Tuesday, June 9, 2020



Setiap kali saya meluahkan hasrat bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai
alasan agar saya terus menetap di kampong halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama sayamasih terlalu cetek dan nipis. Bimbang saya akan hanyut dibawa arus hedonism dan modenismeyang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya jugamasih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budayawarisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman- berzaman .
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekangledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
 
Berikan maksud rangkai kata
a.  bermastautin di ibu kota, ................................................................................................
b. arus hedonisme ...........................................................................................................
i) Apakah kebimbangan bonda terhadap penghijrahan penulis ke ibu kota? ( 2Markah)
 
ii) Pada pendapat anda, apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja yang
ingin berhijrah ke ibu kota? (3 Markah)
 
iii) Huraikan satu persoalan dalampetikan cerpen di atas, dan satu persoalan lain
daripada cerpen yang tidak terdapat dalampetikan? ( 4markah )

No comments:

Post a Comment