Monday, July 21, 2014

NOVEL 2014

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

Azfa Hanani karya Hallis Azhan Mohd Hanafiah
Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir



1.       Berdasarkan novel yang anda pelajari,  huraikan nilai tanggungjawab dalam novel tersebut.  (7m)

AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Buktinya, Azfa Hanani telah melaksanakan tugas sebagai pengerusi forum Hari Sumbangsih dengan cemerlang sekali.

tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan. Buktinya, Azfa Hanani tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang “dipinjamnya” itu kepada Cikgu Zamin.

tanggungjawab untuk membahagiakan orang lain. Buktinya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana bertanggungjawab untuk memastikan Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan yang dihadapinya.
nilai tanggungjawab terhadap kesejahteraan hidup orang lain. 
Contohnya Ludin menunaikan tanggungjawab menjaga anak saudaranya Itai setelah Tau mengambil keputusan untuk menyendiri di dalam hutan kerana malu dengan tindakan isterinya Ipah melarikan diri. 

Nilai tanggungjawab terhadap ahli keluarga dipaparkan melalui hubungan antara Profesor Zaidah dan Amira.  Profesor Zaidah berasa risau setelah Amira dihanyutkan oleh arus deras dan apabila Amira menangis kerana risau akan Jacinta yang pengsan, Profesor Zaidah memeluk dan membelai Amira untuk menenangkannya. 

Tanggungjawab menjaga khazanah alam dilaksanakan oleh Malique yang telah mencipta virus sendiri bagi menggagalkan projek mencari emas oleh John O’hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut.



2.       Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari,  jelaskan satu contoh peristiwa berkaitan teknik saspens yang terdapat dalam setiap novel.  (8m)
AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
Peristiwa Pertemuan Azfa dengan datin Maziah buat kali pertama
Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar-debar semasa menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.

Peristiwa Azfa dipanggil ke bilik Pengetua
Azfa yang telah melakukan kesalahan mencuri buku gelisah apabila dipanggil ke bilik pengetua.  Tambahan pula,  pencuri buku di perpustakaan telah dikenal pasti oleh pihak sekolah.  Pembaca tertanya-tanya tujuan Azfa dipanggil, sama ada berkaitan dengan buku yang hilang atau sebaliknya.

Peristiwa terbongkarnya penyamaran Azfa Hanani
Datin Maziah mengetahui penyamaran Azfa setelah mendengar pergaduhan antara Azfa dengan anaknya Tengku Muzaffar.  Pembaca tertanya-tanya tentang peristiwa seterusnya yang bakal menimpa Azfa.
Peristiwa Amira terjatuh ke dalam sungai
Pembaca berasa suspens dengan peristiwa Amira terjatuh ke dalam sungai setelah tergelincir dari batu yang licin. Pembaca suspens sama ada Amira selamat atau sebaliknya.

Peristiwa Amira diselamatkan oleh Itai dan Tau
Amira telah diselamatkan oleh orang asli yang tidak dikenali.  Pembaca dan watak Amira sendiri suspens apabila diselamatkan oleh dua Orang Asli sama ada mereka jujur atau sebaliknya.

Kehilangan Jacinta juga satu suspens.
Pembaca dan Amira tertanya-tanya ke masa Jacinta menghilang.

Peristiwa cemas semasa kenderaan yang dipandu oleh Pak Lias ketika menuruni bukit menyebabkan pembaca berasa suspens. Apakah mereka akan jatuh ke dalam gaung yang dalam?

Gerakan mencari Malique juga satu suspens sama ada Malique berjaya dijumpai atau sebaliknya dia mengalami nasib yang sama seperti pemandu lori balak atau pekerja O’Hara yang hiang.



3.       Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari,  nyatakan kritikan sosial yang terdapat dalam setiap novel tersebut.   (8m)
AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
a. Masyarakat yang mementingkan darjat.
Tengku Muzaffar menghalang hubungan adiknya Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga miskin.

b. Masyarakat yang buruk sangka.
Datuk Tengku Makmur menghina Azfa Hanani dengan mengatakan Azfa Hanani hanya bekerja menyamar sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah. Beliau telah mencampakkan wang berjumlah RM500.00 kepada Azfa Hanani sebagai upah.

c. Masyarakat yang terlalu mengikut perasaan.
Datin Maziah bertindak mengikut perasaan dengan menampar Azfa Hanani dan menghalaunya keluar dari rumah tanpa memberi peluang kepada Azfa Hanani untuk menjelaskan hal sebenar.

d. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Iskandar mendesak Azfa Hanani agar menaiki motosikal bersamanya kerana dia mahu menghantar Azfa Hanani pulang ke rumah sedangkan perbuatan itu dianggap kurang wajar kerana berlaku pergaulan bebas.


a.  Sikap ibu bapa yang terlalu mementingkan kerja sehingga mengabaikan perasaan anak.
Profesor Zaidah terlalu memberi perhatian kepada kerjayanya iaitu sibuk menjalankan kerja cari gali arkeologi di Desa Karpus sehingga anaknya Amira hampir lemas dibawa arus sungai. Sikap Profesor Zaidah ini mendapat teguran Pak Lias.

b. Masyarakat yang mudah percaya kata-kata dan pujukan orang lain.
Ludin membenarkan Johnny meneroka gua yang begitu disayangi oleh Tau. Ludin termakan dengan kata-kata manis Johnny sehingga akhirnya Johnny membawa lari Ipah dan Sabi.

c. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
Ipah sanggup meninggalkan suaminya Tau dan anak kecilnya Itai kerana mengikut Johnny setelah sekian lama tinggal bersama-sama masyarakat Orang Asli. Tindakannya ini menyebabkan Tau tinggal kesunyian dan hidup menyendiri di dalam hutan.



4.       Watak dalam novel berperanan untuk menhidupkan penceritaan.  Huraikan dua watak sampingan dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.  (7m)
AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
Datin Maziah

Penyayang
Ibu yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan tunggalnya, Tengku Murni

Sukar menerima kenyataan / dugaan hidup
Tertekan sebagai akihat kematian anak bongsunya, Tengku Murni. 

Hidup dalam kesunyian
Sering berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur bernikah dengan seorang gadis muda
Profesor Zaidah

tekun
Dia tekun melakukan kerja cari gali yang dibantu oleh Dr. Zawawi dan Rosdi sehingga dia tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anaknya Amira. Setiap penemuan baru akan dianalisis dengan teliti.

Penyayang.
Contohnya Prof. Zaidah sayangkan anaknya Amira. Dia menyesal kerana tidak memberikan perhatian kepada Amira selepas Amira diselamatkan daripada lemas oleh Itai dan Tau

Mudah bekerjasama dengan orang lain
Prof. Zaidah telah bekerjasama dengan Tau untuk mengesan tempat yang terdapat artifak sejarah berupa lakaran lukisan prasejarah dan kapak batu dalam sebuah gua batu kapur

Bertanggungjawab mengekalkan alam semulajadi
Prof. Zaidah juga bersungguh-sungguh ingin membuktikan kewujudan manusia prasejarah di kawasan hutan itu agar ia dapat diisytiharkan sebagai kawasan simpanan kekal


5.       Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari,  gambarkan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.    (7m)
AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu.
Cth : Walaupun Azfa Hanani tidak mampu membeli buku rujukan namun dia sanggup ‘meminjam’ buku-buku rujukan dari perpustakaan sekolah untuk membuat ulang kaji.

Masyarakat atasan yang memandang rendah kepada orang bawahan.
Cth: Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur memandang rendah terhadap Azfa Hanani kerana dia miskin dan berasal dari kampung ketika baru menjejakkan kaki ke banglo mewah mereka.

Masyarakat yang bertanggungjawab.
Cth : Pak Long dan Mak Long bertanggungjawab dan sanggup memelihara Azfa Hanani walaupun mereka banyak mempunyai anak dan hidup susah.

Masyarakat yang sanggup berkorban.
Cth : Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menyamar sebagai Tengku Murni demi membantu Datin Maziah yang mengalami tekanan selepas kematian Tengku Murni.

Masyarakat yang penyayang.
Cth : Amira menunjukkan kasih sayangnya kepada ibunya, Prof. Zaidah dengan menjaga ibunya selepas terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu oleh Pak Lias.

Masyarakat yang komited terhadap tugas.
Cth : Profesor Zaidah seorang ahli arkeologi yang begitu tekun ketika menjalankan tugas sehingga pada suatu ketika dia sedar bahawa dia telah mengabaikan anaknya, Amira.

Masyarakat pelajar yang suka akan cabaran
- Setiap kali cuti sekolah, Amira akan menyusul ibunya di tapak cari gali seperti di Bukit Mat Raya untuk membantu ibunya menjalankan kerja-kerja arkeologi.

Masyarakat yang materialistik sehingga mengabaikan kepentingan alam.
Cth : John O’Hara melakukan kajian untuk memastikan hutan Bukit Mat Raya mengandungi emas atau sebaliknya tanpa memikirkan kemungkinan hutan belantara akan pupus akibat perbuatan menggali emas.




6.       Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari,  huraikan teknik plot yang digunakan oleh pengarang.     (7m)
AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
Imbas kembali
Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu- sepupunya di kampung.berlaku semasa Azfa sedang menikmati makanan (ayam) yang menjadi kesukaan anak-anak Pak Long.  Azfa berasa sedih memikirkan makanan yang dimakan oleh keluarga pak longnya

Saspens
Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar-debar semasa menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.
imbas kembali
Peristiwa  yang telah berlaku pada zaman 1950-an yang menjadi punca kepada konflik dalam diri Tau. menceritakan tentang  Ipah, seorang berketurunan Inggeris boleh berada di dalam hutan itu. Pesawat yang dipandu oleh Ridley bersama isterinya Brenda telah terhempas. Anak mereka Samantha terselamat dan dibesarkan oleh Jidin, bapa kepada Tau. Anak itu diberi nama Ipah.

teknik kejutan.
peristiwa Amira terkelincir apabila terpijak batu licin dan jatuh ke dalam sungai berarus deras. Dia hanyut dan diselamatkan oleh Itai dan Tau. Kemalangan yang menimpa Prof. Zaidah dan Pak Lias juga merupakan satu kejutan. Peristiwa itu membuatkan Prof. Zaidah cedera pada tangan kiri.

teknik suspens dalam novel ini.
Peristiwa cemas semasa kenderaan yang dipandu oleh Pak Lias ketika menuruni bukit menyebabkan pembaca berasa suspens. Apakah mereka akan jatuh ke dalam gaung yang dalam?

teknik  dialog
melalui dialog antara Itai dengan Amira dan Jacinta ketika Itai berkunjung ke khemah mereka. Itai datang untuk melawat Amira dan Jacinta selepas kejadian Amira lemas dan Jacinta sesat di hutan. Melalui dialog mereka, pembaca mendapat tahu bahawa Itai seorang pelajar sekolah di Bandar dan tinggal di asrama. Dia belajar berburu daripada Pak Cik Tau.




7.       Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari,  huraikan peristiwa klimaks yang membawa kepada penyelesaiaan masalah dakan setiap novel tersebut.   (8m)
AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
-  Hanani berpeluang bersemuka dengan Ekran dan mendengar penjelasan daripada Ekran tentang hubungannya dengan Tengku Murni terputus atas sebab-sebab tertentu.

-  Melalui diari Tengku Murni, Hanani mendapat tahu bahawa hubungan Ekran dan Tengku Murni terputus disebabkan oleh Tengku Muzaffar yang menghalang hubungan tersebut demi menjaga nama baik keluarga meraka.

- Hanani berasa terhina lalu terjadi pertengkaran antara mereka.

-  Pertengkaran itu menyebabkan Datin Maziah mengetahui tentang penyamaran Hanani.

-  Akibatnya Hanani ditampar dan dihalau oleh Datin Maziah.
Peristiwa kejayaan Amira mengesan jejak Malique
Semasa di dalam gua itu Amira telah mengesan tapak kaki yang tidak berkasut menuju lebih jauh ke dalam gua. Mereka akhirnya sampai ke puncak gunung.

Mereka menemui Malique disembunyikan oleh makhluk berkaki dua dan berbulu lebat. Mereka berusaha untuk membawa Malique turun dari gunung itu.
Namun kemunculan makhluk berbulu lebat itu menyebabkan mereka berhadapan dengan halangan. Makhlum itu mahu Malique diserahkan kepadanya.

Keengganan mereka untuk menyerahkan Malique menyebabkan makhluk itu mula menyerang Pak Lias. Namun Pak Lias berjaya menangkis serangan tersebut.

 Ludin sampai ke situ dan meminta Tau menghentikan perbuatan tersebut. Kata-kata Ludin telah mengejutkan mereka yang berada di puncak gunung itu



8.       Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari,  jelaskan cabaran yang dihadapi oleh watak utama dan cara watak tersebut menghadapi cabaran tersebut.  (8m)

AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
cabaran semasa mencari orang hilang.
Amira yang begitu risau dengan kehilangan Malique telah meminta bantuan Itau untuk mencari Malique. Dia sanggup menempuh cabaran semasa mencari Malique yang hilang.
Pencarian mereka melalui mobile disk yang dijadikan petunjuk telah membawa mereka ke puncak Gunung Gua Gajah. Di sana Amira, Itau dan beberapa orang lain telah berhadapan dengan makhluk berkaki dua dan berbulu lebat sebagaimana yang diceritakan oleh Itai kepadanya. Penyelesaian – meminta bantuan Pak Lias dan Roslan untuk mencari lelaki itu.

cabaran untuk menghadapi hukum adat masyarakat Orang Asli.
Hal ini berlaku apabila Amira mengikut Itai mendapatkan ketulan emas untuk diberikan kepada Jacinta. Perbuatan Itai telah melanggar adat masyarakat Orang Asli. Penyelesaian – mengikut nasihat Itai agar mereka menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan atas mereka.

cabaran ketika hampir lemas di sungai.Amira telah terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras semasa menunggu Malique. Nasibnya baik apabila diselamatkan oleh Itai, seorang remaja orang Asli yang baik hati. Cabaran dan pengalaman itulah yang menyebabkan dia mengenali Itai dan Tau
cabaran dalam menjalani cara hidup yang baharu.
Hal ini dapat dilihat apabila Azfa Hanani terpaksa menyamar sebagai Tengku Murni. Cara penyelesaian, dia terpaksa mempelajari segala perwatakan dan gerak-geri Tengku Murni agar penyamarannya dapat meyakinkan Datin Maziah bahawa dirinya ialah Tengku Murni.

cabaran bagi meneruskan pelajaran.
Azfa Hanani terpaksa mencuri buku rujukan di perpustakaan memandangkan kesempitan hidup yang dialaminya sehinggakan tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan. Selain itu, dia terpaksa berulang-alik sejauh 30 kilometer setiap hari untuk ke sekolah bagi mendapatkan ilmu.
Sara penyelesaian – menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tengku Murni

cabaran bagi menyesuaikan diri di sekolah baharu.
Azfa Hanani terpaksa menghadapi sikap buruk Budak Glamour yang tidak suka akan dirinya kerana seiras dengan Tengku Murni. Cara penyelesaian  - dia tetap bersikap tenang dan merendah diri walaupun mereka tidak suka akan dirinya.



9.       Berdasarkan novel yang telah anda kaji,  jelaskan dua peristiwa yang disampaikan secara imbas kembali.  (7m)
AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
Peristiwa penangkapan pencuri buku di pusat sumber
Azfa teringat kembali berita yang disampaikan oleh Nordin,  bahawa bukan dia yang dituduh sebagai pencuri buku,  sebaliknya pencuri buku yang telah ditangkap ialah pelajar lelaki yang tinggal di asrama.

Ingatannya terhadap keluarga pak long
Azfa teringat kembali sikap anak-anak pak long yang akan berebut-rebut apabila sesekali mak long menggoreng ayam. Sepupunya yang kecil akan meratah ayam goreng dengan berselera sekali.
Peristiwa pesawat yang dipandu Ridley terhempas.
Imbas kembali peristiwa yang menyebabkan Ipah berada di hutan/perkempungan orang asli. Ridley dan isterinya meninggal,  hanya Samantha (Ipah) yang terselamat dan dipelihara oleh Jidin,  bapa Tau.

Tau teringat kembali peristiwa dia ditinggalkan oleh Ipah.
Ketika itu dia sedang memerhatikan desa karpus.  Dia teringatkan perkahwinannya dengan Ipah.  Ipah melarikan diri dengan seorang lelaki bersama-sama anak lelaki mereka,  iaitu Sabi. Ekoran itu,  Tau mula mengasingkan dirinya kerana malu kepada masyarakatnya.





10.    Berdasarkan novel yang telah anda pelajari,  terangkan penyelesaian/ peleraian  atau bahagian akhir cerita dalam novel tersebut.   (7m)
AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
 Keluarga Datin Maziah datang ke rumah pak long Hanani. Mereka memberitahukan rahsia bahawa merekalah yang menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa Hanani. Mereka berjanji akan akan menebus dosa itu dan akan memberikan kasih sayang kepada Hanani. Hanani diterima semula tinggal di banglo Datin Maziah. Kali ini dia tidak perlu menyamar sebagai Nini lagi.
 Sementara itu, Hari Sumbangsih berjaya mengumpulkan sebanyak RM16 655.00.
 Iskandar pula terbunuh dalam kemalangan dan Laili yang membonceng motosikal itu cedera parah.
 Semasa Hanani ke rumah Ekran, dilihatnya Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai.
 Akhirnya, Hanani mendapat tahu akan latar belakang keluarga Ekran yang sebenarnya.
peristiwa Malique yang berjaya menggagalkan usaha cari gali emas di hutan kediaman masyarakat orang Asli dengan mencipta virusnya sendiri. 

Peristiwa rahsia makhluk berbulu yang terbongkar telah menjelaskan segala-galanya tentang siapa Malique dan hubungannya dengan Tau.  Tau terpaksa menyembunyikan Malique kerana dia tidak ingin lagi kehilangan anak yang dirinduinya itu. 

Amira, Jacinta, Itai dan Malique sedang membina kejayaan dalam bidang masing-masing. 


11.    Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji,  huraikan tiga nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.  (8m)
AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
Kasih sayang terhadap keluarga
- Azfa Hanani menyayangi keluarga pak long.  Dia sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni kerana ingin membantu keluarga pak long.
- Pak long dan keluarganya menyayangi Azfa Hanani – mereka telah menjaga dan membesarkan Azfa
Hanani dengan penuh kasih sayang walaupun miskin.

Kasih sayang anak terhadap ibu bapa
- Kasih sayang anak-anak Datin Maziah terhadapnya .  Anak-anak Datin Maziah seperti Tengku Mazran,Kak
Finaz (menantu), Tengku Muzaffar sanggup bersusah payah menyelamatkan ibunya daripada menghadapi tekanan jiwa.

Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
- Datin Maziah menyayangi anaknya Tengku Murni – Datin Maziah amat menyayangi anaknya Tengku Murni  dan hampir gila apabila kehilangan anaknya itu.

Persoalan kasih sayang ibu terhadap anaknya
-   Porfesor Zaidah yang sayang akan anaknya sehingga sanggup meninggalkan tapak arkeologi kerana ingin mencari Amira yang telah ke Gunung Gua Gajah untuk menyelamatkan Malique.  

Persoalan kasih sayang suami terhadap isteri
- Tau terlalu sayang akan isterinya Ipah sehingga mengalami tekanan perasaan setelah isterinya melarikan diri dan membawa anak mereka Sabi. 

Persoalan kasih sayang bapa terhadap anak kandung
-  Tau berjaya mendidik Itai sehingga mampu memikul tugas sebagai Tuk Batin.  Tau juga melarikan dan menyembunyikan  Malique kerana yakin Malique ialah anaknya Sabi yang dibawa lari oleh isterinya.



12.    Pembaca turut berasa sedih dan mungkin mengeluarkan air mata apabila membaca sebuah novel.  Huraikan dua peristiwa yang mengundang rasa sedih pembaca dalam novel yang anda kaji.   (7m)
AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
Peristiwa Pak Long Madi tidak mampu membeli pakaian sekolah yang baru untuk Azfa Hanani. Menyediahkan kerana kemiskinan Pak Long menyebabkan Azfa Hanani memakai pakaian sekolah yang lama.

Azfa Hanani menolak jawatan pengawaskerana tidak mampu membeli pakaian pengawas sekolah. Menyedihkan kerana Azfa Hanani tidak mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli pakaian pengawas yang mahal harganya kerana kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini yang lumpuh.

Peristiwa kemalangan jalan raya 16 tahun yang lalu yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani akibat kecuaian Tengku Makmur.
Azfa Hanani tercampak keluar melalui tingkap teksi dan ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian. Datin Maziah yang berasa kasihan melihat Azfa Hanani yang masih bayi dan sedang menangis lalu menyusukannya di tempat kejadian.

Peristiwa Azfa Hanani dihalau oleh Datin Maziah apabila rahsia penyamarannya terbongkar.
Semasa Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah mendengar pertengkaran tersebut dan mengetahui penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah menampar Azfa Hanani dan memaksanya menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani apabila dia tidak dapat membuktikan dirinya ialah Tengku Murni.

Peristiwa masyarakat orang asli memulaukan atau meminggirkan kehadiran Samantha dalam kalangan mereka.
Kehadiran Samantha yang berambut perang dan bermata biru dianggap pelik. Penduduk hutan menolak kehadiran Samantha atau Ipah kerana dianggap menghilangkan semangat hutan. Ada cadangan daripada penduduk orang asli di situ supaya Ludin menyerahkan Ipah ke hutan semula. Ludin terpaksa berhadapan dengan cabaran besar untuk mempertahankan tindakannya.

Peristiwa Amira bersedih apabila Jacinta hilang di hutan kerana ingin mencarinya yang terjatuh dari Air Terjun Angin lalu dihanyutkan oleh arus sungai.
Amira rasa bersalah apabila mengetahui Jacinta hilang dan pengsan di hutan kerana ingin mencarinya yang dihanyutkan oleh arus deras setelah jatuh dari Air Terjun Angin. Peristiwa ini menyedihkan kerana menonjolkan hubungan setiakawan antara dua orang sahabat

Peristiwa Profesor Zaidah kemalangan
mengakui kesibukannya dalam kerja menyebabkan perhatian terhadap anak gadisnya terabai
Dalam peristiwa ini Profesor Zaidah telah memeluk Amira dan Jacinta sambil bertangis-tangisan. Peristiwa ini menyedihkan kerana sebagai seorang ibu,  Profesor Zaidah sanggup merendah diri dann mengakui kesilapannya sehingga mengabaikan anak gadisnya Amira

13.    Jelaskan peristiwa yang menarik berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.         (7m)

AZFA HANANI
KEMBARA AMIRA
Peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni
-Peristiwa ini menarik kerana Azfa tidak perlu risau lagi memikirkan kepayahannya untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang sama Abang Mazran berjanji untuk membantu mengubati Zuraini, anak pak longnya yang lumpuh.

Peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tingginya.
-Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang gadis yang tahu menjaga maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar.

Peristiwa Azfa Hanani yang terpaksa berulang-alik ke sekolah dengan menaiki bas sejauh 30 km sehari.
-Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani seorang pelajar yang gigih dan tabah menuntut ilmu
Peristiwa Amira memulangkan ketulan emas yang diberi oleh Itai.
-Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan Amira jujur dan ikhlas. Dia telah memulangkan seketul emas yang diambil dari sungai kepada Ludin kerana dia tidak mahu penduduk kampung maragui Itai

Peristiwa Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut.
-Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebaikan Orang Asli Suku Semai menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.

Peristiwa Amira menemui ‘mobile disk’ di lantai gua.
-Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan penemuan ‘mobile disk’ ini dapat membantu memberitahu mereka kedudukan Malique.


No comments:

Post a Comment