Wednesday, October 8, 2014

PEMAHAMAN BERTEMAKAN KEKELUARGAAN


Tema Kekeluargaan



1.     Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan setiap individu.
Berikan pendapat anda tentang keluarga yang diimpikan.
·         Mempunyai bilangan ahli keluarga yang banyak
·         Ahli keluarga yang sihat
·         Ahli keluarga yang berpendidikan agama
·         Ahli keluarga yang cemerlang dalam akademik
·         Ahli keluarga yang sayang- menyayangi/saling memahami/saling menghormati
·         Ahli keluarga yang sentiasa melakukan aktiviti bersama
·         Ahli keluarga yang tidak terlibat dengan gejala sosial
·         Ahli keluarga yang kaya

2.     Banyak pendapat mengatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan kerunuahan institusi keluarga.
Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini.
·         Merapatkan hubungan kekeluargaan – melakukan aktiviti bersma-sama – melancong
·         Memulihkan hubungan kekeluargaan akibat perbalahan – elak penceraian
·         Berkongsi maklumat dan pandangan  tentang sesuatu isu – saling menghormati – saling menghargai pandangan orang lain
·         Merancang aktiviti yang berfaedah bersama-sama – elak anak terjebak dalam aktiviti negatif – kurang kes salah laku
·         Menjadi suri teladan – contoh kepada anak-anak – nilai murni – budi bahasa


3.     Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dapat  membina keluarga bahagia
Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.
·         Ibu  bapa sebagai suri teladan
·         Ibu bapa menyediakan kediaman yang selamat
·         Persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria
·         Ibu bapa menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang
·         Cakna/prihatin terhadap tahap kesihatan ahli keluarga
·         Anak-anak yang bersahsiah terpuji
·         peranan keluarga terdekat seperti adik-beradik, nenek, datuk dan saudara-mara

4.     Kempen galakan membaca dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masarakat di negara ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga  untuk  memupuk amalan tersebut.
·         Keluarga menjadi contoh
·         Keluarga membaca bersama-sama
·         Keluarga menceritakan bahan yang dibaca
·         Keluarga mengunjungi pameran buku
·         Adik-beradik dewasa menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lain
·         Ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai

5.     Sikap sesetengah ibu bapa yang memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini.  Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.

·         Anak-anak tidak mampu hidup berdikari – keperluan diri diurus oleh ibu bapa – tidak mahu hidup susah – tidak sanggup menghadapi cabaran – malas berusaha -  mudah menyerah kalah apabila ditimpa musibah
·         Anak-anak sukar mengendalikan emosi mereka – gagal hadapi tekanan – bertindak mengikut perasaan – boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain – tidak boleh menerima hakikat apabila ditimpa kegagalan
·         Anak-anak tidak mempunyai jati diri yang kukuh – tidak ada pendirian – gagal menepis pujukan dan rayuan rakan sebaya atau kekasih – berlaku pergaulan bebas dan penzinaan – anak luar nikah – pembuangan bayi
·         Anak-anak berani untuk terlibat dalam masalah sosial – ibu bapa terlalu mengikut kata anak – tidak menerima hakikat bahawa anak mereka nakal – menyalahkan orang lain atas masalh yang dlakukan oleh anak sendiri - terlalu yakin dengan alasan anak-anak – disogokkan dengan wang ringgit dann kemewahan material – anak lupa diri – terlibat dalam salah laku

6.     Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
·         Mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa
·         Sentiasa bermanis muka dengan ibu bapa
·         Meninggalkan / tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai ibu bapa
·         Menziarahi ibu bapa di kampung
·         Memberikan bantuan yang diperlukan oleh ibu bapa
·         Membawa ibu bapa melancong
7.     Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumahtangga terutama kepada anak-anak lelaki.  Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat pendidikan negara,  iaitu memperkasakan pelajar lelaki.
Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak-anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.
·         Mengasuh anak-anak tentang ilmu keagamaan
·         Mendidik anak-anak bijak membuat keputusan
·         Mendidik anak-anak agar bertanggungjawab menjaga keluarga
·         Mengasuh anak-anak agar menghargai masa
·         Mengasuh anak-anak agar menghormati orang lain
·         Bersikap rasional dalam sesuatu tindakan

8.     Kejayaan anak-anak berkait rapat demhan keprihatinan ibu bapa.  Ulaskan pernyataan tersebut.
·         Memberikan kasih sayang secukupnya
·         Menyediakan keperluan asas
·         Memberikan pendidikan dunia dan akhirat
·         Mengawal p[ergaulan anak-anak
·         Meluangkan masa bersama-sama mereka
·         Mendidik mereka agar pandai mengurus masa
·         Membentuk akhlak mereka

9.     Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak.  Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan berdasarkan pernyataan tersebut.
Tulis rencana itu selengkapnya.
·         Memperuntukkan masa untuk bersama-sama keluarga
·         Prihatin dalam mendengar dan membantu anak-anak menyelesaikan masalah
·         Mengambil berat tentang pendidikan anak-anak
·         Mengatasi masalah stres dalam kalangan anak-anak
·         Melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama keluarga

10.  Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.  Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastiikan harapan mereka itu tercapai.

·         Berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
·         Mendapat didikan agama yang sempurna
·         Bergaul dengan orang-orang yang berilmu
·         Tidak terlibat dalam gejala sosial
·         Menghormati orang yang lebih tua terutama ibu bapa dan guru
·         Sentiasa menerima teguran dan nasihat

No comments:

Post a Comment