Thursday, May 7, 2020

LATIHAN PENGAYAAN EJAAN

LATIHAN PENGAYAAN 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula,

1. Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis trafik. ____________________________

2. Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik mengharapkan supaya kami sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya. _________________________

3. Semua pekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam setengah. __________________________

4. Satu pamiran barang-barang antik telah diadakan di pusat kraf tangan bermula semalam.
___________________________

5. Kita mestilah mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai lambang jatidiri bangsa daripada dicemari oleh bahasa asing._____________________________

6. Pengarah syarikat itu telah melantik seorang juru ukur untuk menyukat keluasan tanah terbiar. ____________________________

7. Ajensi kerajaan dan swasta digesa agar membuka peluang kepada golongan kurang upaya untuk memegang jawatan dalam bidang pentadbiran.________________________

7. Menyaksikan keindahan hidupan laut yang dihuni oleh pelbagai spesis ikan dan terumbu karang semasa menyelam sudah tentu mengasyikkan.________________________

8. Pengguna jalan raya perlu peka dengan modus-operandi kumpulan jenayah yang menggunakan kaedah melanggar kenderaan mangsa sebagai taktik untuk menyamun.

____________________________
.

10. Puan Mahanom bercadang untuk membeli sebuah banglow baharu yang terletak di atas bukit. ____________________________

11. Antara mesej yang ingin disampaikan kepada para· pelajar melalui pra kata buku itu ialah seruan supaya mereka menjauhi gejala penagihan dadah dan lumba haram. ·

________________________

12. Kadangkala sukar bagi kita membezakan antara musoh dengan kawan kerana tidak semua orang berkelakuan jujur. ____________________










13. Pemain bola sepak yang keletihan itu asyik bercekak pingang sahaja di tengah-tengah padang. ____________________________

14. Kawalan keselamatan yang ketat telah dilakukan oleh pihak penguatkuasa ketika persidangan itu berlangsung. _____________________

15. Mangsa kes ragot itu mengalami pendarahan di kepala dan masih dalam keadaan koma.
____________________________

16. Harga rumah untuk bumiputera telah dikurangkan sebanyak 10% daripada harga asal bagi menggalakkan pemilekan harta mereka di kawasan bandar.__________________

17. Kemunculan pelbagai kumpulan nasyid popular pada akhir tahun 1990an telah diterima bukan sahaja oleh mereka yang berlatarbelakangkan agama, malah turut diminati oleh masyarakat umum yang mempunyai pelbagai aliran pemikiran dan cita rasa.___________

18. Kapal kargo itu sedang belayar menuju ke Sepanyol apabila salah satu injinnya mengalami kerosakan._________________

19. Peniaga harus menggunakan setiap ruang di dalam kedai dengan sebaik-baiknya untuk memperagakan perabutnya.____________

20. Majlis pelancaran pertandingan menulis esei kesukarelawan peringkat kebangsaan telah diadakan pada bulan Febuari yang lalu._________________

21. Semua ahli jawatankuasa kelab kokurikulum mestilah menghadirkan diri dalam kursus kepimpinan yang akan diadakan oleh pihak sekolah.________________

22. Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkatkan hasil negara dalam bidang komersial._____________

23. Setiap pelajar mempunyai tahap kecerdekan yang berbeza dan memerlukan masa untuk mempelajari sesuatu perkara yang dipelajari di sekolah.____________________.

24. Semua pegawai pelajaran yang telah berkhidmat untuk jangka masa yang tertentu akan dinaikkan pangkat secara otomatik.______________

25. Selepas bidang teknologi maklumat, Malaysia kini memberi fokus pada bio-teknologi.
____________________

26. Ketika berada di pusat beli-belah, ibu bapa hendaklah mengingatkan anak-anak supaya tidak bermain di kawasan eskalatur._______________
















27. Walau pun dunia telah mengalami arus globalisasi, namun ada sesetengah golongan yang memandang rendah terhadap kepentingan bahasa Inggeris.__________________

28. Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di gunakan untuk meningkatkan mutu pendidikan dan memastikan pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan._________________

29. Majlis Makan Malam Amal ini dirancang oleh pehak sekolah bagi mengumpulkan dana untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah kewangan.____________

30. Selain mewujudkan peluang pekerjaan, program inap desa diharapkan dapat menarik kedatangan pelancung asing ke negara kita._______________

31. Kedudukkan politik dan ekonomi negara merupakan elemen penting dalam usaha untuk memantapkan sektor pelancongan negara.______________

32. Penambahan kepada alternetif sedia ada, ibu bapa turut bergembleng tenaga memberi pendidikan secukupnya kepada anak-anak bagi membendung masalah itu dari akar umbi.

__________________

33. Dalam menungkah arus globalisasi, manusia berlumba-lumba mengejar kemewahan dunia yang tiada sempadan.________________

34. Konsep edagang lebih tertumpu kepada perdagangan yang menggunakan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi sebagai wahana interaksi dan transaksi.___________

35. Kerajaan sedang giat memperindah kawasan alam sekitar agar dapat menarik pelancong samada dari dalam mahupun luar negara.________________

36. Dalam kontek pengurusan, seorang ketua yang baik berupaya memaksimumkan semua input yang terdapat dalam organisasi.___________________

37. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.__________________

38. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris.______________

39. Syarikat binaan milik rakyat tempatan mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah._____________

40. Kepulangan peninju negara yang memperoleh pingat emas dalam Sukan Komanwel telah disambut dengan meriah._______________














41. Wabak selsema burung akan menjadi berbahaya kepada penduduk dunia sekiranya tidak dicegah dari awal._________________

42. Pengusaha gerai satay itu telah memperisterikan anak lelakinya dengan anak pengusaha Restoran Azizah._______________

43. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga terdiri daripada bacaan luas, pemainan bahasa, dan kerja penyelidikan._________________

44. Rakyat Malaysia menunjukkan sikap yang pro-aktif dalam usaha membantu pihak kerajaan menangani kes denggi yang melanda.______________

45. Walaupun kebanyakan penduduk di kawasan setenggan itu berpindah, namun boleh dikatakan rata-rata mereka tidak berpuas hati terhadap sikap pemaju.______________

46. Lintasan kereta api tampa pagar amat berbahaya kepada penduduk setempat. __________

47. Pihak polis telah menemui mayat yang tidak dikenali itu dalam keadaan mengerikan di pengkalan sungai.______________

48. Kepten pasukan The Red Warriors menerima pingat daripada Sultan Muhammad Ke-V setelah berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super._____________

49. Pekerja yang efisyen akan sentiasa disayang oleh majikan._____________

50. Usaha untuk memperkasa bahasa Melayu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh pelusuk tanah air.______________

No comments:

Post a Comment