Tuesday, May 15, 2012

KATA KERJA TRANSITIF

Kata Kerja Transitif

a. Bagi kata kerja transitif, iaitu makan dan minum yang menerima unsur objek berupa bentuk singkat -Nya,
    awalan meN- perlulah digunakan;

    “Kami sekeluarga suka makannya.” beritahuku kepada Pak Man
    “Kami sekeluarga suka memakannya.” beritahuku kepada Pak Man


b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-, meN-…-I tidak boleh digugurkan dalam penggunaan ayat aktif;

    Pelajar-pelajar yang langgar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua
    Pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua


c. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh frasa nama atau kata nama sebagai objek. Oleh itu, kata selain daripada
    kata nama tidak boleh hadir selepas kata kerja tersebut;

    Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan lagi rumah pusaka itu
    Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan rumah pusaka itu


d. Hanya kata hubung bahawa yang boleh hadir selepas kata kerja transitif dalam binaan ayat majmuk aktif;

    Dia mengatakan dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi
    Dia mengatakan bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi


e. Hanya kata kerja transitif mencuba dan membantu boleh hadir sebelum kata kerja transitif yang lain dalam
    binaan ayat aktif;

    Manisah ingin sekali cuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu
    Manisah ingin sekali mencuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu


f.  Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada satu objek.

    - Apabila objek yang mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka apitan meN-…-kan digunakan.
    - Apabila subjek yang bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN-…-kan digunakan.

    Dalam acara itu Ahmad telah mendahulukan peserta-peserta lain
    Dalam acara itu Ahmad telah mendahului peserta-peserta lain


g. Kata kerja berapitan meN-…-kan menunjukkan maksud bahawa objek mengalami tindak balas akibat perbuatan
    iaitu mengalami perpindahan;

    - Kata kerja berapitan meN-…-kan hanya boleh menerima satu objek sahaja selepasnya.

    Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak
    Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda


h. Kata kerja apitan meN-…I menunjukkan bahawa objek yang dikenai perbuatan tidak mengalami tindakbalas,
    iaitu berada pada satu tempat sahaja (subjek);

    - Kata kerja berapitan meN-…I boleh menerima dua objek berturutan.

    Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda
    Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak


i.  Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada dua objek;

    - Apitan meN-…-I menerima objek tepat yang bernyawa selepasnya.
    - Apitan meN-…-kan akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa selepasnya.

    Tuan hakim menjatuhi hukuman mandatori keatas pengedar dadah itu
    Tuan hakim menjatuhkan hukuman mandatori ke atas pengedar dadah itu


j.  Perbezaan antara meN- dengan meN-…-kan merujuk kepada dua objek;

    - Perbuatan yang dilakukan menyatakan fikiran atau perasaan dengan tulisan, kata kerja transitif
      berawalan meN- hanya menerima satu objek selepasnya.
    - Perbuatan menulis untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN-…-kan boleh menerima dua
      objek berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh objek sipi.

      Suhaili melukiskan pemandangan pada waktu senja di tepi pantai
      Suhaili melukis pemandangan pada waktu senja di tepi pantai

No comments:

Post a Comment