata-mata. Tambahan lagi, penjenayah cetak rompak yang nafsi lebih mementingkan lokasi yang berada berdekatan dengan orang ramai kerana pendapatan mereka lebih terjamin dan lumayan berbanding mementingkan kualiti yang mereka berikan.Sebagai contohnya, lokasi yang terletak di kawasan terbuka seperti pasar malam, kedai-kedai kecil dan banyak lagi lokasi yang mereka suka untuk berjual bahan cetakan. Tuntasnya, bahan cetakan bukan sahaja diedar secara tersendiri atau secara tersembunyi tetapi terdapat di lokasi-lokasi yang juga menjadi pusat tumpuan kepada pencetak cakera terutama pada kawasan terbuka.

          Rentetan itu, sikap masyarakat yang lebih suka membeli cakera padat cetak rompak ini menjadi batu loncatan kepada permasalahan ini menjadi semakin teruk.Memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa masyarakat lebih gemar membeli cakera padat cetak rompak kerana harganya yang murah berbanding dengan cakera padat yang tulen serta harganya yang berpatutan dan mempunyai jaminan dari kualiti barangan . Masyarakat merasakan cakera padat yang tulen hanya merugikan mereka sedangkan cakera padat cetak rompak mempunyai pelbagai wayang dalam satu CD serta harganya yang murah . Kita juga boleh lihat kebanyakan masyarakat lebih tertumpu di kedai-kedai yang menjual cakera padat cetak rompak dan pembeli cakera padat tersebut berbanding yang tulen seperti ada semut ada gula. Penjual cakera padat yang turut menguar-uarkan kelebihan penjualan mereka membuatkan lagi hati pembeli tertarik untuk membeli cakera pada tersebut. Masyarat juga lebih terpengaruh dengan cerita yang bukan nyata. Sebagai contohnya , wayang yang mempunyai unsur keajaiban , kekuasaan , keganasan dan unsur-unsur yang lain sehingga memudahkan masyarakat cepat terpengaruh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang masih setahun jagung.Walhal itu semua hanyalah cakap manis sahaja bak kata pepatah orang melayu  ‘indah khabar dari rupa’ . Pembeli tersebut mudah terpengaruh dengan kata-kata manis penjual tersebut manakala mereka juga yang rugi .

         Dalam menitis arus modenisasi yang kian rancak, alatan berteknologi canggih membolehkan barang tiruan dihasilkan. Melalui alatan yang canggih inilah yang menyebabkankan barang cetak rompak dan tiruan sukar dibezakan daripada barang asal. Maka, alat perakam yang canggih juga meningkatkan produktiviti cetak rompak. Lebih teruk lagi, teknologi kini juga membolehkan bukti cetak rompak dimusnahkan dengan mudah . Apabila alatan yang berteknologi dicipta, segelintir pengusaha tidak mengguna otak mereka berfikir sebelum mereka bertindak untuk mencetak cakera padat . Dalam otak mereka hanya mengutamakan keuntungan yang diperoleh dengan mencetak cakera padat . Terdapat juga pengusaha haram yang ketagih dengan mengejar fatamorganadan kemewahan dunia sehingga sanggup membeli alatan moden yang khas untuk mencetak cakera padat. Pengusaha haram nan mengguna alatan yang canggih akan mendapat keuntungan dalam sekelip mata sahaja seperti Aladdin menggosok lampu ajaibnyaMenurut  statistik  yang keluarkan  oleh Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan , sebanyak 1942 kes cetak rompak telah dilaporkan pada tahun 2008 dan 368 mesin cetak telah dirampasTegasnya , kegiatan cetak rompak ini wujud kerana kemunculan alatan yang berteknologi .

          Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa kegiatan cetak rompak di negara bukan perkara yang remeh . Benarlah kata Ahli Psikologi Barat , tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya tetapi jika kita hidup tanpa dibelenggu masalah adalah kosong dan uslab serta minhaj yang komprehensif telah bersedia untuk kita bersama memerangi kudis yang semakin bernanah. Namun demikian , kita tidak boleh mengharapkan satu pihak sahaja iaitu pihak kerajaan malah masyarakat perlu saling bahu – membahu untuk memegang obor hemah memerangi wabak cetak rompak sehingga ke akar umbi . Kita janganlah hanya pandai berpeluk tubuh dan menanti lampu ajaib Aladdin jatuh daripada langit . Masyarakat pula tidak sewajarnya membeli produk yang haram walaupun harganya rendah kerana perbuatan ini hanya akan menyebabkan kegiatan cetak rompak semakin berleluasa. Oleh hal yang demikian, saya berharap agar semua pihak menyedari bahawa masalah cetak rompak ini akan terus melanda negara kita sekiranya tidak terus ditangani dari akar umbi . Jadikanlah industri muzik kita sebagai industri yang ‘bersih’ daripada kerenah cetak rompak dan biarlah Wawasan 2020 yang diwara-warakan oleh mantan Perdana Menteri Keempat menjadi realiti bukannya fantasi .

(Jumlah 1299 patah kata)

No comments:

Post a Comment