Tuesday, July 22, 2014

PERIBAHASA - ANJING


PERIBAHASA - ANJING
~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat;
~ diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat;
~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong;
~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman);
~ itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg mengulangi perbuatan yg tidak senonoh (perempuan jahat dll);
~ menyalak bukit mahukah runtuh = beberapa pun ~ menyalak bukit bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya;
~ tiada bercawat ekor prb sesuatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang;
bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak;
bagai ~ melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya;
bagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa;
bagai ~ tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya;
bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat;
bagai disalak ~ bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya);
 melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi;
sbg ~ terpanggang ekor prb dikatakan kpd seseorang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan;
spt ~ berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta;
 spt ~ berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya;
spt ~ beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya;
spt ~ dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah;
spt ~ kedahuluan prb Mn seseorang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll;
spt ~ kepala busuk prb orang yg telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga;
spt ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan;
spt ~ menggonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat;
spt ~ menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis;
umpama ~ makan muntahnya prb orang yg tamak itu tidak membezakan yg baik dgn yg jahat.

No comments:

Post a Comment